BCH (Selamat Datang ke Luno)Bitcoin Cash (BCH) baru sahaja disenaraikan di Luno. Jadi, mari kita pantau pergerakan BCH ini. BCH dilihat berada dalam keadaan uptrend dengan menjadikan MA 100 sebagai support dinamiknya.
Kemudian, BCH membuat kenaikan parabolic dan tidak lagi menjadikan MA 100 sebagai support. Disini, fibonacci retracement diperlukan bagi mengukur dimanakah sepatutnya BCH ini membuat retracement. BCH sepatutnya membuat retracement paling rendah sehingga fibo 0.382 iaitu USD 795 sahaja tetapi berlaku sebaliknya.
BCH jatuh sehingga melebihi fibo 0.382 dan keadaan ini sepatutnya mendorong BCH untuk jatuh ke bawah tetapi berlaku sebaliknya. Keadaan ini disokong oleh signal 'hidden bullish divergence' yang menunjukkan momentum penjualan masih tidak mampu menjatuhkan harga ke bawah kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
Terkini, BCH berjaya breakout resistance pada paras USD 1,240 dan jika harga mampu bertahan di atas USD 1,240 ini, harga berpotensi menuju ke target seterusnya pada fibo 1.618 bersamaan USD 1,700.
Nota kaki:
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
Cari dalam idea untuk "bch"
BCHUSDT1. Di TF1W dapat dilihat harga membuat pantulan semula setelah turun ke paras terendah di zon harga sekitar 380 BCH.
2. Harga telah sideway di zon 23.6% - 0% Fibo Retracement sejak lebih kurang 3 bulan yang lepas dengan 2 kali percubaan menyentuh paras rintangan dan 2 kali percubaan menyentuh paras sokongan telah dibuat.
3. Di TF1H pula boleh dilihat pembentukan pennant chart pattern. Harga kelihatan baru sahaja membuat pantulan di garis sokongan 621 BCH. Berkemungkinan harga akan cuba menyentuh upper trendline di zon harga 634 BCH sebelum membuat pantulan semula ke bawah.
4. Jika harga terus BO upper trendline tersebut, Volume Profile memberikan paras POC pada harga 639 yang juga bertindak sebagai paras rintangan seterusnya.
5. Alternatifnya, harga mungkin membuat pantulan ke lower trendline dengan memecahkan garis sokongan 621, dan kemudian membuat pantulan semula ke atas dan membuat percubaan BO upper trendline.
6. Di TF1D MACD line telah melintasi ke bawah signal line sementara RSI berada di bawah garisan 50. Ini menunjukkan selling pressure wujud dan berkemungkinan akan meningkat. Bacaan MACD dan RSI di TF1H juga menunjukkan bearish pressure. Di kedua - dua TF juga menunjukkan harga telah berada di bawah midband BB dan kelihatan menuju le lower band BB.
Penafian: Ini adalah kajian amatur untuk pembelajaran sendiri sahaja dan bukan analisis profesional.
#TPkeCL #kajiannewbie #kajianpicisan #TAYOR #DYOR #cryptomalaysia #huobimalaysia
Double bottom akan terbentuk jika ditolak kuat pada aras iniJika anda terlepas peluang untuk beli pada aras 0.121 sebelum ini, inilah peluang kedua anda. JIka BCH ditolak kuat pada aras ini., maka kemungkinan akan membentuk double bottom. Kawasan ambil profit yang boleh dipertimbangkan ialah 0.148 dan 0.177.
BPanjang





