SERBADK: Misi mencari dasar (Siri 7) Paparan 4 Jam Ini merupakan siri ke 7 dalam kajian terhadap kaunter ini. Admin tertarik dalam mengkaji kaunter ini adalah kerana kaunter yang dahulunya ialah dambaan para pelabur berasakan fundamental yang kuat dan cash flow yang cantik. Namun, disebabkan isu terkini harga merundum kepada harga mampu milik daripada harga yang dahulunya harga yang diklasifikasikan kepada harga kayangan bagi rakyat marhaen seperti admin untuk memiliki dalam jumlah yang besar. Jika anda ialah seorang trader yang inginkan keuntungan segera, kaunter ini bukanlah untuk anda, namun jika anda ialah seorang pelabur, ini ialah peluang keemasan yang yang perlu direbut.
Secara teknikalnya, pergerakan harga agak sukar dianggarkan memandangkan sentimen "uncertainty" masih terlalu kuat dan mempengaruhi secara keseluruhan bagi perjalanan harga kaunter ini. Secara peribadi, jika isu ini dapat diselesaikan dengan segera atau sekurang kurang terdapat sedikit bayangan positif bagi penyelesaian isu yang dihadapi. Pergerakan harga yang drastik menaik akan dapat kita lihat.
SnR terkini adalah seperti dibawah:
Support: 0.600
R1: 0.620
R2: 0.635
R3: 0.745
Serba
SERBADK: Misi mencari dasar (Siri 5) Paparan 4 Jam Berdasarkan carta, kelihatan terbentuk lilin doji yang tidak meberatkan kepada mana - mana tekanan, jualan mahupun belian. Namun ini merupakan suatu indikator yang baik, berkemungkinan harga terkini merupakan turning point bagi membentuk paras support uang ideal. Kaunter ini mendapat perhatian yang tinggi pada awal dagangan sesi pagi.
Admin andaikan esok, harga akan mula gap up dan membentuk support baru pada paras harga yang lebih tinggi. Maka SnR saya senaraikan seperti di bawah:
Support: 0.620
R1: 0.635
R2: 0.645
R3: 0.685
SERBADK: Misi mencari dasar (Siri 3) Paparan 4 JamKembali kita kepada perbincangan pergerakan harga kaunter ini pada hari selasa depan (4/6/2021). Ini bukan ramalan, namun kajian ini adalah berasaskan indikator tekanan niat belian. Seperti yang dapat kita lihat 2 lilin terakhir jelas menunjukkan tekanan jualan yang tinggi, ini jelas menunjukkan harga seterusnya ialah menurun dan mencari support terdekat. Persoalannya, dimanakah support terdekat itu?
Berdasarkan carta, saya senaraikan SnR seperti dibawah:
S1: 0.755
S2: 0.72
R1: 0.79
R2: 0.835
R2: 0.845
SERBADK: Misi mencari dasar (Siri 2) Paparan HarianSecara teknikalnya kita akan bincangkan arah tuju kenaikan dan penurunan kaunter ini, seperti yang dibincang dalam siri 1, misi mencari dasar yang kita tekankan berkaitan harga support terhampir ialah pada harga 0.72. kita andaikan kaunter ini akan mula "rebound" pada harga tersebut kemanakah halatujunya?
Berdasarkan pergerakan harga, besar kemungkinan ia akan mula melawan arus resistance yang pertama iaitu pada harga 0.835 dan kemudian mula mencari rentak, sekiranya ia berjaya memecahkan resistance EMA5 pada harga 0.93, besar kemungkinan harga akan kembali bernilai RM1 ke atas.
Secara ringkas saya senaraikan SnR seperti dibawah:
Support: 0.72
R1: 0.835
R2: 0.92
R3: 1.1
SERBADK: Misi mencari dasar (Siri 1) Paparan TF MingguanSerba Dinamik nama yang asyik dibincangkan secara hangat dikalangan para trader dan pelabur. Berberapa siri kejatuhan menjadikan keyakinan untuk melabur kian pudar. Dari hari kehari penurunan mencari dasar untuk berpaut sebelum membuat pendakian dibina, dan semakin lama semakin rendah harga yang disinggahi.
Persoalannya dimanakah harga support yang ideal?
Berdasarkan carta mingguan ini dapat kita lihat, support terendah ialah kejatuhan pertama ketika IPO mula disenaraikan iaitu pada harga 0.72.
Secara logiknya, ramai yang berimpian untuk memiliki saham Serba Dinamik dan pasti ramai yang menunggu pada harga tersebut. Namun situasi sebenar ramai juga yang tidak mempunyai keyakinan untuk memasukkan dana pelaburan, risau ia akan jatuh lebih rendah.
Pilihan di tangan anda, buat pilihan yang tepat.
Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal. Namun lebih teruk lagi, jika anda langsung tiada membuat perancangan.