Service
Masih menanti sokongan untuk UZMAUZMA masih lagi mendapat pressure penjualan yang kuat dan belum dapat untuk menemui sokongan untuk menahan harga daripada terus jatuh.
Sokongan yang boleh diperhatikan adalah pada aras 0.85-0.86 melalui sokongan sebelum dan juga arasi FiBO pada 78%.
Jika aras ini tidak mampu untuk bertahan maka destinasi seterusnya pada FiBo 62%.
Golden cross mungkin akan berlaku jika harga mampu untuk rebound semula kepada sokongan terdekat seperti di atas.
Teruskan monitor untuk peluang entri selepas harga dapat membentuk sokongan kukuh dan untuk rebound semula.
FRONTKEN - Masih dalam landasan untuk terus trendingFRONTKEN masih jelas uptrend dan akan terus trending, dengan keputusan QR2 yang baik. Harga disokong baik di atas EMA50 dan terus rally di atas SMA200. Melalui beberapa siri koreksi tetapi terus naik untuk mencapai HH. Berbalik dengan sentimen oil and gas, juga akan terus menyokong harga FRONTKEN untuk terus naik.
Harga dan arah masih lagi dalam landasan untuk mencuba mengatasi harga tertinggi 1.70 untuk ketiga kali. Corak carta juga kini membentuk ascending triangle, untuk continuation pattern. (penjual kini tidak mampu untuk menolak harga kebawah)
Sokongan boleh dirujuk pada garis uptrend dan juga pada garis EMA50.
Stoch/RSI masih neutral dan masih rally keatas.