SIMEPROP Pecah Garisan Menurun dan Ada Dua Corak CartaSIMEPROP telahpun memecahkan garisan menurun sepanjang zaman dengan lilin lompatan disokong oleh isipadu melebihi purata (sila guna terjemahan google jika tidak faham kerana tradingview syarat kena tulis dalam Bahasa Melayu). Ada dua corak carta untuk Simeprop iaitu corak segitiga dan juga corak 3 dasar. Aras leher adalah di 0.740. Jika berjaya dipancung, aras rintangan seterusnya adalah di 0.940. (Sekadar kajian, teori dan pembelajaran).
Simeprop
SIMEPROPSIMEPROP telah berjaya membentuk CUP and HANDLE. Cup and Handle adalah typical bullish reversal pattern. Ciri Ciri Cup and handle adalah kedua-dua tepinya adalah handle dan bawahnya adalah bottom yang berbentuk lengkung. Handle kanan adalah struktur kenaikan. Setelah struktur menurun habis berlaku, ia akan bentuk satu bottom yang bentuk lengkung. Harga akan mulanya sideway. Setelah itu, Harga akan membuat struktur kenaikan dan cuba pecah resistance. Lepastu, ia akan retrace dan membentuk right handle yang berbentuk flag. Untuk meneruskan struktur kenaikan Simeprop perlu volume yang besar untuk pecahkan resistance.