BTC (Berehat Sebentar atau Jalan Terus?)Sebelum ini, Bitcoin (BTC) telah beberapa kali rebound di atas MA 50 dan kali ini, BTC berjaya rebound di atas MA 50 sekali lagi. Harga dilihat menuju ke paras resistance sebelum ini iaitu RM 250,000. Berkemungkinan harga akan berehat dahulu dengan pullback tidak melebihi MA 50 sebelum rebound dan memecahkan resistance. Harga juga mungkin tidak akan berehat dan mungkin akan terus breakout dengan memecahkan resistance.
Nota kaki:
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Resistance = Rintangan atau bumbung harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Breakout = Harga memecahkan resistance.
Sinegy
ETH (Jalan Terus)ETH terus mencipta All Time High (ATH). Untuk 'low risk', boleh rancang untuk entry ketika Stoch RSI oversold (bawah 2.00) atau harga turun mendekati trend line.
#TAYOR #BAYOR
ETH (Percubaan Memecahkan Segitiga Menaik)ETH membentuk pattern ascending triangle. Kebiasaanya, jika harga membentuk ascending triangle, harga akan mula terbang apabila breakout pattern tersebut. Sama² kita nantikan apa yang akan berlaku. Untuk mengurangkan risiko, boleh cuba untuk entry apabila harga membuat support terbaru setelah break pattern ascending triangle atau entry berdekatan trend line.
BTC (Masa Untuk Meroket?)BTC masih di atas uptrend line untuk jangka masa panjang. Pada awal fasa correction, BTC pernah membuat penurunan sebanyak 41%. Kemudian BTC membuat new strong support dan hari ini, BTC telah break minor down trend line (BDTL). Adakah BTC akan terus meroket dan MACD berjaya cross up?
*Untuk entry selamat, pastikan BTC turun membuat support terbaru dahulu sebelum entry.
#TAYOR #BAYOR