LTC (Tenang Diposisi)Litecoin (LTC) masih mengekalkan momentum uptrend slow and steady sejak Oktober 2020. Mengikut teori, jika harga menaik dalam keadaan perlahan, ia juga akan menurun secara perlahan. Kenaikan LTC ini unik kerana berbeza dengan kripto² yang lain seperti BTC, ETH dan XRP yang membuat kenaikan parabolic. Kenaikan parabolic ini akan menjatuhkan harga dengan drastik juga. Dapat dilihat, kenaikan LTC ini disokong oleh dua paras sokongan (support):
1) Trend line (rujuk garis biru).
2) MA 50 (rujuk garis ungu).
Stochastic RSI pula boleh dijadikan signal rebound bagi LTC. LTC dilihat rebound di atas trend line @ MA 50 apabila stochastic RSI cross up di paras oversold (rujuk garisan menegak berwarna hijau).
Nota kaki:
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Support = Sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
Slowandsteady
SRIDGE (Perjalanan Menuju ke Destinasi yang Ditunggu-tunggu)Sektor:
- Technology, Telco, Telecommunications & Media.
Idea analisis:
- SRIDGE merupakan kaunter teknologi. Sektor teknologi antara sektor yang yang membentuk uptrend terbaik.
- SRIDGE membentuk uptrend line dan pergerakan sangat hampir dengan trend line.
- SRIDGE juga sering memecahkan resistance terbaru secara 'slow and steady'.
- Kenaikan harga ini menjadikan SRIDGE semakin hampir ke ATH.
Idea trading plan:
- Entry apabila harga berdekatan dengan trendline 'dan' muncul titik PARABOLIC SAR di bawah candle untuk swing atau;
- Entry berhampiran RBS 0.620 untuk BOD atau;
- Entry jika harga tutup di atas ATH 0.705 'dengan syarat' ada Vol yang lebih banyak daripada sebelumnya untuk BOB.
- CL jika harga 'tutup' di bawah trend line.
- TP jika harga mula menyentuh 0.705.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* ATH = All Time High (Harga paling tinggi yang pernah dicapai)
* BOD = Buy On Dip
* BOB = Buy On Breakout
#TAYOR #BAYOR