SOLUTN Membuat Segitiga Menaik?SOLUTN pada corak carta dilihat mula bangkit dari kejatuhan yang panjang. masih perlu diperhatikan lagi sehingga ia berjaya memecah rintangan pada 0.67. Jika ia berjaya membuat sokongan pada paras ini ia mampu untuk membuat kenaikan yang lebih tinggi. Boleh target keuntungan pada 0.825. Petunjuk SMI juga menarik kerana garis biru telah berjaya memotong garis merah yang menandakan belian mula tinggi dan juga volume sudah meningkat.
Kawasan masuk: 0.67 - 0.68
Ambil untung: 0.825
Potong Rugi: 0.610
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.
Solutn
SOLUTN akan buat Pembalikan Menaik ke Gelombang Besar 1 Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Setelah mengalami gelombang Pembetulan Besar ABC , kini berada di Gelombang permulaan gelombang Besar satu menaik dengan momentum yg baru dan ianya akan bakal meneruskan pendakian ke atas. Gelombang besar satu bercorak Pepenjuru Awal ( Leading Diagonal 12345 - 53535 ) serta bagi sasaran Gelombang 1 kerap berakhir di tahap Fibo 200% - 261.8%
Nota Teknikal Analisis : -
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Awal ( Leading Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 38.2%, 61.8%,100% & 161.8%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 200%-261.8% ( Jangkaan Masa - 10-12 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
SOLUTN: Mencoba Untuk Meneruskan Kenaikan1. Kaunter berkaitan Vaksin ini nampaknya mula mendaki keluar dari fasa pengumpulan.
2. Jika esok 5 Feb 2021 ia berjaya memecahkan rintangan (garis biru), akan cuba menguji rintangan seterusnya.
3. Jika rintangan 2.015 berjaya dipecahkan dengan sentimen vaksin lagi, boleh target rintangan seterusnya.
4. Jika rintangan 2.015 tidak berjaya dipecahkan, akan membentuk Cup dan mungkin bersama Handle-
- Jika berlaku Cup, boleh guna Anjakan Fibo untuk menunggu peluang terbaik.
5. Cadangan belian: Antara harga pada aras 1.655-1.545 (bergantung pada minat belian)
#FibosebagaiSnR
#sekadarpandanganperibadi
#TAYOR
SOLUTN (0093) : MENUNGGU PELUANG VAKSIN. JADI ATAU TAK JADI?SEKTOR: Technology, Trading & Services, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Post MCO, Newly Classified Shariah-Compliant Securities, Vaccine
1. Jika syarikat ini menjadi pengeluar vaksin, mungkin menjadi pilihan UTAMA (leader) sepertimana TOPGLOVE dalam sektor sarung tangan.
2. Dari segi teknikalnya, candle telah menyentuh MA50 dan berada pada aras sokongan 1.125.
3. Peluang naik tu ADA jika volume belian meningkat dan menarik jika memecah aras rintangan 1.365
3. Jika candle memecah aras sokongan dan ke bawah MA50 akan menguji MA200 (tamat riwayat..harapnya tidaklah)
#rujukcarta
#sekadarpandanganperibadi
#TAYOR