KAJIAN 1: Panduan STOCH RSI 100% Untuk Kaunter UptrendPembelian kaunter uptrend menggunakan STOCH RSI:
1) Pastikan kaunter dalam keadaan uptrend.
2) Entry apabila STOCH RSI mula naik ke paras 20.00.
3) TP ketika STOCH RSI mula naik di paras oversold (80.00) dan menunduk ke bawah.
Anda juga boleh ride the trend. Contoh:
1) Chip in (buy dengan jumlah sedikit) ketika STOCH RSI mula naik ke atas paras 0 (perhatikan horizontal line biru).
2) Chip out (sell dengan harga sedikit dan biarkan modal) ketika STOCH RSI di paras oversold dan mula menunduk (Perhatikan horizontal line hijau).
3) CL (sell semua) apabila harga jatuh di bawah uptrend line atau MA 50.
*Kaunter UWC telah mencapai keuntungan sebanyak 160% untuk 6 bulan.
* Idea ini hanyalah bertujuan untuk penggunaan pendidikan sahaja.
Stochrsi-oversold
KPOWER (Menunggu Peluang)Sektor:
- Industrial Products, Green Tech, Solar, Consumer Products & Services
Idea analisis:
- Kpower masih berada di atas trendline.
- STOCH RSI juga berada di paras oversold
Idea trading plan:
- Entry berhampiran trendline.
- CL jika harga 'tutup' di bawah trend line.
#TAYOR #BAYOR
MERIDIAN (Percubaan Melantun di Atas Dua Lantai)Sektor:
- Property
Idea analisis:
- Sebelum ini, MERIDIAN telah memecahkan uptrend line dan membuat accumulation.
- MERIDIAN kemudiannya Break Accumulation Phase (BAP) dengan momentum:
1) Volume melebihi VOL MA
2) MACD mula naik di atas paras 0
3) STOCH RSI cross up
- MERIDIAN menurun sehingga ke paras accumulation dan nampak seperti ingin membuat u-turn.
- MERIDIAN seperti rebound di atas dua lantai iaitu di atas area accumulation dan di atas MA 50. Ketika ini, STOCH RSI juga mendongak ke atas di paras over sold dan MACD juga menunjukkan momentum pembelian di atas paras 0.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran support terbaru 0.360 untuk BOD atau;
- Entry jika harga 'tutup' di atas resistance 0.455 (dengan syarat ada momentum yang kuat) untuk BOB.
- CL jika harga tutup di bawah support 0.360 atau;
- CL jika MACD turun di bawah paras 0.
- TP jika harga menyentuh resistance 0.455 atau;
- TP jika STOCH RSI overbought dan mula menunduk.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Rebound = melantun untuk menaik.
* BOD = Buy on Dip.
* BOB = Buy on Breakout.
DANCO (Tiga Pilihan Jalan)Sektor:
- Industrial Products & Services, Industrial Materials, Components & Equipments.
Idea analisis:
- Selepas fasa accumulation (fasa pengumpulan), DANCO meneruskan kenaikan dan membentuk HH HL.
- Satu volume besar muncul dan DANCO breakout keesokannya (lihat #3).
- Kemudian DANCO terciduk di bawah trend line (lihat #1) dan pada ketika itu STOCH RSI juga dalam keadaan oversold (lihat #2).
- Kemudian sejarah berulang kembali. DANCO breakout dengan volume spike (lihat #4).
- Selepas breakout, transaksi banyak berlaku pada harga 70 sen. Mungkin boleh dijadikan support atau resistance pada paras harga ini.
- Tiada volume penjualan yang spike setakat ini.
- Selepas breakout, DANCO membentuk support baru terkuat pada paras harga 65 sen.
- DANCO cuba memecahkan minor trend line.
- Terdapat 3 persoalan disini:
1) Adakah DANCO akan bertukar trend kepada sideways dengan membentuk fasa re-accumulation @ distribution?
2) Adakah DANCO berehat sebentar di atas trend line kemudian kembali terbang lebih tinggi dan menyambung kenaikan HH HL?
3) Adakah DANCO akan memecahkan uptrend line seperti sebelum ini? (lihat #1 dan #2)
Idea trading plan:
- Entry berhampiran trend line atau;
- Entry berhampiran support 0.650 atau;
- Tunggu sehingga STOCH RSI mendongak ke atas untuk entry atau;
- Tunggu sehingga DANCO berjaya tutup di atas minor trend line.
- CL jika harga turun dibawah paras support 0.650 atau;
- CL jika harga tutup dibawah trend line dan STOCH RSI di atas paras oversold (atas 20.00) atau;
- CL jika harga turun di bawah minor trend line.
- TP pada harga 0.720 atau;
- TP jika STOCH RSI mula menunduk ke bawah.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* HH HL = Higher High Higher Low. Penerangan di
* #1 = Harga jatuh dibawah trend line.
* #2 = STOCH RSI oversold.
* #3 & #4 = Breakout dengan volume spike (tinggi).