Zon Manipulasi USDCHFApabila nampak level yang terlalu jelas, maka besar kemungkinan tempat itu akan menjadi zon yang diperhatikan dan apabila zon itu menjadi tempat perhatian maka banyak "orders" akan duduk disana.
Harga telah berdagang diatas harga tertinggi untuk hari dagangan Isnin tetapi level garisan biru (harga mingguan tertinggi) berada dekat dengan harga tinggi Isnin maka saya mengalihkan level Isnin itu ke level Mingguan sebagai satu "focal point".
Level ini telah di "uji" dua kali sebelumnya dan sesiapa sahaja yang ada mata akan mengakui harga turun setiap dua kali harga menyecah disana. "Retail trader" pada masa ini sudah tentu "anticipate" harga mungkin akan turun dimana pada masa ini harga menyecah level tersebut.
Saya rasa ini adalah zon manipulasi dan saya lebih selesa untuk membuat keputusan setelah harga masuk ke kolam liquidity dan memecah dan tutup disalah satu zone yang saya "mark" didalam carta. Tambahan itu, kelmarin jarak kebiasaan untuk USDCHF tidak sampai ke tahapnya dan seperti biasa "range" tersebut perlu dibayar semula
Apabila harga sudah sampai sana, maka saya kana "bearish" bias. Walau bagaimanapun, berhati-hati untuk berdagang USDCHF dimana ia ada sedikiit "correlation" dengan EURUSD . Dan EURUSD sangat sensitif dengan "risk evet" esuk hari iaitu ECB Rate Decision"
Stophunt
Membaca Chart sebelah Kanan : Zon Manipulasi #EURUSDKita cuba bayangkan setiap titik perubahan trend, adanya zon liquid (liquidity pool) yang pedagang-pedagang institutsi/bank mencuba cari bagi mendapatkan kecairan pasaran (liquidity) datang dari buy stops dan sell stops dari "retail traders". Buy Stops dan Sell Stops tersebut kebanyakkan nya datang dari stop loss yang disimpan oleh Retail Traders bekenaan.
Hari Isnin (khususnya antara sesi Sydney Open dan beberapa minit sebelum sesi London buka) kebiasaannya masa pedagang-pedagang institutsi dan bank akan memulakan sesi stop hunting mereka bagi mendapatkan "liquidity" sebelum membuat order yang besar yang mana akan memulakan trend untuk minggu itu.
Rancangan saya untuk sekurang-kurangnya hari Isnin, adalah untuk mencuba masuk apabila harga masuk/memecah dan tutup dikawasan manipulasi dan menunggu trigger disana.
*Bagi memahami konsep-konsep analisa saya, cuba baca idea -idea lepas yang saya share (bahasa inggeris) dahulu.