PEMBELAJARAN 3- Mengenali struktur marketApa itu struktur market?
- "Market Structure” atau ilmu struktur pasaran merupakan antara asas yang terpenting dalam trading.
- Sepatutnya, jika kita hendak mula belajar trade, kita mestilah mempelajari ilmu struktur pasaran terlebih dahulu.
- Barulah diikuti dengan ilmu mengenal Support & Resistance, Trendline, Candlestick dan sebagainya.
1️⃣ Higher High
🔸 Higher High adalah struktur paling tertinggi dalam struktur market.
🔸 Higher High terbentuk apabila pasaran dalam trend menaik/bullish.
2️⃣ Higher Low
🔸 Higher low adalah struktur kedua tertinggi dalam struktur market.
🔸 Higher low terbentuk apabila Higher High membuat retracement setelah membuat kenaikkan tertinggi.
🔸 Higher low juga terbentuk apabila pasaran dalam keadaan trend menaik/bullish.
🔸 Higher low juga adalah kawasan yang terbaik untuk entry sekiranya pasaran masih dalam keadaan uptrend/menaik/
3️⃣ Lower Low
🔸 Lower Low adalah struktur paling rendah dalam struktur market.
🔸 Lower Low juga terbentuk apabila struktur HL gagal retrace membentuk new high ataupun paras harga turun bawah support pada stuktur HL.
🔸 Lower Low juga terbentuk apabila pasaran dalam trend menurun/bearish.
4️⃣ Lower High
🔸 Lower High adalah struktur yang ketiga tertinggi dalam struktur market.
🔸 Lower High terbentuk selepas berlaku reversal di Lower Low .
🔸 Di struktur Lower High juga tempat berlakukan perubahan trend sama ada trend menurun ke menaik atau sebaliknya.
Secara kesimpulannya, struktur market adalah topik yang paling penting di dalam trading. Sekiranya tidak memahami struktur market, para trader tidak akan memahami keadaan market sama ada ianya uptrend ataupun downtrend. Di samping itu juga, para trader akan mempunyai masalah FOMO(Fear of Missing Out), tersangkut di puncak, kerugian besar sekiranya topik struktur tidak difahami.