Tambun
TAMBUN melebihi potensi target 2- Tambun telah melebihi potensi target kedua saya.
- Diletakkan potensi target ketiga untuk minggu depan, diharapkan saham ini akan mencecah harga seringgit.
- Dijangkakan akan berlaku retracement untuk minggu hadapan.
- Dijangkakan juga akan berlakunya golden cross iaitu ema50 melintasi sma200.
- Kepada pemengang saham ini, untuk short term boleh letakkan stop loss di tengah-tengah candle morobozu.
- TAHNIAH kepada pemegang saham ini!
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
TAMBUN target kedua tercapaiSaham TAMBUN INDAH LAND BHD hari ini telah melonjak naik sehingga 0.935 dan sekarang berada di atas SMA200. TAHNIAH! Jadikan 0.900 sebagai support terbaru. Dinasihatkan supaya anda menjual sebahagian daripada modal anda dan selebihnya dibiarkan naik kerana saham ini dilihat berpotensi naik, namun disana tetap akan berlaku beberapa retracement sebelum naik.
TAMBUN potensi targetSaham TAMBUN jika dilihat telah melepasi rintangan 0.845 dengan memberi isyarat candle hijau, isyarat awal saham TAMBUN ini ialah pada 14/5 dengan kenaikan sebanyak 10% , setelah itu kita dapati sesetengah daripada pedagang akan membeli di lantai dan sesetengah pedagang akan membeli ketika melepasi rintangan. Ternyata hari ini saham TAMBUN berjaya melepasi rintangan dengan volume yang padu. Di dalam chart ini ditunjukkan bagaimana harga boleh melonjak pada hari ini.
PENAFIAN : Maklumat kajian yg dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yg anda buat.