ISTONE - Oversold?ISTONE masih di dalam channel uptrend. Jumaat lepas 21hb Aug 2020, kelihatan ia berjaya memecahkan DTL.
Juga kelihatan RSI ovesold dan dijangka untuk terus menaik, berada di mid-BB dan MA20, sangat menarik untuk diikuti minggu depan.
Support kelihatan di fibo 382 pada RM0.24. Mungkinkah akan terus cuba R1 di RM0.275 dan seterusnya RM0.295?
Ini bukan BUY CALL.
TAYOR.
Tayor
OMESTI - Catalyst BaruOMESTI masih lagi dalam fasa uptrend kerana ianya belum lagi ditutup di bawah trendline.
Jumaat lepas, 14hb Aug 2020, ia ditutup pada paras fibo 0.500 di mana paras fibo ini bukanlah satu paras yang kuat. Ada kemungkinan ia akan terus turun dan rebound di aras fibo 0.382 atau ia juga boleh naik mencuba rintangan di aras fibo 0.618.
Walaubagaimanapun, ia sekarang berada di mid-BB jadi kemungkinan untuk naik agak tinggi.
Dengan catalyst baru yang dikhabarkan ia berjaya memenangi kontrak Huawei, kaunter ini sangat menarik untuk diperhatikan minggu depan.
Ini bukan BUY CALL.
TAYOR
IRIS - Kebocoran fibo 618Kelihatan IRIS meneruskan penurunan pada Jumaat lepas 12hb Aug 2020. Tetapi ia nampak rebound di garis mid-BB dan MA20 sebelum di tutup atas garisan ini.
Ramai analyst berpendapat Bursa lebih stabil minggu hadapan, bermakna ada kemungkinan IRIS akan rebound semula jika ia berjaya melepasi garis fibo 618.
Ini bukan BUY CALL.
TAYOR
REVIEW DOLPHIN (5265) LANDED ATAS TRENDLINE (15/08/2020@09:54pm)DOLPHIN INTERNATIONAL BERHAD (5265)
SECTOR: INDUSTRIAL PRODUCTS & SERVICES
TOTAL SHARE ISSUE: 244,200,000
PUBLIC FLOAT %: 43.25%
SYARIAH: YES
Harga DOLPHIN gagal memecahkan resistance 0.135 (3yrs Resistance) pada minggu ini dan telah retrace ke area trendline 0.085 yang juga bersamaan dengan EMA50. Aggressive traders boleh mencuba harga area trendline (bocor trendline CL). Conventional traders boleh tunggu reversal signal. MACD telah melakukan death cross pada 13/08/2020 dalam keadaan bullish (atas line 0).
SILA KAJI FA @ CANSLIM SENDIRI... 😁😁😁
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia
HIBISCS - Catalyst kenaikan harga minyakKelihatan HIBISCS juga bergerak dengan catalyst kenaikan harga minyak. Previous resistance dilihat pada RM0.685. Mungkin boleh terus kenaikan jika berjaya memecah resistance, menuju ke MA200. Harga rebound dari MA20 pada 11hb Aug 2020.
Ini bukan BUY CALL.
TAYOR.
KANGER - Menuju Previous HighKelihatan Kanger BO dengan volume yang besar. Walaupun dengan prestasi KLCI yang merah berdarah, Kanger berjaya meneruskan rally dengan rejection pada RM0.305 dan tutup pada RM0.290.
Adakah Kanger akan menuju previous high RM0.32 yang pernah di jejak pada Jun 2016? Atau Kanger akan terus naik dengan berita yang Kanger kini menceburi bidang glove. Kaunter yang sangat menarik untuk diperhatikan esok, 12hb Aug 2020.
Ini bukan BUY CALL.
TAYOR
IRIS - Ke mana hala tujuSetelah membentuk bearish engulfing pada Jumaat lepas, 7hb Aug 2020, Iris berjaya membentuk bullish Harami pula pada 10hb Aug 2020.
Walau bagaimana pun, selling pressure terlalu kuat pada hari ini 11hb Aug 2020 tetapi kelihatan Iris rebound dari fibo 618.
Dengan NIIS semakin hampir, pergerakan Iris sangat menarik untuk diperhatikan.
Ini bukan BUY CALL.
TAYOR
BAHVEST - Emas Melepasi USD2000/aunsEmas melepasi paras USD2000/auns. POHKONG, TOMEI langgar upper limit pada 5hb Ogos. Adakah BAHVEST yang terlibat dalam operasi kuari mineral (emas) turut akan terima tempias?
Kelihatan paras rintangan di 0.740. Adakah esok 6hb Ogos 2020, BAHVEST berjaya menembusi rintangan ini di dalam percubaan yang ke-5?
Ini bukan BUY CALL..
TAYOR