TECHNAX (Di atas 3 Garisan Sokongan)Sektor:
- Industrial Products, Energy, Electric Vehicles.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, TECHNAX lebih konsisten membuat kerugian berbanding keuntungan. TECHNAX telah membuat kerugian sebanyak 8 quarter berturut². Hasil (revenue) juga merosot dan dilihat bergerak downtrend. Hasil (revenue) TECHNAX menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -95.19% dan -63.42%.
- Dari sudut Teknikal, TECHNAX sekarang dilihat berada di atas trend line, MA 200 dan classical support (0.125 - 0.130).
- TECHNAX perlu rebound di atas ketiga² garisan ini untuk meneruskan pergerakan uptrend. Adakah harga mampu rebound atau tidak?
- Stochastic RSI memberi signal bahawa harga sedang ciba untuk rebound di atas support.
- Walaubagaimanapun, MACD pula memberikan signal sebaliknya. MACD turun di paras 0 menunjukkan minat dan momentum pembelian semakin berkurang.
- Jika harga mampu untuk rebound, harga berpotensi menunju ke arah trend line @ pennant resistance. Kemudian jika TECHNAX mampu BDTL, harga berpotensi menuju ke resistance 0.190 dan 0.230.
- Jika harga tidak mampu rebound dan jatuh sehingga ke bawah support, harga berkemungkinan akan reversal.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend.
* Untuk mengetahui lebih tentang jenis² support, boleh klik pautan di bawah 👇
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'pennant pattern' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
TECHNAX
TECHNAX : Jangkaan Elliott Wave 1. Berada dalam keadaan uptrend kerana harga berada atas MA200,MA50 dan MA20.
2. Harga telah breakout range sideways dengan candle yang panjang disertai volume yang besar melebihi volume sebelum ini.
3. Dengan kemasukan pelabur baru dengan jumlah volume yang besar ini akan membentuk wave untuk kaunter Technax
4. Bullish divergence yang berlaku pada indikator RSI menunjukkan permulaan wave.
5. Wave 1 telah terbentuk dengan sempurna.Kebiasaannya kita akan terlepas untuk trade dalam wave 1.
6. Kemudian retracement abcde hampir siap untuk wave 2.Ini merupakan complex correction. Jadi correction wave 4 nanti akan jadi simple abc
7. Boleh ready untuk masuk dalam wave 3, boleh buat pembelian pada harga support 0.140 atau tinggi sedikit drp harga support
8. Target price iaitu pada harga 0.30 iaitu pada level resistence atau rendah sedikit.
TECHNAX bakal mendaki semula? 1. TECHNAX (sebelum ini dikenali HUAAN) terlibat dalam sector ENERGY.
2. Kaunter ini telah memecahkan short downtrend sebelum ini dan mendaki sehingga 0.230. Dapat dilihat bahawa ia sedang retrace dan membentuk SYMMETRICAL TRIANGLE. Namun dilihat VOLUME masih kurang dan berada dalam keadaan OVERSOLD serta MOMENTUM juga masih lemah.
3. Harga sekarang sedang bertahan pada EMA50 (garisan hijau) dan ini boleh dijadikan sebagai support terdekat.
4. Aras RESISTANCE terdekat adalah 0.150. Jika harga ini dapat dipecahkan dengan VOLUME yang padu…mungkin kita boleh sediakan trading plan untuk layan kaunter ini.
Nota:
(a) Sekadar pembelajaran.
(b) Market dilihat volatile minggu depan disebabkan ketidakstabilan politik + kemungkinan PKP dilaksanakan semula. Trade berhati-hati yaa.
Terima kasih