TEKSENG di ambang berakhirnya Gelombang Pembetulan Besar Zigzag Sektor : Industri Pengguna
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Gelombang pembetulan besar yang membentuk corak "Zigzag" ( ABC ) dalam tempoh setahun akan berakhir dan sedang menunggu momentum yang baru serta telah memulakan pergerakan bagi gelombang besar Satu yang baru. kini akan menuju ke tahap fibo 38.2% untuk sasaran jangkamasa pendek 4-6 minggu.
Nota Fundamental/Kewangan -
Secara Konsisten pendapatan kewangan syarikat ini meraih keuntungan 6 kali suku tahunnya di sepanjang tempoh 2 tahun kebelakang.
dan Kadar Nilai Saksama (Fair Value - Graham ) semasa adalah 0.635 sen
Nota Teknikal Analisis : -
* Tahap Sokongan Kuat di Harga :0.44 sen
Analisa bagi Permulaaan Menaik Gelombang Satu : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 23.6% & 38.2%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 38.2% ( Jangkaan Masa - 4-6 minggu - )
*Tahap Fibo Ext - Gelombang Besar Satu - 200%-261% ( Jangkaan Masa - 4-5 Bulan )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
TEKSENG
Tekseng meneruskan kenaikan seperti dalam sektor teknologi hijauTEKSENG melepasi tahap rintangan 0.78 untuk meneruskan kenaikan dan menutup Gap Down pada harga 0.82. Jadikan 0.82 sebagai TP dan 0.75 sebagai CL. Idea ini hanya untuk pembelajaran sahaja. Bukan tujuan untuk sebarang pembelian atau penjualan
TEKSENG: Percubaan yang baikPada dagangan terakhir, percubaan kaunter ini memecahkan paras resistance yang agak kuat pada 0.850 telah berjaya namun malangnya retrace kembali. Sekiranya berjaya mungkin akan naik dengan lebih drastik.
TA:
MACD: Golden cross
StoRSI: overbought (kurang baik)
Strategi pembelian:
EP: 0.845
TP1: 0.895
TP2: 1.00
TP3: 1.105
SWING: 1.250
TAYOR
Review TEKSENG (7200) - Weekly TimeframeSetelah melakukan kenaikan bermula 21 Julai 2020, harga telah mencapai kawasan rintangan WEEKLY yang agak keras jika dilihat dari sejarahnya. Jika berjaya melepasi kawasan rintangan ini, harga akan menuju ke paras 0.960 sebelum cuba melepasi paras harga psikologi iaitu pada harga RM1.00. Pada masa ini, berkemungkinan harga akan berehat dahulu, sama ada bergerak secara sideway di kawasan rintangan ataupun turun menuju paras sokongan weekly terdekat di kawasan 0.805 sebelum meneruskan kenaikan.
Jika dilihat pada TF Daily, candle terakhir yang terbentuk pada Jumaat (24/07/2020) adalah berbentuk GRAVESTONE DOJI dengan volume yang agak tinggi. Ini menunjukkan tekanan jualan yang berlaku disebabkan aktiviti pengambilan untung dari pedagang-pedagang yang telah masuk pada hari-hari sebelumnya. Harga mesti melepasi puncak tertinggi doji tersebut jika ingin meneruskan kenaikan.
#sekadarkajianperibadi
#tradeatyourownrisk
#TAYOR
#notAbuycall
30 Jun 2020 - TEK SENG Menanti LantunanKaunter ini dalam sektor produk dan perkhidmatan penguna dengan sub-sektor barangan rumah. Sesuai untuk swing jangka pendek.
Dari segi analisis fundamental, rating kurang baik.
Jumlah saham: 360.67 juta
P/E Ratio: -
ROE (%): -6.22
Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA50 dan MA200. Garisan MA20 menjadi rintangan yang terdekat untuk dilepasi.
Harga dilihat sedang retrace menuju ke paras sokongan. Pantau untuk sebarang lantunan (rebound) di sokongan.
Indikator stochastic RSI di paras oversold.
Sokongan: 0.510
Rintangan 1: 0.580
Rintangan 2: 0.660
Rintangan 3: 0.730
Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.
#mahersaham #tekseng #jun20 #FIAR
TEKSENG Memecahkan Pennant Pattern dan Bersedia Untuk Terus MaraTEKSENG memecahkan pattern pennant pada Jumaat yang lepas disokong oleh volume yang kuat. Berdasarkan indicator Ichimoku Cloud juga dapat dilihat Tekseng merupakan kaunter yang strong bullish. Aras target untuk TEKSENG adalah di 0.805. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).