TDM : Timeframe Besar1. Jika dilihat secara keseluruhan kaunter/timeframe besar iaitu carta bulanan, harga jelas dalam menurun.
2. Harga gagal memecahkan upper trendline sebagai resistance. Ini menunjukkan tidak berlaku trend reversal.
3. Harga telah mencapai puncak pada upper trendline. Kemungkinan harga akan sambung penurunan semula.
4. Jika dilihat pada volume pula, hanya volume yang sama banyak dengan volume sebelum nya. Ini menunjukkan tiada "pelabur baru"
5. Tidak sesuai untuk trade pada masa sekarang.
Timeframe
Hafal pattern di timeframe berbezaSecara ringkasnya , tujuan kita melihat time frame yang berbeza adalah untuk
- melihat trend (higher timeframe)
- mencari signal entry dan exit lebih awal (lower timeframe)
Apa saja teknik yang kita belajar di carta daily, guna pakai konsep sama untuk semua timeframe.
Cadangan memilih carta yang sesuaiTeknik bagus tapi salah pilih carta, kebarangkalian akan gagal.
Carta bagus tapi tiada teknik, kebarangkalian gagal.
Carta salah + teknik tak betul , ke laut sudah pasti.
Sebagai permulaan, mulakan dulu dengan memilih carta yang aktif, ada pergerakan harga menaik dan yang paling penting
- TUNGGU SEHINGGA ADA SIGNAL PEMBELIAN ! -
Anggaran tempoh masa trend menaikDengan berpandukan garis 200 dan 50 , tak kisah samada MA atau EMA, kita boleh membuat anggaran tempoh masa pergerakan harga dari permulaan kenaikan sehinggalah dia mula kepenatan.
Sebagai panduan, harga yang bergerak naik dalam sudut 45 darjah mengambil tempoh masa di antara 3 sehingga 6 bulan dan lebih.
Saya tidak ada data lengkap untuk mengesahkan maklumat ini. Tapi, silalah cuba dan lihat carta-carta lama dan buat perbandingan sendiri.
Semoga terhibur.
Belajar teknikal dengan melihat carta yang aktifTidak ada cara yang lebih mudah untuk kita mengulangkaji pergerakan saham selain dari membuat latihan berturut-turut.
Disebabkan tradingview ada menyediakan carta luar negara, amatlah digalakkan untuk kita melihat, mengkaji dan menggunapakai segala ilmu yang kita ada pada carta2 mereka yang sentiasa aktif.
Teknikal analisis tetap sama walau di mana saja tempoh masa yang kita guna.
Semoga terhibur.