TM: Mampukah Mencapai Jangkaan Corak Carta?TM adalah salah satu daripada saham syarikat yang pautan kerajaan (Government Link Company). Ia adalah satu kaunter GLC yang paling sihat pada ketika ini yang terdapat dalam Bursa Malaysia. Ini disebabkan bisnes mereka berada dalam sektor yang trend berbanding GLC dalam sektor yang lain.
ANALISA FUNDAMENTAL
1. Faktor utama adalah kerana terdapat banyak benda baru yang menanti dalam teknologi, seperti kedatangan teknologi 5G dan permulaan era baru Pengkalan Data Berpusat (Data Centric). Ini membina lebih banyak ruang untuk naik (upside) kepada TM.
2. Jumaat yang lepas, Perdana Menteri telah melancarkan MyDigital di mana TM memainkan peranan penting dalam agenda baru negara.
3. TM satu-satunya syarikat tempatan yang terlibat menyediakan prasarana 'Servis Cloud Provider' yang dilantik bersama-sama Microsoft, Amazon dan Google.
4. Pelancaran MyDigital ini akan merancakkan proses pendigitalan secara besar-besaran dan proses ini akan berjalan menyeluruh menjelang tahun 2030.
5. Jadi, ini dilihat ada banyak lagi ruang untuk harga saham TM meneruskan kenaikan menjelang peluang jangka masa panjang yang ada kira-kira 10 tahun ke hadapan.
6. Dari segi prestasi Qr juga, TM menunjukkan peningkatan yang baik pada 3 QR terakhir sejak mencatat kerugian 51juta pada Q4 19:
Q1 20 mencatat keuntungan 153juta, 6% daripada 2.56Billion pendapatan
Q2 20 mencatat keuntungan 275juta, 10.6% daripada 2.59Billion pendapatan
Q3 20 mencatat keuntungan 329juta, 12.2% daripada 2.69Billion pendapatan
ANALISA TEKNIKAL
1. Dapat dilihat pada pergerakan Harga TM, sejak ia berjaya memanjat ke atas MA200 pada Jun 2019, ia sudah berjaya terus kekal dia atas MA200, MA50 dan MA20 untuk mengekalkan momentum uptrend.
2. Sebanyak 3 kali Dinamik Support diuji (Anak panah kuning) namun ia berjaya kekal untuk berada di atas MA200 menunjukkan Dinamik Support MA200 dianggap support yang kuat ketika ini.
3. Sejak harga mula jatuh di bawah MA200 pada Oktober 2017, ia telah jatuh dan membentuk kawah pada kedalaman 63.55%. Kini TM berjaya memanjat semula pada Harga asal sekitar 5.89.
4. Dengan pembentukan semi parabolik yang telah lengkap, dijangka TM akan berjaya meneruskan momentum dengan disokong oleh beberapa pemangkin faktor MyDigital.
5. Dengan menggunakan jangkaan corak carta (chart pattern), ia dijangka mampu mendaki setinggi kedalaman kejatuhan 63.55%.
6. Jika dilhat anggaran Sasaran Harga melalui chart pattern ia mampu mencapai sekitar 8.23, bersamaan 63.55%.
7. Dari segi volume, secara perbandingan, Pembeli lebih ramai menguasai pasaran berbanding penjual, menunjukkan momentum uptrend agak kukuh.
8. Kini, RSI Stoch sudah berada dalam zon oversold, kemungkinan bersedia membuat satu lagi pusingan kenaikan.
Khairul Hafiz
TM
TM - Kini hampir mencapai 52W highTM kini hampir mencapai harga 52W high pada 4.13. Telah melepasi rintangan kuat pada aras 4.00
-RSI/Stoch masih lagi berada pada aras overbought
-Volume pembelian juga nampak berkurangan
-Affin juga memberikan TP pada 4.15 (June 17)
-Expect untuk correction dalam jangka masa terdekat
-Harga telah rally sejak QR1 FY19 yang agak baik, dengan improvement OPEX syarikat
FA Rating - 3.8/10
TM (TELEKOM) - Arah tuju seterusnya, 8 Hari sblm keputusan QR3TF30 Rumusan, Telekom.
1. Segitiga paten BO + Volum, dengan momentum yg lemah selepas tidak berjaya melepasi rintangan kuat (2.47)
2. Harga berada dalam sokongan yg lemah (2.38), jika harga tidak turun dari paras ini - akan meneruskan kenaikan (HL)
3. Akan membuat cubaan ketiga untuk melepasi rintangan (2.47), 60% peluang untuk mengatasi.
4. Rata2 penganalisa bank menurunkan target harga, BUY>HOLD>SELL. Purata RM 2.20. (dijangka mendapat pendapatan yg kurang baik)
5. 8 hari sebelum QR3 FY18 (26/11/18). Jika harga terus rally (QR mungkin baik), atau menurun (QR kurang baik)
Apa2 pun, keputusan QR seterusnya akan memastikan semua analisa teknikal nanti.
Trade berhati hati.
TM kaunter momentum- TM kami ada kongsikan idea semalam pada harga 2.190.
- TM antara komponen KLCI yang naik banyak hari ini iaitu lebih kurang 10% kenaikan.
- Menurut fibo, TM sudah tercapai TP pada harga 2.385.
- Momentum kaunter quite good.
- TM perlu melepasi 2.400 untuk target ke 2.450.
- Immediate support 2.330.
- Apa pun mesti kene tengok pergerakan KLCI esok.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
TM berada di garisan hijau carta 30 minit- TM berada di garisan hijau carta 30 minit pada harga 2.190, above harga ni boleh layan... Support 2.110 risiko kerugian sebanyak 3.5%
- Momentum untuk short term baru bermula.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
Telekom MalaysiaTelekom Malaysia sedang membuat percubaan untuk keluar dari zone penjualaan.
Harga telah jatuh ke paras yang terendah sejak 2010.
Peluang untuk memiliki saham ini bagi pelaburan jangka masa panjang.
Dividen yang menarik. Support di harga RM 3 ke RM 3.20. Tp RM 3.0 - RM 4.
Sila rujuk rajah.
Sila lakukan analysis sendiri ini hanyalah untuk pendidikan sahaja.