Permulaan bagi Advancecon (5281.kl)?Pemerhatian:
a) Peringkat Pasaran:
- Harga berada pada penghujung Stage 1 (Accumulation) / awal Stage 2 (Mark-Up).
b) Trend Line:
- Harga bergerak secara sideway (Mei hingga awal Okt'19) dengan beberapa kali cucian.
c) Harga & Volume:
- Terdapat tanda-tanda SOS yang kuat dari Sep'19, diikuti dengan sokongan harga pada aras 40sen.
- Vol. juga rendah sebelum harga melonjak naik dan ditutup tinggi pada 7 & 8 Okt'19.
Berdasarkan pemerhatian diatas, saya akan trade saham ini melalui partial entry dan selebihnya ketika pullback.
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa setiap trading adalah 50-50 dan perlunya ada Trading Plan untuk kita ikuti.
Pelan Perdagangan
Untung dengan Trading Plan! HSS Engineers (0185.kl)Kod saham: 0185
Nama saham: HSS Engineers Bhd
Screener: -
Tarikh pemerhatian: 22 Mac 2019
Pemerhatian:
a) Harga & Volume:
- Harga bergerak semakin tinggi dengan perlahan-lahan.
- Rata-rata volume juga rendah dengan beberapa hari dimana volume adalah tinggi.
b) Peringkat Pasaran:
- Pengakhiran peringkat Accumulation (S1) dan permulaan peringkat Mark-Up (S2).
c) Trend Line:
- Harga kini berada diaras Trading Range (sekitar RM1.15).
- Harga membuat "Higher High, Higher Low".
- Selain itu, harga juga kini berada didalam lingkungan Uptrend Line (Guide).
Nota:
- Kita perlu melihat beberapa bar lagi untuk memastikan arah tuju saham.
- Apa yang pasti, harga saham akan bergerak tinggi SEKIRANYA harga bergerak melepasi RM1.21.
- Satu perdagangan saham telah dibuat pada Feb 27 (klik pautan dibawah); jika mengikut Trading Plan, keuntungan kasar terkini ialah sebanyak ~8% .
- Juga merujuk kepada Trading Plan, Stop Loss juga diperbaharui kepada RM1.15.
Pasaran CRASH - Krisis Kewangan Asia 1998Pernahkah anda terfikir, apakah kesan ketika da selepas Krisis Kewangan Asia 1998 yang menyebabkan market crash atau pasaran merudum dengan teruk pada tahun 1998.
- Berapakah lama durasi krisis kewangan asia?
- Berapakah lama kah Malaysia perlukan untuk memulihkan pasaran BSKL?
- Adakah betul yang diperkatakan menteri-menteri dapat memulihkan dan memberi impak dan sumbangan selepas pasaran crash?
Jika ya, berapa banyak ke BULLISH yang mereka dapat kembalikan, daripada kesan BEARISH sebelum itu?
Jika tidak, mengapa?
Krisis Kewangan Asia memberi impak yang sangat besar terutamanya negara2 di Asia
Mimpi buruk ini bermula pada pertengahan 1997, dengan Baht Thailand, diikuti Peso Filipina dan Ringgit Malaysia.
(Thailand merupakan antara negara EM-Emerging Market yang terbaik dan bangkit selepas kirsis kewangan ini)
Krisis Kewangan Asia berlarutan selama lebih kurang 546 hari atau 17 bulan (1 tahun 5 bulan)
Dan, kejatuhan sebanyak -982 mata ( -76% ) dari 1278 kepada 262
Setiap yang naik akan turun, dan setiap yang turun akan akan (kecuali, jika gagal dipulihkan)
Benarkah Malaysia mengalami zaman BULLISH selepas krisis kewangan 1998?
YA, kerana selepas kejatuhan -76%, market malaysia semakin pulih
tetapi, untuk mengatakan menteri-menteri pada zaman itu, terutama menteri kewangan yang berjaya membawa zaman BULLISH ini?
sukar untuk diperkatakan, terdapat pelbagai pendapat dan pandangan
saya cenderung untuk mengatakan Pasaran Malaysia tidaklah segah sebelum krisis kewangan asia, gagal untuk dipulihkan
YA, naik tetap naik, tetapi, pada kadar yang perlahan
Para pelabur lambat untuk kembali ke Malaysia, ambil masa lama untuk meyakinkan mereka semula
kerana beberapa dasar yang diambil ketika berlakunya krisis kewangan ini
Oleh itu, berapa lamakah masa yang diambil untuk pulih? Jika jatuh dalam 1 tahun 5 bulan , naik pula mengambil masa selama:
" 3132 hari atau 102 bulan ( 8 tahun 6 bulan ++) "
Bagi saya, Malaysia memerlukan masa yang lama untuk bangkit dan menarik pelabur-pelabur masuk semula
BSKL mengambil masa 5-6 x ganda masa untuk dipulihkan dari masa ia CRASH
BSKL mencapai aras terdahulu semula pada awal tahun 2007 (mac 2007), kemudian, mengalami CRASH semula pada akhir tahun 2007 (nov 2007)
Berikutan US Housing Bubble atau US Housing Market Crash yang menyebabkan jatuh semula sebanyak -40%
Kita akan kupas berkenaan krisis ini pada post yang lain
Terima Kasih