MESTRON - BELAJAR DARI KESILAPANMYX:MESTRON
Sekitar November 2020, saya pernah membeli MESTRON di kawasan arrow hitam pertama, niat asal untuk pelaburan jangka panjang (SWING),
kemudian pada 29 Jan 2021 , ada satu berita yang menyebabkan harga MESTRON membuat GAP DOWN dan turun secara mendadak. Saya panik dan terus jual dengan sedikit kerugian.
Keesokan harinya harga MESTRON terus naik sehingga 155% dalam 89 hari.
Kesilapan saya pada ketika itu adalah tidak melukis trendline di kawasan bawah, setelah beberapa hari berlalu, saya melukis trendline dan mendapati harga jatuh betul2 di atas trendline tersebut sebelum meneruskan kenaikan. Pengajaran nya selepas ini, saya akan memastikan harga memecahkan support trendline jika ingin menjual. Pada ketika itu kaunter ini jelas sekali sedang dalam fasa accumulation, kerana harga sudah berada di atas MA200 selama 6 bulan, jadi sepatutnya tidak perlu berasa begitu panik. Kebiasaannya berita buruk sengaja di keluarkan untuk memerangkap retailers seperti saya, supaya jerung boleh beli lagi di harga yang lebih rendah.
Walaubagaimana pun, entry terbaik untuk swing trader adalah selepas harga melepasi fasa accumulation, iaitu break out fasa sideway, sekiranya tidak mahu tunggu lebih lama untuk melihat keuntungan.
Terkini, pada 31 Dec 21, kelihatan MA20 ingin menuju ke arah MA50 dan ini merupakan petanda bahawa kaunter ini ingin meneruskan kenaikan.
Dari segi kajian EW, ia baru menyiapkan w4 dan berpotensi untuk meneruskan kenaikan bagi melengkapkan wave 5.
Dari segi volume, telah ada penampakan volume spike yang kecil.
Tanda2 reversal divergence juga telah kelihatan.
Boleh masukkan dulu dalam watchlist dan tunggu MA 20 50 200 tersusun lebih cantik untuk entry yang lebih baik.
TAYOR.
Tutorial
TUTORIAL : MA200 Sebagai Pengesahan Trend Untuk 'Long Term'Seperti mana yang anda lihat di dalam carta, MYEG meneruskan kenaikan setelah melepasi MA200 pada 6 Mac 2019.
Anda boleh lihat, harga bagi saham MYEG meningkat setelah melepas MA200.
Garisan MA200 sesuai untuk dijadikan pengesahan trend jangka panjang.