Uchitec
UCHITEC kaunter yang boleh diperhatikanUCHITEC dilihat sebagai kaunter yang menarik untuk para pelabur. Secara asasnya ia membuat peningkatan dari segi pendapatan dan keuntungan merujuk kepada laporan kewangan tahunan walaupun diwaktu pendemik. Secara teknikal ia sedang berada pada gelombang ke-3. Paras sokongan pada 2.965. Dijangka akan mebuat sedikit penurunan sebelum melantung semula untuk membuat kenaikan.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
UCHITEC-Persediaan Untuk Terbang?Kaunter dalam sektor industri. Mempunyai fundamental yang baik dan nampaknya KWSP aktif membuat pembelian untuk kaunter ini.
Hari ini (20 Julai 2020) telah terbentuk hammer candle yang menunjukkan tekanan belian. Adakah ini low volume test oleh market maker sebelum menolak harga keluar dari fasa pengumpulan (accumulation)?.
Corak carta pun menarik kerana harga berada di atas garisan MA20, MA50 dan MA200. Sangat menarik untuk diperhatikan pergerakan harga kaunter ini akan datang. Mungkinkah ia sedang dalam fasa persiapan terakhir untuk terbang?
Nantikan. Ini sekadar kajian.