USDCAD Berpotensi Turun SemulaUSDCAD pada timeframe daily D1 telah membuat penurunan pada semalam dan telah membentuk bearish engulfing. Ini bermakna zon resisten (1.30074 – 1.30529) baru telah terbentuk dan kebarangkalian untuk ia membuat penurunan amat tinggi. Walaubagaimana pun ada 2 situasi berkemungkinan akan berlaku iaitu samada ia akan terus membuat penurunan atau ia akan naik sementara untuk menguji harga di dalam zon resisten sebelum membuat penurunan semula. Jangkaan penurunan adalah sehingga ke zon support yang terdekat (1.27124 – 1.28349). Para pedagang kini berpeluang untuk entry sell berpandukan kepada analisa dan kefahaman masing-masing. Sasaran terdekat (TP) adalah di zon support seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Entry dalam zon yang tepat akan memberikan peratusan keuntungan yang tinggi dan mengurangkan risiko loss. Penggunaan pengurusan kewangan (MM) yang sesuai akan membuatkan akaun dagangan akan lebih stabil dan konsisten.
USDCAD-SELL
USDCAD SellUSDCAD pada timeframe daily D1 seperti jangkaan pada analisa semalam telah membuat kenaikan sehingga ke zon resisten (1.26253 – 1.26778). Ia dijangka akan membuat penurunan semula jika kenaikannya tiak melepasi di atas zon resisten tersebut. Para pedagang kini berpeluang untuk entry sell dengan MM yang ketat berpandukan kepada analisa dan kefahaman masing-masing. Pastikan meletakkan Stop Loss SL atau cutloss jika ia meneruskan kenaikan melepasi di atas zon resisten. Sasaran terdekat (TP) adalah di zon support seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Entry dalam kawasan zon yang tepat akan memberikan peratusan keuntungan yang tinggi dan mengurangkan risiko loss. Penggunaan pengurusan kewangan (MM) yang sesuai akan membuatkan akaun dagangan akan lebih stabil dan konsisten.