FBMKLCI EW Tinjauan Unjuran Pasaran sebelum 2022 kemaskiniAnalisa Teknikal Gelombang Elliot : TINJAUAN UNJURAN PASARAN BURSA TAHUN TERAKHIR 2021 ( MARKET OUTLOOK 2021 ENDING ) - KEMASKINI
PRA "SUPERBULL" - sebelum tiba Tahun 2022
Analisa Faktor mempengaruhi Superbull -
Pasaran Serantau : agak semakin pulih & akan mengunjur menaik bersama
Pasaran US : Setelah mengalami pembetulan , Kini sedang membuat kenaikan & pelan pemulihan dari Kerajaannya .
Faktor berkaitan Pasaran Malaysia :
Pelan baget belanjawan 2022 yg telah dibentangkan di Parlimen - RM332.1 Billion di peruntukkan (Terbaru)
Pelan Pemulihan Negara yang di war-warkan sebelum ni
Pelan Pemulihan menangani isu Wabak Covid 19
Pertumbuhan (GDP) ; unjuran dijangka akan menaik.
Pendapatan Syarikat/Korporat : ada peningkatan kenaikan & pemulihan pendapatan kasar tahunan
kadar unjuran Export : terdapat peningkatan unjuran export keluar negara
Komoditi : peningkatan pendapatan hasil Komoditi Negara seperti Minyak Sawit & minyak
ANALISA CARTA
kini berada di gelombang Pembetulan Sementara (Perantaraan) Dua / Gelombang (C) Utama dalam Gelombang 'a' kitaran di Gelombang Besar 5 (Grand Supercycle) dan kini di jangka akan mengalami penurunan di antara paras 1552 -1549 sebagai tanda aras sokongan (RBS).
Berkemungkinan pada minggu pertama Gelombang pembetulan akan berakhir dan akan memulakan pendakian ke atas kembali untuk mencapai sasaran sebelum akhir tahun ini pada aras 1670 -1685 dengan kadar gelombnag Impulse (Perantaraan) Tiga (PRA SUPERBULL)
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
#Analisa Terdahulu :