WELLCAL dalam pendakian menaik Analisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW & penukaran darjah label EW
#MomentumBreakout
kini sedang berada gelombang Minor 5 di dalam Gelombang Intermediate (3) dengan Corak "impulse atau Ending Diagonal - 12345" dan akan membuat kenaikan dengan momentum yang kuat menuju ke harga tertinggi sepanjang masanya
*terdapat Rintangan di harga antara 1.20 - 1.25 sebelum melunjur ke atas*
*Pengunaan Alat Fibonacci Extension dengan tahap sebagai anggaran unjuran setiap kenaikan harga dan juga panduan Rintangan serta Sokongan*
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
WELLCAL
WELLCAL Masih Uptrend Jaga Sokongan pada Garis Trend Menaik1. WELLCAL pada corak carta dilihat menarik dengan minat belian yang tinggi pada beberapa hari yang lepas.
2. Boleh jadikan garis trend keatas sebagai paras sokongan terdekat.
3. Corak lilin dilihat ada sedikit pullback yang sihat. Dijangka melantun pada 1.145 dan jika bolos, paras sokongan lain yang terdekat pada 1.115.
4. Petunjuk SMI walaupun dilihat pada arah penurunan, dijangka adalah sementara dan garis biru akan memotong garis merah untuk mengesahkan kenaikan.
Kawasan masuk: 1.14 -1.15
Ambil untung: 1.27
Potong Rugi: 1.12
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.