27/4/2022 HARGA MINYAK JATUH SELEPAS EROPAH MENOLAK MINYAK RUSIARabu, Rusia memotong bekalan minyak ke Bulgaria dan Poland. Menghilangkan kenaikan sebelum ini, WTI hadapan jatuh sebanyak 0.8% ke harga 100.91$ setong. Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berkata Rusia menggunakan bahan api sebagai ugutan ke atas Kesatuan Eropah dan menambah lagi era bahan api dari Rusia di EU akan berakhir.
WTI/USD berada di paras rintangan R1 pada waktu ini setelah menembusi garisan trend penurunan sebelum ini. Walaupun begitu, harga masih lagi berada dalam julat harian dan masih lagi tiada tanda perubahan besar yang akan berlaku kepada harga minyak.
Wtiusd
21/4/2022 MINYAK MENINGKAT KERANA SEKATAN EU TERHADAP RUSIAHarga minyak meningkat, sebanyak 2%, disebabkan laporan menyatakan EU menghampiri larangan import terhadap minyak Rusia. Jerman mencadangkan pengurangan separuh daripada import minyak dari Rusia di penghujung musim panas dan menghabiskan semuanya di penghujung tahun. Walau bagaimanapun, kenaikan ini masih di dalam julat dagangan bulan lepas.
Minyak yang masih berlegar-legar di kawasan sokongan masih belum menunjukkan arah sebenar walau terdapat "bearish engulfing" di carta harian.