YKGIMYX:YKGI
Gap Dibawah harga semasa
0.07-0.08, 0.11-0.115,
Gap Di atas harga semasa
0.155-0.165, 0.18-0.195, 0.20-0.205, 0.22-0.225, 0.365-0.385, 0.465-0.475
Kaunter MYX:YKGI Stochastic berada di overbought dan RSI di atas 50.
Ini adalah kajian semata-mata dan bukan BuyCall.
YKGI
YKGI akan buat kenaikan di Gelombang besar LIMA Sektor : Besi (Metal) Produk industri & bahan binaan
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
kini berada di Gelombang besar lima & telah memulakan pergerakkan menaik ke atas serta akan membuat corak Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal ) untuk meneruskan Gelombang Kecil besar 5
bagi sasaran Gelombang 5 akan berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%
Nota Teknikal Analisis : -
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 61.8% & 100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100%-127.2% ( Jangkaan Masa - 2-4 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Risiko Pemotong Gelombang kerap berlaku di Fibo 38.2% - 50%
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
YKGI (Masih Berbisa atau Meninggalkan Sisa?)Sektor :
- Steel, Industrial Products & Services, Metals.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- YKGI boleh dikategorikan sebagai syarikat 'loss making company' kerana data menunjukkan dalam 12 quarter terkini, YKGI membuat kerugian di dalam 10 quarter. Hanya 2 quarter yang membuat keuntungan dalam tempoh 12 quarter terbaru ini iaitu Q2 2021 dan Q4 2020.
- Secara keseluruhan, keuntungan dan hasil (revenue) YKGI di dalam trend menurun.
- Walaubagaimanapun, keuntungan YKGI dilihat meningkat YoY sebanyak 85.7%.
~ Teknikal ~
- YKGI masih uptrend dengan menjadikan trend line dan MA 50 sebagai supportnya.
- Sepanjang kenaikan ini, retracement dapat dikesan dengan signal 'bullish divergence' yang dipaparkan oleh stochastic RSI. Ini dapat menjadikan panduan kepada para pemegang saham YKGI untuk terus memegang saham ini (hold) atau menjualnya sedikit untuk keuntungan atau menjual kesemuanya.
- Terkini, YKGI dilihat berada dalam fasa retracement sekali lagi dan muncul petanda reversal iaitu candle 'inverted hammer'.
- Kemungkinan YKGI akan rebound di atas trend line dan MA 50 untuk meneruskan kenaikan sehingga ke paras resistance pada harga RM 0.330.
- Jika harga tidak mampu rebound di atas trend line dan MA 50 ini, harga berpotensi menuju ke paras classical support iaitu RM 0.220 dan menunggu stochastic RSI cross up di paras oversold untuk rebound dan meneruskan kenaikan.
- Jika harga tidak mampu juga bertahan dan rebound di atas paras harga RM 0.220 ini, harga berkemungkinan menuju ke support seterusnya iaitu RM 0.200 yang merupakan paras harga psikologi.
Nota kaki :
* Q2 = Quarter kedua. Kebiasaanya pada bulan Mei.
* Q4 = Quarter keempat. Kebiasaanya pada bulan November.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Retracement = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high).
* Weak Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI mendatar.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'classical support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
YKGI (Amaran untuk Kembali Semula ke Pangkal Jalan)Sektor:
- Steel, Industrial Products & Services, Metals.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, iSaham mengkategorikan YKGI sebagai syarikat 'negative earnings' kerana lebih banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. Hasil (revenue) YKGI juga dilihat dalam trend menurun secara overall. Hasil (revenue) menurun sebanyak -8.46 YoY. Walaupun begitu, keuntungan YKGI meningkat YoY sebanyak 29.19%.
- Dari sudut Teknikal, YKGI dilihat uptrend kerana masih berada di atas trend line.
- Apabila harga naik terlalu tinggi, signal 'bearish divergence' muncul untuk memberi peringatan kepada YKGI supaya turun semula ke trend line.
- Terkini, harga dilihat mula rebound semula dengan petunjuk stochastic RSI yang cross up.
- Kemungkinan jika harga naik secara tinggi lagi, stochastic RSI akan memberi amaran untuk harga turun semula ke trend line seperti sebelum ini.
Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI menurun.
* Weak Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI mendatar.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.