YONGTAIMYX:YONGTAI
Gap Dibawah harga semasa
TIADA
Gap Di atas harga semasa
0.40-0.42, 0.475-0.525, 0.70-0.725, 1.125-1.15, 1.875-1.925, 2.425-2.475, 2.525-2.62, 2.955-2.975, 3.105-3.225, 3.325-3.35, 3.925-3.95, 4.675-4.70, 5.25-5.30, 6.55-6.65, 7.75-7.80
Kaunter MYX:YONGTAI Stochastic berada di bawah 50 dan RSI di bawah 50.
Ini adalah kajian semata-mata dan bukan BuyCall.
Yongtai
YONGTAI Mula Membuat Permulaan Gelombang KetigaYONGTAI pada corak gelombang telah membuat reversal membentuk permulaan gelombang ketiga. Kenaikan dan permintaan sejak beberapa hari lalu dilihat sebagai pengesahan kepada jangkaan ini.
Menurut fibo extension, boleh target profit untuk jangka masa sederhana pada 0.355 manakala untuk jangka masa panjang boleh target pada 0.765.
Harga sekarang dilihat sedang membuat tapak pada garis TAD 0.125, jika ia berjaya membuat pengukuhan pada paras ini seterusnya ia akan memecahkan garis EMA100 pada 0.15 seterusnya membuat uptrend untuk mecari rintangan pada paras target profit yang dinyatakan.
Pembetulan sementara adalah dijangka sehingga paras 0.110 sebelum rebound semula untuk meneruskan kenaikan. Analisa ini tidak sah jika harga merudum kebawah pada 0.09.
Kawasan masuk: 0.115 - 0.135
Ambil untung: 0.355 (sederhana), 0.765 (panjang)
Potong Rugi: 0.09
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.
YONGTAI sekian lama di gelombang pembetulanAnalisa Teknikal Gelombang Elliot
Gelombang besar lima akan memulakan pergerakkan menaik ke atas Setelah Gelombang besar 4 pembetulan corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) berakhir & kini akan meneruskan Gelombang Kecil 1 di dalam Gelombang besar 5 bagi sasaran Gelombang 5 akan berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%
Nota Teknikal Analisis : -
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 38.2%, 61.8% &100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100%-127% ( Jangkaan Masa - 4-6 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Risiko Pemotong Gelombang kerap berlaku di Fibo 38.2% - 50%
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Sila Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
YONGTAI sudah bersedia untuk membuat tujahan?YONGTAI dilihat sedang berada paras paras sokongan yang kuat pada hari ini. Carta dilihat membuat corak segitiga simetri yang menunjukkan kenaikan dalam pasaran. Mungkinkah waktu terbaik untuk masuk pada minggu ini? Jika kurang kental boleh perhatikan kaunter ini dalam beberapa hari ke hadapan untuk kepastian.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
YONGTAI (Kembali Meneruskan Perjalanan)Sektor:
- Trading & Services, Apparels, Property, Vaccine.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, YONGTAI lebih banyak mencatatkan kerugian daripada keuntungan. Hasil (revenue) YONGTAI juga menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -54.01% dan -37.37%.
- Dari sudut Teknikal, awalnya YONGTAI membentuk ascending triangle kemudian breakdown dengan tutup di bawah MA 50 dan MACD juga turun ke bawah paras 0. Keadaan ini menjadikan YONGTAI berada dalam keadaan downtrend.
- Ketika harga di bawah MA 50, berlaku 'strong' bullish divergence dimana stochastic RSI menunjukkan peningkatan tetapi harga menurun.
- Kemudian, harga terus menaik dan BDTL. MACD juga telah cross up ketika ini.
- Harga terus menaik dan berjaya tutup di atas MA 50. MACD juga ketika ini berada di atas paras 0.
- YONGTAI berpotensi meneruskan kenaikan jika harga mampu bertahan di atas MA 50 dan MACD mampu mendaki sepenuhnya ke atas paras 0.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Breakdown = Jatuh ke bawah.
* BDTL = Break DownTrend Line.
* Rebound = Harga melantun ke atas.
* Reversal = Bertukar arah.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'ascending triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Yongtai Corak Carta Cawan dan PemegangYongtai membentuk corak carta cawan dan pemegang dimana aras bibir cawan adalah di 0.445 manakala aras untuk mengesahkan pembentukkan pemegang adalah di 0.295. Jika berjaya memecahkan aras 0.295, Yongtai secara teorinya mempunyai kekuatan untuk mendaki ke atas untuk melengkapkan corak carta cawan dan pemegang seterusnya akan mencari aras target cawan dan pemegang. Sama-sama kita kaji mengkaji. (Sekadar teori, kajian dan pembelajaran)
7066 YONGTAI : HARAPAN NAIK
Volatility : Medium
Trend : Uptrend
Ruang pelaburan sebelum breakout : 41%
Volume tertinggi pernah dicapai : 128.44Juta
Harga Tertinggi 30 Hari : 0.280
Harga Terendah 30 Hari : 0.200
Ditutup pada 0.270 pada 19 Mac. Buy rate sekitar 60%. Volume terkumpul pada hari ini adalah sebanyak 116.96 Juta
Terdapat bullish divergence dan BUY Signal keluar berdasarkan Technical Analysis yang dijalankan.
Kelihatan volatility YONGTAI berada di paras sederhana.
Resistance-resistance kuat yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut.
R-1 : 0.350
R-2 : 0.375
R-3 : 0.425
YONGTAI : Petanda Untuk Lantunan?1. YONGTAI telah mengalami penurunan yang berturut-turut sejak merekodkan 52 Tertinggi pada 7 Dis 2020.
2. Dan pada tarikh 11 Mac 2021, cubaan untuk memecahkan rintangan terdekat pada 0.235 hanya meninggalkan bayang ekor.
3. Apa yang menarik bagi saya, kaunter ini telah selamat berada di atas EMA200 untuk menukar haluan pembalikan.
4. Jika EMA 7 bersilang naik EMA21, harapan untuk kenaikan akan diteruskan.
5. Menarik jika memecahkan rintangan 0.300, untuk kekal dalam momentum kenaikan.
#highriskhighreturn
#TAYOR
#sekadarpandanganperibadi
Entry Kaunter Yongtai1. Jika dilihat pada keseluruhan atau timeframe yang lagi besar, kaunter ini sedang membuat comeback setelah turun pada paras yang paling rendah pada bulan Mac 2020.
2. Harga sekarang boleh dikatakan dalam uptrend kerana telah mencipta high yang baru dengan kemasukan volume yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelumnya.Ini menunjukkan minat belian daripada "pelabur baru" setelah pelabur lama melepaskan pegangannya terhadap kaunter ini.
3. Harga juga berjaya memecahkan dan berada atas MA200. Ini menunjukkan uptrend untuk jangka masa panjang. Seterusnya menjadi support yang kerana berjaya untuk bertahan di atas MA200.
4. Harga pada masa sekarang sedang mengalami correction. Jadi jangan entry lagi..tunggu sehingga correction selesai.
5. Sekarang harga bermain-main di area fibonacci 50.0%-61.8%. Jadi tunggu sehinga muncul confirmation candle.
6. atau boleh gunakan indikator MACD, pastikan garisan biru cross ke atas garisan merah(signal buy MACD)
YONGTAI DALAM KEADAAN DIP DAN ADAKAH TIBA MASA BERTUKAR TREND?+++++++++++++
Sektor
+++++++++++++
- Ia dalam sektor Property
- Sub sektornya Property
.
+++++++++++++
TECHNICAL
+++++++++++++
1. SOKONGAN DI 0.115
2. HALANGAN PERTAMA DI 0.150
3. HALANGNA KEDUA DI 0.185
.
+++++++++++++
CHART PATTERN
+++++++++++++
- NONE
.
+++++++++++++
ULASAN
+++++++++++++
- Cantik rebound di support
- VOLUME pun dah ada
- Entry? Cari best entry dalam kotak di highlightkan tersebut. TRADE AT YOUR OWN RISK.
==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari MAHERSAHAM.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing. Trade what you see not what you want to see.
Yongtai Adakah Permulaan Kepada Perjalanan Menuju Ke Atas?Yongtai telah lama downtrend dan kelihatan seperti sedang membuat tapak dan pusingan untuk kembali mendaki keatas. Pertamanya kena lengkapkan kuali ajaib terlebih dahulu. Jika kuali sudah lengkap dan telah berjaya memecahkan downtrendline yang pertama, diharap semoga mampu untuk mendaki dan memecahkan garisan downtrend seterusnya. Boleh la perati rapat dan sediakan trading plan masing-masing ya.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
Review YONGTAI signalCarta yang digunakan adalah carta 5 minit. Selamat menonton dan abaikan perkataan so so so tu!
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!