Moderator
Moderator ialah ahli aktif komuniti TradingView yang memperoleh kepercayaan daripada ahli lain dan kakitangan TradingView. Mereka ialah sukarelawan yang didorong oleh semangat, kecintaan kepada masyarakat dan matlamat mereka adalah membantu ahli yang lain. Sila berhubung dengan mereka untuk apa-apa soalan, mereka gembira untuk memberikan jawapan!
Tugas utama mereka ialah:
- Menegakkan Peraturan Dalaman
- Laporkan pepijat & berunding mengenai ciri-ciri
- Semak semua bahan yang sudah diterbitkan untuk memastikan tiada masalah
- Menyemak laporan tentang kandungan yang tidak bersesuaian
- Menilai bilik sembang tersuai
- Menguruskan pertikaian antara ahli
- Menguruskan akaun salinan pendua
- Menjawab soalan dan isu daripada pengguna
Moderator adalah wakil sah TradingView, dilengkapkan untuk menghadapi masalah kandungan dan ahli-ahli yang melanggar garis panduan kami. Mereka mempunyai kuasa penuh dan semua ahli-ahli hendaklah mengikuti panduan dari mereka. Komuniti kami yang juga dikenali dengan idea yang sangat bijak dan saling menghormati, jadi moderator selalunya tidak memadamkan kandungan. Akan tetapi, komen, mesej sembang, idea tidak membantu, syot kilat atau kemas kini tidak sopan akan dibuang serta-merta.
Mahu menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar? Jadi seorang moderator dan bantu komuniti TradingView berkembang! Ketahui bagaimana.