Peraturan Program Rakan Kongsi

Peraturan

  1. Promosi
    1.1. Rakan niaga kami boleh menggunakan mana-mana laman web/platform untuk siaran mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada laman web, blog dan rangkaian sosial mereka dan pihak ketiga.
    1.2. Kami menerima trafik dari semua negara. Tiada negara atau rantau yang dilarang daripada menjalankan aktiviti pemasaran.
    1.3. Kempen pengiklanan berbayar yang mengandungi kata kunci seperti nama jenama yang ditulis dalam apa-apa format dan bahasa (contoh tradingview, tradingview.com, trade view, trader view) adalah dilarang sama sekali.
    1.4. Penyasaran atau pemasaran semula tidak dianggap sebagai pemerolehan pengguna berbayar. Ahli affiliate tidak akan diberi ganjaran untuk pengguna ini.
    1.5. Kami menentang mana-mana laman web/platform yang meniru reka bentuk, fungsian, nama (termasuk nama domain) atau perkhidmatan TradingView. Laman web tersebut mungkin akan mengelirukan pengguna. Sekiranya anda ingin menggunakan elemen reka bentuk TradingView maka anda mempunyai opsyen berikut - anda boleh menggunakan elemen tertentu gaya korporat kami untuk mereka bentuk bahan kreatif dan promosi. Anda juga boleh menyepadukan widget kami untuk menunjukkan gabungan anda dengan TradingView.
    1.6. Adalah tidak dibenarkan untuk memasukkan diskaun atau tawaran istimewa ke dalam mesej anda kecuali diskaun itu dibenarkan secara khusus oleh TradingView.
    1.7. Monetary incentives are not allowed including, but not limited to, the following list: cashbacks, cashbacks in TradingView rewards, and/or additional discounts not authorized by TradingView.
    1.8. Penspaman dilarang sama sekali.
    1.9. Membeli satu langganan TradingView menerusi satu pautan rujukan sendiri adalah dilarang dan melanggar peraturan program affiliate kami. Perbuatan ini tidak akan diberikan insentif dan tiada komisyen akan diberikan.
    1.10. Dilarang menggunakan dua buah akaun atau lebih.
    1.11. Menambahkan pautan rujukan di dalam atribusi widget dan juga apa-apa bahagian kod HTML widget adalah tidak dibenarkan, dan kemasukan trafik tidak akan dikira untuk program affiliate. Sumber pautan widget kami hendaklah secara organik dan tidak mempunyai perujuk pada setiap masa.
  2. Komisen
    2.1. Sebagai seorang ahli dalam Program Rakan Kongsi, anda akan menerima satu jumlah tetap berdasarkan kepada jenis langganan yang dibeli oleh orang anda yang rujukkan. Untuk pelan bukan profesional, anda akan menerima $10-$40 untuk setiap langganan bulanan pertama yang dibeli oleh pengguna yang dirujukkan, dan $60-$100 untuk pembelian langganan tahunan pertama mereka. Untuk pelan profesional, anda akan menerima $150-$350 untuk setiap langganan bulanan pertama yang dibeli oleh pengguna yang dirujukkan, dan $600-$1500 untuk pembelian langganan tahunan pertama mereka. Anda boleh mengeluarkan wang ini selepas beberapa syarat dipenuhi.
    2.2. Kuki 90 hari. Sebaik sahaja bakal pelanggan anda dilencongkan ke TradingView setelah mengklik salah satu pautan anda, mereka akan mempunyai kuki yang tersimpan di penyemak imbas web mereka yang menghubungkan mereka dengan anda. Kuki ini akan bertahan selama 90 hari. Sekiranya mereka mendaftar dalam masa 90 hari, mereka akan ditugaskan kepada anda.
    2.3. Tetingkap atribusi. Tetingkap atribusi adalah 90 hari. Selepas pengguna baharu mendaftar melalui pautan anda, mereka mempunyai 90 hari untuk melakukan pembelian langganan atau memilih sesi percubaan. Jika pengguna memilih sesi percubaan sebulan, tetingkap atribusi akan dilanjutkan kepada 90 hari tambahan selepas tempoh percubaan tamat. Ganjaran untuk pembelian yang dilakukan dalam tempoh masa dilanjutkan 90 hari ini akan dikreditkan kepada akaun rakan anda.
    2.4. An affiliate's commission is based on paid subscriptions purchased only via the web-version of TradingView. Our desktop and mobile apps are not part of the affiliate program at this time. Furthermore, market data, add-on purchases, and purchases with TradingView rewards are not taken into account when calculating affiliate commissions.
    2.5. Ahli affiliate menerima komisen untuk pengguna baharu sahaja. Sekiranya seorang rujukan mendaftar akaun TradingView sebelum ini, maka Program Affiliate tidak akan mengenal pasti rujukan ini sebagai pengguna baharu dan oleh sebab itu seorang affiliate tidak akan diberi ganjaran untuk pengguna ini.
    2.6. Pembayaran balik dan caj balik adalah dipotong dari komisyen affiliate untuk menunjukkan dengan tepat bahawa pengguna yang dirujukkan tidak menyelesaikan proses langganan.
    2.7. TradingView mengira komisen yang telah dijana oleh affiliates secara bulanan. Data sendiri digunakan untuk memberikan maklumat yang tepat kepada rakan niaga.
    2.8. Pendaftaran Segera dan Pengesahan Pengeluaran: Berkuatkuasa serta-merta, sesiapa sahaja boleh menjadi seorang affiliate sebaik sahaja mereka menyelesaikan permohonan! Affiliate baharu akan mendapat akses penuh kepada papan pemuka affiliate mereka, pautan dan kreatif. Akan tetapi, pengeluaran dana hendaklah disahkan oleh pasukan affiliate kami untuk memastikan keselamatan dan pengesahan akaun anda. Affiliate hendaklah menunjukkan dari mana sumber trafik mereka (media sosial, laman web, pautan dll) dan sumber-sumber yang digunakan untuk menjalankan trafik.
  3. Pembayaran
    3.1. Pembayaran dilakukan sekali dalam sebulan (dalam masa 40 hari).
    3.2. Pembayaran selalunya dihantar dalam masa 2 minggu pertama pada bulan berikutnya. Pembayaran yang dihantar selepas 20 hari bulan akan diproses pada kitar pembayaran bulan akan datang.
    3.3. Pembayaran hanya akan dilakukan melalui PayPal. Anda perlu membuka akaun PayPal untuk menerima bayaran.
    3.4. Kegagalan untuk memasukkan e-mel PayPal akan mengakibatkan kegagalan pembayaran dalam 12 bulan. Ini adalah tanggungjawab affiliate sepenuhnya untuk memastikan butiran pembayaran adalah tepat. Jika affiliate memberikan maklumat tidak tepat, pembayaran akan ditolak.
    3.5. Sila ambil maklum bahawa TradingView telah berhenti untuk sementara di beberapa kawasan disebabkan tidakupayaan kami untuk menjamin ketersediaan perkhidmatan. Buat masa ini, kami tidak dapat menyokong penduduk di beberapa kawasan, termasuk Iran.
  4. Tanggungjawab
    4.1. Kami berhak untuk tidak membuat pembayaran jika kami dapati bahawa anda telah melanggar peraturan atau menggunakan taktik tidak jujur untuk mendapatkan pelanggan. Akaun anda akan terus disekat selamanya dan pembayaran anda tidak akan dilakukan.
    4.2. TradingView tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti yang dijalankan oleh ahli affiliate dalam usaha untuk menjana trafik. Ahli affiliate menjamin bahawa tindakan tersebut tidak melanggar undang-undang, akta perundangan dan undang-undang dan peraturan lain, seperti yang termaktub kepada affiliate.
    4.3. TradingView tidak bertanggung jawab terhadap cukai yang perlu dibayar oleh ahli affiliate dan ia tertakluk kepada peraturan cukai di mana ahli affiliate menetap. Pembayaran cukai yang diwujudkan secara sah, fi dan bayaran wajib yang lain hendaklah menjadi kewajipan dan tanggungjawab ahli affiliate.
    4.4. Kami mengekalkan hak eksklusif untuk mengubah suai atau mengemas kini Peraturan ini pada bila-bila masa dan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu. Ia adalah tanggungjawab ahli affiliate untuk mengkaji semula Peraturan ini dari semasa ke semasa untuk menyemak kemas kini.
    4.5. TradingView tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kesulitan yang disebabkan oleh pihak ketiga.
  5. Data Peribadi
    5.1. Dengan mendaftar masuk anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi dan menerima komunikasi pemasaran dan tawaran promosi daripada Program Affiliate TradingView.