Pakar Pine Script®

Sepanjang sejarah TradingView, beberapa pedagang dan pengaturcara kreatif terpilih telah memberikan sumbangan tidak terkira kepada komuniti kami menerusi hasil kerja mereka dengan Pine Script®, bahasa yang digunakan untuk mencipta penunjuk dan strategi pada platform kami.

Temui Pakar Pine Script® kami.

Daripada kesemua kami di komuniti TradingView, terima kasih, Pakar!

Daripada pakar-pakar matematik yang akan memeningkan kepala anda dan pedagang-pedagang berpengalaman yang membina alat dagangan harian yang praktikal, kepada pengaturcara tegar yang sedang merintis landasan baharu dan pedagang sepenuh masa yang masih berjaya mencari masa untuk membantu komuniti, individu-individu yang berbakat ini melakukan semuanya.

Chris muncul di TradingView sebagai pedagang yang berpengalaman, membawa bersamanya pengalaman praktikal dan kebijaksanaan. Beliau mahir dalam menjelaskan konsep-konsep sehingga ke komponen terpenting mereka dan kemudian menjadikannya mudah difahami! Beliau telah menulis beberapa penunjuk terbaik yang boleh digunakan dalam Skrip Komuniti dan impak kerjanya dapat dirasai oleh seluruh komuniti.

Jadual keluaran "seperti mesin" menjadikan HPotter salah satu nama individu yang hampir semua meminjam kod daripadanya pada satu masa atau masa yang lain, beliau adalah salah seorang penyumbang prolifik pertama di TradingView. Meneliti koleksinya adalah satu cara terbaik untuk membiasakan diri anda dengan beberapa teknik analisis teknikal paling efektif dan kurang dikenali, dan bahasa Pine Script® tidak akan menjadi seperti sekarang tanpa beliau.

Madrid membawa perspektif yang menarik dengan skripnya. Beliau mempunyai bakat untuk mengubah konsep sedia ada menjadi alat yang berguna dan membungkusnya dalam grafik berwarna-warni yang benar-benar menonjol. Beliau telah membantu sejumlah peniaga dan coders sepanjang penglibatan beliau.

Dengan pendekatan seperti zen kepada pasaran, glaz telah mengeluarkan beberapa skrip hebat dengan output yang mudah dan efektif menggunakan pendekatan mudah. Beliau juga telah menyumbangkan banyak masa membantu mereka yang cuba belajar dalam bilik sembang Pine Script®, definisi seorang lelaki hebat sebenar.

Dengan perpustakaan sumbangan yang sangat besar, LazyBear dianggap oleh beberapa yang lain sebagai asas kepada bahasa Pine Script®. Keghairahan beliau mencari teknik analisis teknikal yang tidak jelas dan menjinakkan mereka dengan Pine Script® adalah sesuatu yang sangat unik!

Bertanggungjawab untuk banyak skrip-skrip inovatif, beliau secara konsisten menghasilkan pendekatan yang menarik untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dagangan disamping melibatkan diri dalam membantu ahli komuniti dalam menggunakan cadangan mereka, jelas beliau bukanlah seorang yang berhenti selepas berjaya.

Seorang pengeluar yang mempunyai reputasi visual bersih, selalu memberikan penunjuk mudah difahami yang praktikal dan sentiasa dikemas kini dengan penambahbaikan, pakar ini selalu mengeluarkan skrip berkualiti tinggi secara konsisten dengan visual yang menarik dengan menggunakan konsep pintar. Siri penunjuk Snipernya adalah legenda.

Ricardo adalah guru penerbitan skrip dan membengkokkan realiti Pine Script® seperti Neo membengkokkan sudu dalam the Matrix. Sumbangan beliau adalah tersangat bernilai dan beliau sudah menjadi bahagian yang besar dalam menggerakkan Pine Script® ke hadapan dan menolak sempadannya. Satu aset sejati kepada komuniti.

Sumber alat praktikal yang mengagumkan dengan beberapa skrip kod yang paling bersih dan termudah untuk dipelajari dari Skrip Komuniti, dan sebahagian besarnya mampu berfungsi terus dengan sedikit atau tanpa perlu penjelasan. Sumbangan beliau telah memberikan begitu banyak manfaat kepada pengguna TradingView yang lain dan kami menunggu hasil karya beliau seterusnya.

Mempunyai minda yang sangat logik dan hati yang puitis, alexgrover adalah hampir menyamai lagenda John Ehlers dan mungkin merupakan pakar matematik dalam masa yang sama sebagai pakar pengekod. Hasil kerja beliau terus menjadi kualiti terbaik dan penjelasannya sahaja bernilai untuk dibaca. Beliau selalu ditemui menolong pendatang baharu dengan Pine Script®.

everget mencipta penunjuk pakar yang sangat bagus samada bebas atau berbayar dan dia menggunakan kepakarannya dalam hampir semua perkara. Jika anda terfikir untuk membina sesuatu yang eksotik dan bijak, periksa skrip yang diterbitkan oleh beliau dan anda pasti dia sudah selesai melakukannya, ini semestinya akan memberi inspirasi kepada anda untuk melalukan sentuhan baru dalam skrip anda.

Seorang pakar dalam membina alatan praktikal untuk dagangan harian, scarf telah mengeluarkan dengan konsisten skrip berguna dengan pendekatan baharu pada teknik yang terbukti lama. Kepakaran beliau adalah lebih mendalam pada sistem automasi dan pemberitahuan dan orang yang dicari untuk ilmu ensiklopedia untuk teknik-teknik TA. scarf juga murah hati dengan masanya untuk membantu pengekod Pine Script® lain.

Pembekal BacktestRookies.com yang hebat, yang dilengkapi penuh dengan pandangan dalaman yang praktikal dan boleh dilaksanakan dan telah membantu ribuan pengguna mempelajari bagaimana menguji strategi dan menambah baik penunjuk mereka. Sebuah kuasa berfokuskan komuniti yang kuat dalam Pine Script®!

Kodify adalah minda di belakang kodify.net yang cemerlang, iaitu perkara terdekat dalam dunia kepada buku Pine Script® for Dummies dan juga bertanggungjawab sebahagiannya kepada lonjakan minat dan kepakaran Pine Script®. Adalah agak sukar mempelajari Pine Script® sebelum beliau muncul dan kami memberikan tabik hormat kepadanya!

KivancOzbilgic adalah pemimpin komuniti Turki di TradingView dan pendidik yang tidak kenal penat dalam memberikan petunjuk dan strategi praktikal untuk dagangan. Pengeluaran ideanya yang produktif adalah berdasarkan pada teknik perdagangan yang terbukti tepat pada waktunya, namun dia sering menambahkan sentuhan baru yang bagus untuk memperbaikinya.

LonesomeTheBlue telah menggunakan fungsi TradingViewers dengan alatan dagangan kreatifnya. Dia merupakan satu pusat kuasa kod yang elegan. Apabila dia tidak mencipta sesuatu alatan yang baru, dia sibuk meletakkan konsep perdagangan klasik. Dia adalah seorang yang baik dan suka membantu, seorang pengaturcara yang berpengalaman dan memberikan inspirasi bagi banyak pengekod-pengekod baru.

ImmortalFreedom adalah pakar pengekod yang menerbitkan permata diubahsuai sempurna yang memaksimumkan apa yang beliau panggil sebagai "kuasa Pine Script®". Beliau adalah ahli akrobat matematik yang juga mengeluarkan visual penunjuk yang hebat. Seorang lelaki sejati dan ahli inovasi berkuasa, beliau selesa bekerja di belakang tabir, menyumbangkan ciri-ciri Pine Script® baharu yang menjadikan hidup lebih mudah untuk semua pengekod Pine Script®.

Skrip "Garisan Arah Aliran" miliknya adalah satu legenda di Skrip Komuniti, tetapi Duyck mempunyai banyak petunjuk-petunjuk lain yang pintar. Sebarang penerbitan skrip dengan tajuk "JD" pada umumnya adalah pemenang, jadi tidak hairanlah bahawa Duyck telah menjadi rujukan untuk pedagang-pedagang dan pengekod-pengekod. Dia adalah seorang lelaki yang bertimbang rasa, seorang pengekod yang rajin dan antara pemikir paling kreatif kami.

Bagi mana-mana pedagang berorientasikan matematik, membuka halaman profil DonovanWall adalah seperti melawat satu galeri seni halus. Seorang pendidik yang bijak, dia berjaya menerapkan konsep yang kompleks ke dalam satu bentuk yang jelas, kreatif dan dengan visual yang menakjubkan. Kualiti penerbitan skripnya menetapkan standard untuk pengarang-pengarang lain, namun semua itu hanyalah satu titik puncak. DonovanWall juga merupakan salah satu penyumbang utama di belakang tabir kepada komuniti pengaturcara-pengaturcara dan pedagang-pedagang kami di TradingView.

Dalam fikiran ramai pengguna-pengguna TradingView, konsep-konsep seperti anjakan Fibonacci, kipas Gann dan penunjuk pitchfork telah dikaitkan secara kuat dengan nama dgtrd. Keghairahan dan kreativiti yang beliau letakkan di dalam kerjanya benar-benar menakjubkan. Tidak hairanlah bahawa banyak alatnya adalah antara yang paling banyak digunakan di platform.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa setiap skrip yang dicipta oleh rumpypumpydumpy menerokai sempadan di mana kod Pine Script® mampu lakukan. Sama ada menggunakan variasi inovatif untuk penunjuk teknikal tradisi atau instrumen asal sepenuhnya, hasil kerja beliau adalah contoh utama untuk skrip Pine berkualiti tertinggi di TradingView. Beliau juga menghabiskan banyak masanya membantu pengaturcara Pine Script® yang lain.

Dengan pencapaian sebanyak penerbitan skrip beliau, lelaki ini adalah anomali yang indah. Kod, visual dan penerangannya yang sempurna menunjukkan kekreatifan dan profesionalisma yang di luar jangkaan. Jika itu masih tidak mencukupi, beliau telah menjawab berbagai soalan setiap minggu dalam forum Soal Jawab kami, di mana pengetahuan mendalam beliau dalam Pine Script® memberikan bantuan bernilai kepada pengaturcara dalam semua tingkatan.

Pada tahun 3000, senarai penerbitan fikira berkemungkinan besar akan digunakan untuk pembelajaran sejarah Pine Script® kerana beliau secara sistematik meletakkan ciri-ciri baharu untuk digunakan dalam skrip pendidikan, eksperimen dan praktikalnya. Beliau juga orang lama dalam forum Soal Jawab kami dan hero di belakang tabir, membuktikan beliau bukan sahaja pengekod yang hebat tetapi juga dilahirkan sebagai pendidik.

Beliau merupakan seorang penulis yang terkenal dengan pelbagai skrip yang kreatif, berguna dan unik. Hasil kerja beliau boleh dipercayai disebabkan sifat kekemasan dan ketelitian yang ada dalam dirinya. Beribu-ribu pengaturcara telah mendapat manfaat dari sumbangan beliau dalam forum Soal Jawab kami, di mana beliau telah menjawab pelbagai soalan-soalan selama bertahun-tahun. Nasihat beliau juga telah menjadi rujukan penting untuk memandu pasukan PineCoder semenjak ia ditubuhkan.

Seorang penulis prolifik, beliau boleh menuntut gelaran raja ZigZag di TradingView. Beliau popular dengan pedangan dan murah hati dengan pengaturcara lain, kerap menerbitlan idea pendidikan dan berkongsi kepakaran Pine Script® nya dengan pengaturcara dalam forum Soal Jawab kami. Di belakang tabir, beliau juga merupakan penyumbang aktif dan bernilai kepada banyak projek PineCoder. Beliau melambangkan maksud menjadi ahli komuniti yang gemilang.

Pasukan LuxAlgo adalah satu kuasa besar dalam lanskap skrip Komuniti TradingView yang sentiasa berkembang, dengan konsistennya mengeluarkan skrip-skrip sumber terbuka dengan kualiti dan utility hebat yang merangkumi spectrum konsep yang pelbagai dan asli. Sumbangan LuxAlgo telah menjadi kegemaran pedagang dan pengaturcara yang mencari skrip-skrip serba boleh peringkat teratas.

Skrip KioseffTrading mendefinasikan semula estetika carta. Beliau dikenali untuk penvisualan profil volum dan delta volum, pengaturcara yang berkemahiran tinggi ini secara berseni, telah menggabungkan seni dengan analitik untuk mengeluarkan skrip-skrip berguna dengan visual menawan. KioseffTrading merupakan seorang penyumbang aktif kepada aktiviti-aktiviti PineCoders, dengan meninggalkan jejak kekal pada projek-projek yang memberikan manfaat kepada semua pengguna TradingView.

LucF adalah mentor yang komuniti Skrip Pine tidak pernah tahu mereka perlukan. Pendiam tetapi mempunyai pengaruh berkuasa, visinya membentuk bahasa ini dan komuniti kami kepada apa yang mereka ada sekarang. Skrip diterbitkan oleh beliau menggabungkan kod berkualiti dengan visual yang cantik dan penjelasan berinformasi, menubuhkan standard yang selalunya digunakan oleh ramai pengekod Pine. Selain daripada itu, kerja LucF melangkaui lebih daripada hasil karya diterbitkannya. Sumbangan beliau yang tidak terkira, di depan dan di belakang tabir, telah meninggalkan kesan ketara dalam keseluruhan pengalaman Pine yang akan terus membentuknya untuk tahun-tahun mendatang.

jdehorty dengan pantas membina reputasi kukuh dalam komuniti TradingView menerusi kepakaran beliau dalam pembelajaran mesin. Beliau mengimbangkan kod berkuasa dan konsep kompleks dengan penjelasan yang jelas dan mudah diakses, memperoleh pengiktirafan untuk kedua-dua kemahiran teknikal dan komunikasi efektifnya. Penerbitan beliau memberikan insipirasi kepada ramai penulis skrip untuk menerokai teknik inovatif dan mengembangkan sempadan kepada apa yang boleh dilakukan dalam Pine.

kaigouthro adalah seorang penulis inventif yang mana kerja beliau membentuk semula estetika dan kreativiti. Ciptaan beliau adalah melepasi kepraktisan — mereka adalah menakjubkan dari segi visual, dengan kepakaran menggabungkan kefungsian dengan reka bentuk unik. Menerusi perpustakaan diterbitkan, beliau memberikan sumber sumber terbuka yang pelbagai untuk rakan pengekod lain dalam komuniti Pine. Sumbangan penulis yang besar mencerminkan komitmen mendalam untuk membawa kuasa Pine ke tingkatan lebih tinggi.