Terma Penggunaan, Polisi dan Penafian
Tindakan pengesahan anda menggunakan laman web kami di www.tradingview.com (dan semua laman-laman yang berkaitan dengannya) atau perkhidmatan ("TradingView") menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan terma penggunaan berikut("Terma Penggunaan"). Sekiranya anda tidak bersetuju, jangan gunakan TradingView. TradingView merupakan milik TradingView Inc. ("TradingView" atau "Kami" atau "Kita")
Sila ambil maklum bahawa Terma PENGGUNAAN ini mengandungi perjanjian arbitrasi yang mengikat dan penepian tindakan kelas ANTARA ANDA DAN TRADINGVIEW ("PERJANJIAN ARBITRASI"). KECUALI ANDA MEMILIH UNTUK KELUAR DARIPADA PERJANJIAN UNTUK ARBITRASI DALAM TEMPOH 30 HARI, anda dan TradingView bersetuju untuk menghantarkan semua pertikaian antara kami secara ekslusif kepada Pengikatan dan pengarbitrasian akhir dan tidak menuntut di mahkamah, kecuali dalam keadaan terhad seperti yang dijelaskan DALAM BAHAGIAN 26 di bawah.
1. Perubahan kepada terma penggunaan
2. Perubahan kepada TradingView
3. Pemilikan maklumat; lesen untuk menggunakan TradingView; pengagihan semula data; penggunaan tiada paparan
- Menggunakan, menggunakan semula atau bergantung kepada data pasaran TradingView, termasuk tetapi tidak terhad kepada carta, pemberitahuan, webhooks atau apa-apa jenis maklumat yang disediakan oleh TradingView, untuk apa-apa bentuk dagangan berautomasi, membuat keputusan algoritma atau apa-apa tujuan bukan paparan lain.
- Memudahkan, membolehkan atau mendorong pengguna TradingView atau mana-mana pihak untuk terbabit dalam aktiviti yang boleh menyebabkan pelanggaran polisi ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada penjanaan pesanan automatik, rujukan harga, pengesahan pesanan, penghalaan pesanan pintar atau penggunaan data TradingView dalam kawalan operasi, program pengurusan risiko atau mana-mana proses yang dipacu mesin tidak termasuk paparan terus yang boleh dibaca manusia.
- Tuntutan keserasian dengan, atau mengiklankan kegunaan ciri-ciri TradingView (seperti webhooks) untuk tujuan yang jelas dilarang oleh terma TradingView, dengan ini telah menyumbang secara tidak langsung kepada pelanggaran sekatan penggunaan TradingView.
4. Atribusi
5. Tapak pihak ketiga dan pengiklan
6. Penafian jaminan
7. Penafian berkenaan keputusan dan dagangan pelaburan
8. Penafian mengenai keputusan prestasi hipotetikal
9. Pengguna berdaftar
10. Status pelanggan yang tidak profesional
- Anda menggunakan data pasaran hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk perniagaan anda atau mana-mana entiti lain.
- Anda tidak berdaftar atau layak dengan Suruhanjaya Bursa Sekuriti (SEC) atau Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC).
- Anda tidak berdaftar atau layak dengan mana-mana agensi sekuriti, mana-mana bursa sekuriti, persatuan atau badan pengawalseliaan di mana-mana negara.
- Anda tidak menjalankan apa-apa fungsi yang serupa dengan mereka yang memerlukan individu untuk mendaftar atau melayakkan diri dengan SEC, CFTC, mana-mana agensi sekuriti, mana-mana bursa sekuriti, atau persatuan atau badan pengawalseliaan, atau mana-mana pasaran kontrak komoditi atau niaga hadapan, atau persatuan atau badan pengawalseliaan.
- Anda tidak terlibat sebagai penasihat pelaburan(seperti dalam terma yang ditakrifkan dalam Seksyen 202 (a) (11) Investment Advisor Act of 1940) atau pengurus aset dan anda tidak terlibat untuk memberikan nasihat pelaburan kepada mana-mana individu atau entiti.
- Anda tidak melanggan perkhidmatan itu dalam kapasiti anda sebagai prinsipal, pegawai, rakan niaga, pekerja, atau ejen mana-mana perniagaan atau bagi pihak mana-mana individu lain.
- Anda menggunakan modal anda sendiri, tidak disediakan oleh mana-mana individu atau entiti semasa mengendalikan dagangan anda.
- Anda tidak mengendalikan dagangan untuk manfaat syarikat, perkongsian, atau entiti lain.
- Anda tidak pernah mengikat perjanjian berkongsi keuntungan atau menerima pampasan untuk aktiviti dagangan anda.
- Anda tidak menerima ruang pejabat dan kelengkapan atau manfaat lain sebagai pertukaran untuk dagangan atau kerja sebagai perunding kewangan kepada mana-mana individu, syarikat atau entiti perniagaan.
11. Data diterbitkan
12. Akses dan keselamatan
13. Pembayaran dan pembatalan perkhidmatan
- Dengan memesan mana-mana langganan pada www.tradingview.com (termasuk tempoh percubaan percuma), anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan menerima Terma Penggunaan dan anda memberikan kebenaran kepada TradingView untuk mengecaj kad bank anda, akaun PayPal dan kaedah pembayaran yang disokong lain secara automatik mengikut tempoh masa pengebilan yang dipilih secara manual oleh anda.
- Perkhidmatan ini dibilkan lebih awal setiap bulan atau tahun. Pengguna boleh mencuba pelan berbayar dipilih untuk 30 hari percuma tanpa caj. Jika sesi percubaan tidak dibatalkan sebelum tarikh tamat, ia akan ditukarkan kepada pelan bulanan atau tahunan secara automatik bergantung kepada pilihan pengguna.
- Semua pengebilan berlaku secara berulang, yang bermaksud anda akan terus dibilkan sehingga anda membatalkan langganan anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk membatalkan langganan TradingView anda dengan betul. Permintaan e-mel atau tiket sokongan yang meminta langganan anda dibatalkan tidak dianggap sebagai pembatalan. Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa dengan mengunjungi bahagian pengebilan pada halaman Tetapan Profil anda.
- Jika anda membatalkan perkhidmatan sebelum tempoh masa berbayar semasa anda tamat, langganan anda akan kekal aktif sehingga tarikh tamat akan datang. Selepas tarikh tamat tempoh, sekiranya tiada pembayaran diterima, langganan akan dihentikan. Jika pembaharuan semula automatik gagal untuk satu pelan tahunan, anda akan ditukarkan secara automatik kepada satu pelan bulanan.
- Pembayaran balik tersedia untuk pembayaran tahunan sahaja jika dipohon dalam 14 hari kalendar selepas pembayaran dibuat. Untuk memohon pembayaran semula, anda perlu menghubungi pasukan sokongan kami.Tiada pembayaran balik untuk naik taraf kepada pelan lebih mahal, pelan bulanan atau data pasaran, walaupun jika langganan dibatalkan pada hari yang sama kerana pembayaran sudah diterima. Sila ambil maklum bahawa pengguna yang mengisikan permohonan caj balik/pertikaian atau tuntutan adalah tidak layak untuk pembayaran balik.
- Moderator kami ialah wakil rasmi TradingView, dengan kuasa memberi amaran atau melarang pengguna (termasuk mereka yang mempunyai langganan berbayar) apabila mereka tidak mematuhi Peraturan Dalaman. Kami tidak menawarkan bayaran balik sekiranya anda dilarang daripada menerbitkan kandungan dan berinteraksi dengan individu lain kerana langganan berbayar anda dan semua data dan/atau cirinya masih boleh didapati semasa larangan tersebut berkuat kuasa.
- Langganan Essential, Plus dan Premium telah mengandungi data pasaran secara automatik tanpa yuran setiap pengguna tambahan sahaja. Anda boleh melihat pasaran yang tersedia secara percuma dan yang perlu dibeli secara berasingan pada halaman Data pasaran. Semasa pembatalan, sesi percubaan dan perkhidmatan berkaitan akan terhenti serta-merta, kecuali untuk mana-mana pakej data yang dibeli berasingan.
- TradingView, Inc. didaftarkan untuk tujuan percukaian di Australia, Canada, Colombia, the EU, Japan, India, Indonesia, Iceland, Kenya, Liechtenstein, Malaysia, Mexico, New Zealand, Norway, Saudi Arabia, Singapore, South Africa, South Korea, Switzerland, Taiwan, Tanzania, Thailand, Turkey, United Arab Emirates, United Kingdom, Vietnam, dan negeri dan bandar AS tertentu.
- TradingView, Inc. boleh menggunakan anak syarikat tempatan atau entiti lain untuk mengumpulkan pembayaran di beberapa negara. Akan tetapi, semua pembayaran akan diproses dan diuruskan oleh TradingView, Inc. dan perkhidmatan akan dibekalkan oleh TradingView, Inc. tanpa mengira entiti yang mengumpulkan pembayaran.
14. Langganan Apple App Store
15. Langganan aplikasi Android
16. Maklum Balas kepada TradingView
17. Ganti Rugi
18. Penamatan
19. E-mel
20. Peraturan dalaman
21. Perisian pihak ketiga
22. Skrip
- Terbitkan skrip ini bersama nama pengguna pengarangnya;
- dedahkan sumber kod skrip untuk skrip terbuka;
- melaksanakan, memaparkan, menggunakan dan menyediakan skrip terbuka atau dilindungi anda untuk mana-mana pengguna atau skrip jemputan sahaja bagi mana-mana pengguna yang menerima undangan.
23. Penerbitan — tiada status cadangan atau nasihat
24. Peraturan program rujukan TradingView
Siapakah yang layak menjadi perujuk?Mana-mana pemegang akaun TradingView boleh menjadi perujuk.
Siapakah yang layak menjadi orang yang dirujuk? Rakan anda atau pengikut media sosial anda layak menjadi orang yang dirujuk. Untuk menerima ganjaran kerana merujukkan seseorang yang memesan pelan berbayar di TradingView, orang yang dirujuk oleh anda hendaklah seorang pengguna baharu TradingView dan tidak boleh mempunyai lebih daripada satu akaun. Selain daripada itu, orang yang dirujuk oleh anda hendaklah mencipta akaun melalui pautan dikongsi anda dan melakukan pembelian di laman web. Ambil maklum bahawa bonus hanya boleh diberikan untuk pembelian yang dilakukan di laman web, bukannya di aplikasi.
Bagaimanakah saya boleh menggunakan pautan rujukan saya? TradingView mahu anda berkongsi pautan rujukan anda dan mendapat ganjaran TradingView, tetapi anda bersetuju bahawa anda tidak akan:
- Cuba dapatkan perujuk dengan spam, e-mel pukal atau menghantar e-mel yang tidak diminta. Satu-satunya orang yang anda perlu menghantar e-mel adalah orang yang anda kenal secara peribadi;
- Mengguna, memapar atau memanipulasi harta intelek TradingView (seperti logo TradingView, tanda perdagangan dan karya yang dilindungi hak cipta) dengan cara apa sekalipun kecuali untuk memperkenalkan diri anda sebagai pengguna TradingView atau perujuk TradingView;
- Cipta atau daftar mana-mana (i) perniagaan, (ii) URL, (iii) nama domain, (iv) nama atau tajuk aplikasi perisian atau (v) pegangan atau profil media sosial yang menggunakan perkataan "TradingView" atau apa-apa tanda perniagaan atau apa-apa perkataan yang menyebabkan kekeliruan yang bersamaan dengan tanda perniagaan TradingView;
- Kata kunci belian (termasuk, tetapi tidak terbatas kepada Google AdWords) yang mengandungi sebarang tanda perdagangan TradingView;
- Menggunakan sistem automasi atau bot melalui sebarang saluran untuk menyebarkan, pos, atau berkongsi pautan rujukan anda;
- Mangguna skrip atau program atau pemanggil automatik untuk menghantar jemputan atau berkongsi pautan rujukan anda;
- Membuat dakwaan mengelirukan mengenai TradingView, menggunakan kandungan yang menyinggung/kesat, mencipta laman web/halaman web/profil media sosial/aplikasi, menyalahkatakan hubungan anda kepada TradingView, atau selain daripada itu membuat pernyataan palsu atau mengelirukan untuk mendapatkan rujukan untuk menggunakan pautan anda, atau menggunakan pautan rujukan anda dalam apa-apa cara yang melanggar undang-undang atau Peraturan Dalaman TradingView.
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan ganjaran TradingView? Perujuk mendapat ganjaran dengan menjemput pengguna baharu yang membeli langganan. Selagi anda dan orang yang anda rujuk mengikuti Peraturan ini, termasuk polisi diterbitkan TradingView, anda akan menerima ganjaran TradingView selepas orang yang anda rujuk menggunakan pautan anda untuk mendaftar dengan TradingView dan melakukan pembayaran pertama mereka dalam masa tiga bulan selepas mencipta akaun mereka. Dengan ini, perujuk menerima ganjaran TradingView dalam nilai $15 untuk pembelian mana-mana langganan mereka. Untuk menerima ganjaran TradingView dengan merujukkan seseorang yang memesan pelan berbayar di TradingView, orang yang anda rujuk hendaklah seorang pengguna baharu TradingView. Ingat, anda hanya akan menerima bonus ini untuk pembelian yang dilakukan di laman web dan bukannya di aplikasi.
Keperluan untuk menerima dan jumlah ganjaran TradingView adalah tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara mutlak TradingView. Ganjaran rujukan adalah tidak boleh dipindah milik, tidak mempunyai nilai tunai dan boleh luput. TradingView boleh membatalkan ganjaran pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya.
Sekiranya perujuk anda memfailkan caj balik atau tuntutan bayaran balik untuk langganan berbayar, ganjaran yang anda dan perujuk anda terima daripada TradingView akan dibatalkan.
Bolehkah saya mendapat ganjaran dengan berkongsi pautan melalui aplikasi mudah alih? Boleh, anda boleh mendapat ganjaran tetapi ada beberapa syarat yang anda perlu patuhi. Anda boleh berkongsi pautan melalui aplikasi, tetapi orang yang anda rujuk hendaklah mendaftar melalui pautan anda dan membeli langganan pada laman web sahaja untuk mendapatkan ganjaran. Bonus ini tidak tersedia untuk pembelian di aplikasi.
Bagaimanakah saya boleh menggunakan ganjaran TradingView? Anda boleh menggunakan ganjaran TradingView dengan membeli langganan baharu atau memanjangkan pelan sedia ada. Sila ambil maklum ganjaran TradingView tidak boleh digunakan untuk membayar data pasaran bursa dan ganjaran tidak boleh digunakan untuk pembelian di aplikasi.
Penamatan dan perubahan. TradingView berhak untuk menukar, menghentikan atau menghentikan seketika, keseluruhan atau sebahagian dari, mana-mana program rujukan, termasuk apa-apa keupayaan perujuk atau orang yang anda rujuk untuk menyertai mana-mana program rujukan atau menerima ganjaran TradingView pada bila-bila masa untuk apa-apa sebab, termasuk penipuan yang disyakki (termasuk sama ada perujuk dan/atau orang yang anda rujuk), penyalahgunaan atau apa-apa pelanggaran Peraturan ini.
25. Had liabiliti
- PENGGUNAAN ATAU KETIDAK UPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ATAU PERISIAN ATAU SISTEM YANG MENJADIKAN PERKHIDMATAN TERSEDIA;
- APA-APA PERUBAHAN YANG DILAKUKAN KEPADA PERKHIDMATAN, HARGA ATAU SEBARANG PEMBERHENTIAN SEMENTARA ATAU KEKAL PADA PERKHIDMATAN ATAU MANA-MANA BAHAGIAN DARIPADANYA;
- PENGGUNAAN, PENDEDAHAN ATAU PAPARAN KANDUNGAN DIHASILKAN PENGGUNA ANDA;
- AKSES TANPA KEBENARAN UNTUK ATAU PENGUBAHSUAIAN UNTUK TRANSMISI ATAU DATA ANDA;
- PEMADAMAN, KEROSAKAN ATAU KEGAGALAN UNTUK MENYIMPAN DAN/ATAU MENGHANTAR TRANSMISI ATAU DATA ANDA PADA ATAU MELALUI PERKHIDMATAN;
- KENYATAAN ATAU TINDAKAN MANA-MANA PIHAK KETIGA PADA PERKHIDMATAN;
- DAN HAL-HAL LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN.
26. Perjanjian Arbitrasi
- Kebolehgunaan Perjanjian Arbitrasi. Tertakluk kepada terma Perjanjian Arbitrasi ini, anda dan TradingView bersetuju bahawa semua perselisihan faham, kontroversi atau tuntutan yang mucul atau berkaitan dengan apa-apa cara kepada akses anda untuk atau menggunakan laman web TradingView yang terletak di www.tradingview.com (dan semua tapak yang berkaitan dengannya) dan/atau perkhidmatan TradingView, apa-apa komunikasi anda terima, dan/atau Terma Penggunaan dan versi sebelumnya untuk Terma Penggunaan (setiap, satu "Pertikaian") akan diselesaikan oleh arbitrasi yang mengikat, dan bukannya di dalam mahkamah, kecuali: (1) anda dan TradingView boleh menuntut atau mendapatkan pelepasan di mahkamah tuntutan kecil jika tuntutan itu layak dan berada kekal dalam di mahkamah tuntutan kecil; dan (2) anda dan TradingView boleh menuntut pelepasan saksama di mahkamah untuk pelanggaran atau penyalahgunaan hak harta intelek (seperti tanda dagangan, pakaian perdagangan, nama domain, rahsia dagangan, hak cipta dan paten). Untuk tujuan Perjanjian Arbitrasi ini, "Pertikaian" akan juga mengandungi pertikaian yang wujud dari atau termasuk fakta yang terjadi sebelum kewujudan ini dan mana-mana versi Terma Penggunaan sebelumnya, kecuali pertikaian yang disedari sebelum Terma Penggunaan ini, termasuk tuntutan yang wujud selepas penamatan Terma Penggunaan ini.
- Pengecualian Perbicaraan Juri. ANDA DAN TRADINGVIEW DI SINI MENGENEPIKAN APA-APA HAK PERLEMBAGAAN DAN BERKANUN UNTUK MENDAKWA DI MAHKAMAH DAN MENGADAKAN PERBICARAAN DI HADAPAN HAKIM ATAU JURI. Anda dan TradingView memilih bahawa semua Pertikaian akan diselesaikan oleh ahli arbitrasi di bawah Perjanjian Arbitrasi ini, kecuali seperti yang dijelaskan dalam sub bahagian bertajuk "Kebolehgunaan Perjanjian Arbitrasi" di atas. Tiada hakim atau juri dalam arbitrasi, dan semakan mahkamah kepada anugerah arbitrasi adalah tertakluk kepada ulasan yang sangat terhad.
- Penepian Perlepasan Kelas dan Yang Lain Tidak Diindividukan. SETIAP DARIPADA KITA BOLEH MEMBAWA TUNTUTAN KEPADA YANG LAIN HANYA PADA ASAS INDIVIDU DAN BUKAN PADA KELAS, PERWAKILAN ATAU ASAS KOLEKTIF, DAN SEMUA PIHAK MENGENEPIKAN SEMUA HAK UNTUK APA-APA PERTIKAIAN DIBAWA, DIDENGAR, DITADBIRKAN, DISELESAIKAN ATAU DIARBITRASIKAN PADA ASAS KELAS, KOLEKTIF ATAU PERWAKILAN. HANYA PELEPASAN INDIVIDU TERSEDIA. Tertakluk kepada Perjanjian Arbitrasi ini, ahli arbitrasi boleh memberikan pelepasan pengisytiharan atau injuksi hanya kepada pihak individu yang memohon ganti rugi dan hanya setakat yang diperlukan untuk memberikan ganti rugi yang dibenarkan oleh tuntutan individu pihak tersebut. Tiada apa-apa dalam perenggan ini bertujuan untuk, dan juga tidak, mempengaruhi terma dan syarat di bawah sub bahagian 26.5 di bawah tajuk "Arbitrasi Kumpulan". Walau apapun perkara yang bertentangan dalam Perjanjian Arbitrasi ini, jika satu keputusan akhir, tidak tertakluk kepada apa-apa rayuan atau bantuan selanjutnya, menentukan bahawa itu adalah had untuk sub bahagian ini, "Penepian Perlepasan Kelas dan Yang Lain Tidak Diindividukan" adalah tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan kepada satu tuntutan atau permintaan untuk pelepasan (seperti permintaan untuk pelepasan injuktif awam), anda dan TradingView bersetuju bahawa tuntutan berkenaan atau permintaan untuk pelepasan (dan hanya untuk permintaan untuk pelepasan berkenaan) akan diputuskan daripada arbitrasi dan boleh dibicarakan di mahkamah negeri atau persekutuan yang terletak di New York. Semua Tuntutan lain akan diarbitrasikan atau dibicarakan dalam mahkamah tuntutan kecil. Sub bahagian ini tidak menghalang anda atau TradingView untuk mengambil bahagian dalam tuntutan seluruh kelas atau besar-besaran.
- Peraturan dan Forum. Terma Penggunaan membuktikan transaksi melibatkan perdagangan antara negeri; dan walau apa pun peruntukan lain di sini berkenaan undang-undang substansif yang terpakai, Federal Arbitration Act, 9 U.S.C. Section 1 et seq., akan mengawal tafsiran dan pelaksanaan Perjanjian Arbitrasi ini, termasuk prosedur yang mengawal Arbitrasi Kumpulan dan mana-mana arbitrasi. Arbitrasi akan ditadbir oleh National Arbitration & Mediation ("NAM") menurut Peraturan dan Prosedur Penyelesaian Pertikaian Komprehensif NAM ("Peraturan Komprehensif NAM") yang berkuat kuasa pada masa arbitrasi, kecuali ditambah, jika berkenaan, oleh Peraturan dan Prosedur Penyelesaian Pertikaian Tambahan Pemfailan Beramai-ramai ("Peraturan Pemfailan Beramai-ramai NAM"; bersama-sama dengan Peraturan Komprehensif NAM, "Peraturan NAM"), dan seperti yang diubah suai oleh Perjanjian Arbitrasi ini. Peraturan NAM pada masa ini tersedia di https://www.namadr.com/resources/rules-fees-forms/. Pihak yang mahu memulakan arbitrasi hendaklah memberikan pihak satu lagi permintaan untuk arbitrasi ("Tuntutan"). Tuntutan hendaklah mengandungi: (1) nama, nombor telefon, alamat surat-menyurat dan alamat e-mel untuk pihak yang meminta arbitras dan nama pengguna akaun (jika berkenaan), termasuk juga alamat e-mel yang dikaitkan dengan mana-mana akaun yang tersedia; (2) pernyataan tuntutan undang-undang yang ditegaskan dan asas fakta tuntutan tersebut; (3) penjelasan penyelesaian yang diingini dan pengiraan jumlah dalam kontroversi yang tepat dan jujur dalam Dolar Amerika Syarikat; dan (4) pernyataan yang memperakui bahawa pihak yang memohon akan membayar apa-apa yuran pemfailan yang diperlukan berkaitan dengan arbitrasi tersebut. Apa-apa Tuntuan yang anda hantarkan kepada TradingView hendaklah dihantarkan menggunakan e-mel kepada legal@tradingview.com atau surat biasa kepada pejabat kami yang beralamat di 470 Olde Worthington Road Suite 200, Westerville, Ohio, 43082. TradingView akan memberikan Tuntutan kepada alamat e-mel anda pada fail. Kecuali anda dan TradingView TradingView bersetuju, atau proses Arbitrasi Kumpulan dibincangkan dalam sub bahagian 26.5 dicetuskan, arbitrasi, termasuk mana-mana perbicaraan arbitrasi secara peribadi, akan dilakukan di negeri anda menetap. Jika NAM tidak tersedia untuk diarbitrasikan, pihak-pihak akan memilih satu forum arbitrasi alternatif. Tanggung jawab anda untuk membayar apa-apa yuran dan kos NAM akan semata-mata seperti yang dijelaskan dalam jadual yuran NAM yang tersedia ("Jadual Yuran"), kecuali dijelaskan dalam Perjanjian untuk Arbitrasi ini. Proses arbitrasi akan dijalankan dalam bahasa Inggeris oleh ahli arbitrasi tunggal. Ahli arbitrasi akan menjadi sama ada seorang hakim bersara atau seorang peguam dan akan dipilih oleh pihak-pihak dari senarai arbitrasi pertikaian pengguna NAM, tertakluk bahawa jika proses Arbitrasi Kumpulan dicetuskan, NAM, tanpa meminta input atau maklum balas daripada mana-mana pihak, akan melantik ahli arbitrasi, tertakluk kepada hak anda untuk membantah lantikan tersebut. Jika kita tidak dapat membuat persetujuan mengenai ahli arbitrasi dalam masa tiga puluh lima (35) hari dari penghantaran Tuntutan, NAM akan melantik ahli arbitrasi mengikut Peraturan NAM.
- Kuasa Ahli Arbitrasi. Ahli arbitrasi mempunyai kuasa ekslusif untuk menyelesaikan apa-apa Tuntutan, termasuk, tanpa had, pertikaian berkenaan penafsiran atau pelaksanaan Perjanjian Arbitrasi, termasuk kebolehkuatkuasaan, kebolehbatalan, skop atau kesahihan Perjanjian Arbitrasi atau apa-apa bahagian Perjanjian Arbitrasi, kecuali yang semua Pertikaian berkenaan sub bahagian bertajuk "Penepian Perlepasan Kelas dan Yang Lain Tidak Diindividukan", termasuk apa-apa tuntutan bahawa semua atau sebahagian daripada sub bahagian bertajuk "Penepian Perlepasan Kelas dan Yang Lain Tidak Diindividukan" adalah tidak boleh dikuatkuasakan, menyalahi undang-undang, terbatal atau boleh dibatalkan, atau sub bahagian bertajuk "Penepian Perlepasan Kelas dan Yang Lain Tidak Diindividukan" telah dilanggar, akan ditentukan oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten dan bukannya oleh ahli arbitrasi. Ahli arbitrasi akan mempunyai kuasa untuk memberikan usul dispositif untuk semua atau sebahagian daripada apa-apa Tuntutan. Ahli arbitrasi boleh mengeluarkan ganti rugi bertulis dan pernyataan untuk keputusan yang menjelaskan penemuan dan kesimpulan penting yang berdasarkan ganti rugi, termasuk pengiraan untuk apa-apa ganjaran ganti rugi. Ganti rugi dari ahli arbitrasi adalah muktamad dan mengikat anda dan kami. Penghakiman pada ganjaran arbitrasi boleh dibuat di mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa.
- Arbitrasi Kumpulan. Untuk meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyelesaian arbitrasi, anda dan TradingView bersetuju bahawa dalam keadaan di mana ada dua puluh lima (25) atau lebih Tuntutan individu yang hampir serupa difailkan terhadap TradingView oleh atau dengan bantuan firma undang-undang yang sama, kumpulan firma undang-undang atau organisasi (“Penasihat Pihak Penuntut”), dalam tempoh masa yang hampir munasabah, sebagai contoh tempoh masa sembilan puluh (90) hari, NAM akan (1) mentadbir tuntutan arbitrasi dalam kelompok 100 Tuntutan setiap kumpulan (atau, jika antara dua puluh lima (25) dan sembilan puluh sembilan (99) Tuntutan difailkan, satu kumpulan tunggal untuk semua Tuntutan tersebut, dan, kepada had di mana ada kurang daripada 100 Tuntutan berbaki selepas kumpulan dijelaskan di atas, satu kumpulan akhir mengandungi Tuntutan berbaki); (2) melantik satu ahli arbitrasi untuk setiap kumpulan; dan (3) memberikan penyelesaian untuk setiap kumpulan secara disatukan dengan satu set pemfailan dan yuran untuk setiap kumpulan, satu kalendar prosedur, satu pendengaran (jika ada) di tempat yang akan ditentukan oleh ahli arbitrasi, dan satu pemberian akhir, yang akan diberikan kepada mana-mana dan semua pelepasan yang mana ahli arbitrasi menentukan hak setiap pihak individu ("Arbitrasi Kumpulan"). NAM hendaklah mentadbir semua kumpulan serentak, setakat yang dibolehkan. Semua pihak bersetuju bahawa Tuntutan yang "bersifat hampir serupa" jika mereka muncul atau berkait dengan peristiwa yang sama atau senario fakta dan membangkitkan isu undang-undang yang sama atau serupa() dan meminta pampasan yang sama atau serupa. Sekiranya mana-mana pihak tidak bersetuju pada pelaksanaan proses Arbitrasi Kumpulan, pihak yang tidak bersetuju hendaklah menasihati NAM, dan NAM akan melantik seorang Ahli Arbitrasi Prosedur tunggal atau, sekiranya keadaan memerlukan, seorang Ahli Arbitrasi Kecemasan, menurut Peraturan NAM, untuk menentukan kebolehgunaan proses Arbitrasi Kumpulan (Ahli Arbitrasi Prosedur atau Ahli Arbitrasi Kecemasan, "Ahli Arbitrasi Pentadbiran"). Dalam usaha untuk mempercepatkan penyelesaian untuk apa-apa pertikaian oleh Ahli Arbitrasi Pengurusan, semua pihak bersetuju bahawa Ahli Arbitrasi Pengurusan boleh menyediakan prosedur-prosedur yang diperlukan untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian dengan pantas. Yuran Ahli Arbitrasi Pengurusan akan dibayar oleh TradingView. Peruntukan Arbitrasi Kumpulan tidak akan dalam apa-apa cara ditafsirkan sebagai memberikan kebenaran atau mencipta satu kelas, kolektif, dan/atau arbitrasi perwakilan atau tindakan dalam apa-apa jenis, kecuali yang dijelaskan seperti di dalam peruntukan ini, dan tiada apa mengenai proses Arbitrasi Kumpulan akan menghalang mana-mana pihak dari menyertai mana-mana arbitrasi yang ditadbir menurut kepada proses tersebut.
- Hak 30 Hari untuk Menarik Diri. Anda mempunyai hak untuk menarik diri dari peruntukan Perjanjian Arbitrasi ini dengan menghantar notis bertulis mengenai keputusan anda untuk menarik diri ke legal@tradingview.com, dalam masa tiga puluh (30) hari selepas pada awalnya menjadi subjek kepada Perjanjian Arbitrasi ini. Notis anda hendaklah termasuk nama dan alamat anda, alamat e-mel yang anda gunakan untuk menetapkan akaun TradingView anda (sekiranya ada) dan kenyataan tegas bahawa anda mahu menarik diri daripada Perjanjian Arbitrasi ini. Mana-mana Notis Menarik Diri akan menjadi efektif hanya jika anda menghantarkannya sendiri, secara individu, dan notis menarik diri dari mana-mana pihak ketiga yang dikatakan bertindak bagi pihak anda tidak memberikan kesan kepada hak anda atau TradingView. Jika anda menarik diri dari Perjanjian Arbitrasi ini, semua bahagian lain dalam Terma Penggunaan akan terus terpakai kepada anda. Menarik diri dari Perjanjian Arbitrasi ini tidak memberikan kesan kepada mana-mana perjanjian arbitrasi yang anda sedang ada dengan kami sekarang, termasuk mana-mana versi sebelumnya untuk Perjanjian Arbitrasi ini yang mana anda bersetuju dan tidak menarik diri tepat pada masanya, akan kekal terpakai, dan tidak memberikan kesan kepada mana-mana perjanjian arbitrasi dengan kami yang anda mungkin akan lakukan di masa hadapan.
- Ketidaksahihan, Tamat Tempoh. Kecuali dijelaskan dalam sub bahagian bertajuk "Penepian Perlepasan Kelas dan Yang Lain Tidak Diindividukan", jika mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian daripada Perjanjian Arbitrasi ini (selain daripada sub bahagian 26.5), ditemui di bawah undang-undang didapati tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan, disebabkan itu bahagian atau bahagian-bahagian tertentu tidak akan dilaksanakan dan tidak terkesan dan hendaklah diputuskan, dan baki Perjanjian Arbitrasi akan kekal berkuatkuasa sepenuhnya. Akan tetapi, jika sub bahagian 26.5 untuk Perjanjian Arbitrasi ini didapati di bawah undang-undang adalah tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan, dalam kes ini, keseluruhan Perjanjian Arbitrasi adalah terbatal dan semua pihak bersetuju bahawa semua Pertikaian akan didengari dalam mahkamah negeri atau persekutuan yang terletak di New York. Anda seterusnya bersetuju bahawa apa-apa Pertikaian yang anda ada dengan TradingView seperti dijelaskan dalam Perjanjian Arbitrasi ini hendaklah dimulakan dalam statut pengehadan yang terpakai untuk tuntutan atau kontroversi tersebut, atau ia akan disekat secara kekal. Begitu juga, anda bersetuju bahawa semua had statut tersedia akan terpakai kepada arbitrasi tersebut dalam keadaan yang sama seperti had statut akan terpakai dalam mahkamah bidang kuasa kompeten yang berkaitan.
- Pengubahsuaian. Anda dan kami bersetuju bahawa TradingView memegang hak untuk mengubah Perjanjian Arbitrasi ini di masa hadapan. Apa-apa perubahan akan diterbitkan pada https://my.tradingview.com/policies/ dan anda perlu selalu memeriksa untuk kemas kini. Walau apa pun peruntukan dalam Terma Penggunaan ini sebaliknya, kita bersetuju bahawa jika TradingView membuat apa-apa perubahan bahan masa depan kepada Perjanjian Arbitrasi ini, ia akan memberikan notifikasi kepada anda. Penggunaan berterusan anda pada laman web dan/atau perkhidmatan TradingView mengikut penerbitan perubahan kepada Perjanjian Arbitrasi ini, merupakan penerimaan anda kepada perubahan tersebut. Jika anda sebelum ini bersetuju kepada versi Terma Penggunaan ini dengan perjanjian arbitrasi dan anda tidak memilih arbitrasi yang sah, perubahan kepada Perjanjian Arbitrasi ini tidak memberikan anda peluang baharu untuk keluar dari perjanjian sebelumnya untuk melakukan arbitrasi. TradingView akan terus menghormati sebarang penarikan diri daripada Perjanjian Arbitrasi yang anda lakukan kepada versi sebelumnya untuk Terma Penggunaan ini.
- Mahkamah yang Mentadbir. Setakat di mana Pertikaian tidak dilindungi oleh mana-mana perjanjian arbitrasi antara anda dan kami, ia akan dilaksanakan di hadapan mahkamah negeri atau persekutuan yang berpusat di New York (kecuali tuntutan kecil tindakan mahkamah yang boleh di bawa ke negeri di mana anda menetap).
- Undang-undang yang Mentadbir. Penyelesaian Pertikaian (Seluruh dunia). Terma Penggunaan dan penggunaan laman web TradingView oleh anda yang berada di www.tradingview.com (dan semua tapak yang berkaitan dengannya) atau perkhidmatan TradingView yang dikawal oleh undang-undang New York, tidak termasuk peraturan undang-undang konfliknya. Jika anda adalah penduduk dalam wilayah ahli EEA atau negara yang mana Perjanjian Arbitrasi ini dilarang oleh undang-undang tempatan, bahagian ini tidak terpakai kepada anda, dan Terma Penggunaan, penggunaan laman web TradingView oleh anda dan apa-apa Pertikaian antara kita akan ditadbir secara ekslusif oleh negeri A.S. atau undang-undang asing, cth undang-undang Inggeris, dan secara ekslusif ditentukan oleh mahkamah di England dan Wales, kecuali kepada had yang dilarang oleh undang-undang. Jika anda seorang pengguna individu, anda mungkin berhak untuk menggunakan undang-undang perlindungan pengguna mandatori di negara tempat tinggal anda, dan/atau membawa prosiding undang-undang ke mahkamah di negara berkenaan. Jika TradingView perlu menguatkuasakan haknya terhadap anda sebagai pengguna individu di EEA, kami akan melakukannya hanya di negara tempat tinggal anda. Permohonan United Nations Convention on Contracts for the International Sale of Goods (CISG) adalah dikecualikan.