Pilihan Editor

Apakah dia Pilihan Editor?

Setiap penunjuk atau strategi baru yang diterbitkan di dalam Skrip Komuniti kami adalah dianalisis oleh pasukan PineCoders kami. Bahagian ini mempamerkan penunjuk-penunjuk sumber terbuka terbaik yang dipilih baru-baru ini oleh pasukan.

Sebarang penunjuk-penunjuk sumber terbuka yang diterbitkan di dalam Skrip Komuniti kami boleh ditampilkan di dalam Pilihan Editor kami jika ianya asli, memberikan potensi nilai yang baik kepada pedagang, termasuk adanya penerangan yang berguna dan mematuhi Peraturan Dalaman.

Pilihan Editor adalah dipaparkan di sini dan di halaman utama kami, di tempat berjuta-juta pelawat melihatnya. Mereka bukanlah cadangan untuk membeli atau menjual apa-apa, atau untuk menggunakan penunjuk-penunjuk tertentu. Pilihan kami bertujuan untuk membawa perhatian kepada skrip-skrip paling menarik yang diterbitkan oleh pengarang-pengarang yang bermurah hati yang menulisnya untuk TradingViewers. Harapan kami adalah mereka akan menggalakkan pembelajaran dan perkongsian di dalam komuniti kami, dan anda akan menemui penunjuk-penunjuk yang mungkin berguna di dalam dagangan anda.

Pine Script™ ialah bahasa pengaturcaraan TradingView. Ia membolehkan pedagang dan pelabur mencipta penunjuk atau strategi mereka sendiri, kadangkala dengan hanya beberapa baris kod ringkas sahaja. Kebanyakan skrip-skrip yang diterbitkan di TradingView adalah asli dan hanya tersedia untuk komuniti kami, dengan kebanyakannya adalah percuma.
Tunjukkan Lebih Banyak Skrip
1
23
...
21
1
2
...
21