Kekal selamat di TradingView
Lakukan keputusan lebih baik dengan alatan pintar kami, broker boleh dipercayai dan komuniti sejagat.
Bagaimana melindungi akaun anda
Perkara wajib dilakukan untuk melindungi akaun anda, mengelakkan ditipu dan menjaga data anda dengan selamat semasa dalam talian.
Langkah mudah untuk keselamatan siber
Jaga data anda dan elakkan penipuan dengan petua mudah ini. Sentiasa di hadapan dari ancaman siber.
Abaikan pautan dan mesej mencurigakan — kami tidak pernah meminta maklumat sensitif.
Semua maklumat sah dari tapak kami, Pusat Bantuan, atau media sosial disahkan. Jika masih ragu-ragu — periksa sebelum melakukan apa-apa.
Muat turun aplikasi mudah alih dan atas meja kami hanya dari laman web dan kedai aplikasi rasmi.
Gunakan perisian antivirus dan pastikan sistem dan pelayar anda dikemas kini.
Rangkaian awam adalah berisiko — berdagang hanya pada sambungan peribadi yang selamat.
Penipuan baharu terus muncul. Kemas kini diri anda dengan blog TradingView.
Penipuan dan ancaman untuk diperhatikan
Penipu tidak mengetuk pintu — mereka menceroboh masuk. Keselamatan utuh tidak dapat menghalang anda mengklik pautan yang salah, jadi ketahui helah utama penipu sekarang.
Berhati-hati dengan mesej menawarkan akses percuma kepada ciriPremium TradingView. Ini selalunya adalah penipuan yang membawa kepada muat turun yang dijangkiti perisian hasad. Daripada mendapatkan akses Premium, anda berkemungkinan memasang perisian pengintip yang mencuri data peribadi dan maklumat masuk dompet kripto.
Penipu mencipta profil media sosial palsu yang kelihatan seperti akaun rasmi TradingView seperti tradingview_support atau tradingview_official. Mereka boleh menghantar anda pautan pancingan data atau menerbitkan maklumat palsu untuk menipu anda mendedahkan butiran anda.
Jika seseorang meminta anda berkongsi log masuk dan kata laluan anda untuk pemulihan akaun atau kod 2FA anda. berjaga-jaga. TradingView tidak pernah meminta maklumat sebegitu melalui e-mel atau mesej. Penipu menggunakan taktik ini untuk menguasai akaun anda, terutamanya jika anda tidak mengaktifkan pengesahan dia faktor anda.
Penipu mungkin menyamar sebagai agen sokongan TradingView dan meminta maklumat akaun atau pembayaran sensitif. Sentiasa sahkan apa-apa permintaan dengan menghubungi kami terus melalui Pusat Bantuan rasmi di laman web kami.
Penipu mencipta laman web palsu yang menyerupai TradingView, selalunya menggunakan nama domain yang serupa seperti trading-view.com atau tradingview-premium.net. Tapak=tapak ini mungkin meminta maklumat log masuk, kata laluan dan kad anda, dalam cubaan mencuri data peribadi anda.
Penipu mungkin menghantar e-mel dari alamat seperti support.tradingview@gmail.com, menawarkan diskaun palsu atau meminta anda mengesahkan akaun anda. E-mel ini selalunya mengandungi pautan kepada tapak pancingan data atau meminta maklumat sensitif. Sentiasa periksa alamat penghantar sebelum menekan apa-apa pautan.
Penipu mungkin menghubungi anda dengan menyamar sebagai orang dari TradingView. Penipuan biasa adalah dengan memberitahu mereka adalah "pembantu dagangan" atau mereka akan menguruskan akaun anda untuk hasil lebih baik — menjanjikan keuntungan mudah, tetapi ia adalah penipuan. Kami tidak pernah menghubungi anda dengan telefon atau DM, dan kami tidak pernah menawarkan bantuan dagangan peribadi atau pengurusan akaun.
Bagaimana jika penipu menipu anda
Ditipu? Jangan panik. Berikut beberapa petua untuk membantu anda mengambil tindakan dan bertindak balas dengan berkesan.
Mahu bantu kami kekal selamat?
Menyumbang kepada sekuriti lebih baik dengan melaporkan pepijat dan kelemahan. Sertai program Carian Pepijat dan dapatkan pengiktirafan.
Akaun sosial rasmi kami
Semua pautan sokongan dan akaun media sosial disahkan kami adalah disenaraikan di bawah. Apabila tidak pasti — tatal ke bawah dan periksa.
@tradingview
facebook.com/tradingview
youtube.com/@TradingView
@tradingview
@tradingview
t.me/tradingview
linkedin.com/company/tradingview