Pemberitahuan Strategi

Bagaimana saya boleh mencipta pemberitahuan strategi?

Untuk mencipta pemberitahuan strategi, anda boleh:
  • Menggunakan butang "Menambahkan Pemberitahuan" di panel "Penguji Strategi":
  • Guna menu ke bawah strategi:
  • Pilih strategi anda daripada dialog Mencipta Pemberitahuan:

Bagaimana pemberitahuan strategi berfungsi?

Apabila pemberitahuan dicipta untuk strategi, satu salinan strategi dicipta di pelayan kami. Salinan ini berjalan secara berasingan daripada strategi carta di pelayar anda. Perubahan jepada strategi carta anda tidak akan mempunyai sebarang kesan kepada operasi salinan strategi yang berjalan di pelayan kami. Apa-apa perubahan kepada tetapan strategi carta disegerakkan Anda menghapuskan dan mencipta semula pemberitahuan baru supaya apa-apa perubahan kepada tetapan strategi carta dapat dikemas kini.

Bagaimana strategi berjalan di pelayar?

Selepas mengira sejarah, strategi tersebut kemudian bergerak kepada pengiraan masa nyata. Apabila pesanan dibuat oleh strategi yang dilaksanakan oleh pelagak(simulator) broker, pemberitahuan akan tercetus. Notifikasi kemudian dihantar setiap kali pesanan dilaksanakan, sehingga pemberitahuan tamat tempoh.

Notifikasi tidak akan dihantar bagi pesanan di sejarah bar. Pemberitahuan hanya tercetus untuk pesanan dibuat dalam masa nyata.

Lebih daripada satu notifikasi boleh dibuat untuk bar yang sama, seperti yang dijelaskan di atas tetapi pemberitahuan akan dihentikan apabila ia tercetus lebih daripada 15 kali dalam 3 minit.

Anda boleh menggunakan ‘placeholder’ untuk membina meseh notifikasi pemberitahuan anda. Mereka akan menggantikan nilai sepadan apabila pemberitahuan tercetus. ‘Placeholder’ boleh ditentukan dengan menggunakan kata kunci berikut diikut kurungan, contonnya {{strategy.position_size}}:

  • strategy.position_size —  memulangkan nilai sama dengan kata kunci dalam pine, cthnya saiz posisi semasa.
  • strategy.order.action — memulangkan rentetan "buy" atau "sell untuk pesanan dibuat.
  • strategy.order.contracts — memulangkan bilang kontrak bagi pesanan yang dibuat.
  • strategy.order.price —memulangkan harga di mana pesanan dibuat.
  • strategy.order.id —memulangkan ID pesanan yang dibuat (rentetan digunakan sebagai parameter pertama dalam salah satu fungsi yang menjana pesanan:strategy.entry, strategy.exit or strategy.order).
  • strategy.order.comment — memulangkan komen untuk pesanan yang dibuat (rentetan digunakan sebagai parameter pertama dalam salah satu fungsi yang menjana pesanan:strategy.entry, strategy.exit or strategy.order). Jika tiada komen ditetapkan, nilai strategy.order.id akan digunakan.
  • strategy.order.alert_message — memulangkan nilai parameter alert_message di mana ia boleh digunakan dalam kod Pine strategi semasa memanggil salah satu fungsi yang digunakan untuk membuat pesanan:strategy.entry, strategy.exit atau strategy.order. Ciri ini hanya disokong dalam Pine v4 dan versi lebih tinggi.
  • strategy.market_position — memulangkan posisi semasa strategi dalam bentuk rentetan: “long”, “flat”, or “short”.
  • strategy.market_position_size — memulangkan saiz posisi semasa dalam nilai mutlak, cthnya nombor bukan negatif.
  • strategy.prev_market_position — memulangkan posisi sebelum strategy dalam bentuk rentetan: “long”, “flat”, or “short”.
  • strategy.prev_market_position_size — memulangkan saiz posisi sebelum sebagai nilai mutlak, cthnya nombor bukan negatif.

Anda boleh mencari maklumat lanjut tentang 'placeholders' di sini