Apakah kontrak hadapan berterusan 1! dan 2!?
Satu kontrak hadapan berterusan adalah satu instrumen kewangan maya yang diperolehi dari memautkan beberapa kontrak-kontrak individu dengan tarikh-tarikh luput yang berlainan. Kaedah ini mencipta satu siri harga yang lancar yang dapat membantu pedagang mengenalpasti arah aliran dan corak jangka masa panjang, menghapuskan keperluan untuk menukar secara manual di antara kontrak-kontrak individu. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pertukaran kontran hadapan berterusan di Carta TradingView dalam artikel ini.
Kontrak berterusan 1! (bulan terkini)
Kontrak berterusan 1! mewakili kontrak bulan terkini atau terdekat yang akan tamat. Ia dibawa kehadapan untuk kontrak berikutnya apabila kontrak bulan terkini (front-month) luput. Siri ini digunakan dengan meluas untuk analisa jangka pendek dan dagangan, kerana ia membekalkan keadaan tepat untuk sentimen pasaran terkini dan pergerakan harga.
Kontrak berterusan 2! (bulan kedua)
Kontrak berterusan 2! mewakili kontrak bulan kedua terdekat yang akan tamat. Ia dibawa kehadapan untuk kontrak berikutnya apabila kontrak bulan kedua terkini luput. Siri ini selalunya digunakan untuk analisa jangka pertengahan dan dagangan, kerana ia menangkap jangkaan pasaran untuk tempoh kontrak seterusnya dan memberikan gambaran keseluruhan kepada potensi pergerakan harga.
Manfaat kontrak hadapan berterusan
Kontrak hadapan berterusan menawarkan beberapa kebaikan untuk pedagang dan penganalisa:
- Siri harga yang lancar: Kontrak hadapan membekalkan siri harga yang lancar yang dapat membantu analisa arah aliran dan mengenalpasti corak, dengan ini membantu pedagang melakukan keputusan yang lebih termaklum.
- Analisis yang lebih mudah: Dengan mencipta satu siri harga berterusan tunggal, kontrak-kontrak ini membuang keperluan untuk menukar secara manual di antara kontrak hadapan individu, membantu memudahkan proses analisis.
Had kontrak hadapan berterusan
Walaupun ada banyak kelebihan, kontrak hadapan berterusan juga mempunyai beberapa kelemahan:
- Harga buatan (artificial price): Disebabkan kontrak berterusan adalah instrumen sintetik, mereka mungkin tidak dapat secara tepat mewakili harga dagangan sebenar untuk kontrak-kontrak hadapan individu.
- Kesan gulung lampau (rollover effect): Tempoh gulung lampau boleh mengakibatkan harga melompat secara tiba-tiba atau jurang, di mana mungkin memberikan kesan kepada analisa teknikal dan strategi dagangan. Lihat artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelarasan belakang (back-adjustment) untuk hadapan berterusan di Carta TradingView.
- Tidak boleh didagangkan Ia tidak dibolehkan untuk mendagangkan kontrak hadapan yang berakhir dengan 1! atau 2!. Anda boleh menukar kepada satu kontrak dengan satu tarikh luput untuk berdagang.