Bollinger Bands Width (BBW)
Definisi
Bollinger BandWidth (BBW) adalah satu penunjuk analisa teknikal yang dicipta dari penunjuk standard Bollinger Bands. Bollinger Bands adalah penunjuk ketidakstabilan yang mewujudkan satu jalur tiga garisan yang diplot berhubungan dengan harga sekuriti. Garis Tengah biasanya merupakan 20 Day Simple Moving Average. Garis Jalur Atas dan Bawah biasanya adalah 2 penyimpangan standard di atas dan di bawah SMA (Garisan Tengah). Lebar Bollinger BandWidth menunjukkan satu cara untuk mengira secara kuantitatif lebar di antara Jalur Atas dan Jalur Bawah. BBW boleh digunakan untuk mengenalpasti isyarat dagangan dalam beberapa cara.
Sejarah
Pencipta Bollinger Bands (BB), John Bollinger, memperkenalkan %B pada tahun 2010 selepas hampir 3 dekad selepas memperkenalkan penunjuk Bollinger Bands nya.
Pengiraan
Bollinger BandWidth = (Upper Band - Lower Band) / Middle Band * 100
Asas
Bollinger BandWidth (BBW) menggunakan pengiraan yang diberikan dan mengeluarkan satu Peratusan Perbezaan di antara Jalur Atas dan Jalur Bawah. Nilai ini digunakan untuk menjelaskan kesempitan jalur-jalur. Apa yang perlu difahami adalah seorang pedagang tidak boleh hanya melihat pada nilai BBW dan mentakrifkan jika Jalur adalah sempit ataupun tidak. Kepentingan satu instrumen relatif kepada perubahan kesempitan adalah bergantung kepada instrument atau sekuriti itu sendiri. Apa yang dikira sebagai sempit untuk satu sekuriti mungkin tidak untuk sekuriti yang lain. Apa yang dikira sebagai sempit untuk satu sekuriti mungkin berubah di dalam skop sekuriti yang sama bergantung kepada rangka masa. Untuk mengukur secara tepat kepentingan untuk kesempitan satu jalur, penganalisa teknikal hendaklah sentiasa melakukan penyelidikan mengenai turun naik BBW dahulu dan prestasi harga untuk menaikkan ketepatan dagangan.
Apa yang perlu dilihat
Himpitan (The Squeeze)
Satu daripada teori yang paling dikenali ramai mengenai Bollinger Bands adalah ketidakstabilan selalunya turun naik di antara tempoh pengembangan (Pengembangan Jalur) dan penyempitan (Penyempitan Jalur). Dengan ini, isyarat dagangan besar yang dikeluarkan oleh Bollinger BandWidth adalah dikenali sebagai Himpitan (The Squeeze).
Setup Himpitan adalah sangat senang dan mengandungi dua langkah:
- Ada satu tempoh ketidakstabilan yang rendah. Ini bermaksuk bahawa jalur adalah sempit dan harga bergerak relatifnya secara ke sisi.
- Tempoh ketidakstabilan yang rendah ini disambung dengan satu cetusan di dalam ketidakstabilan dan harga memecah menerusi Jalur Atas atau jatuh ke bawah menembusi Jalur Bawah menandakan satu perubahan di dalam pergerakan ke sisi dan permulaan satu arah aliran berarah.
Di dalam Himpitan Bulis BBW
- BBW jatuh. (Di dalam contoh di bawah, nilai ambang adalah 6%, akan tetapi ini berubah dari sekuriti ke sekuriti dan dari rangka masa ke rangka masa).
- Harga pecah menembusi Jalur Atas yang menandakan permulaan satu arah aliran ke atas. Ketidakstabilan juga
Di dalam satu Himpitan Bearis BBW
- BBW jatuh. (Di dalam contoh di bawah, nilai ambang adalah 9%, akan tetapi ini berubah dari sekuriti ke sekuriti dan dari rangka masa ke rangka masa).
- Harga jatuh menembusi Jalur Bawah yang menandakan permulaan satu arah aliran ke bawah. Ketidakstabilan juga meningkat.
Kesimpulan
Bollinger BandWidth (BBW) adalah satu alat analisa teknikal yang agak berguna untuk mengenalpasti "Himpitan" yang bole menjadikan isyarat-isyarat belian atau jualan yang menarik. Sudah pasti, pedagang juga hendaklah selalu berhati-hati. Kadang-kadang pecah keluar selepas satu setup Himpitan mempunyai satu tarikan balik serta merta dan pergerakan besar-besaran tidak terjadi. Ia memerlukan pertimbangan sebaiknya dari pedagang untuk mengenalpasti samada pecah keluar adalah satu yang kuat dan sah. Dengan kata-kata ini, apabila satu arah aliran ke atas atau arah aliran ke bawah selepas satu Himpitan memang terjadi, ia memberikan satu peluang yang besar untuk penganalisa atau pedagang yang bersedia.
Input
Panjang
Tempoh masa untuk digunakan di dalam mengira SMA yang mencipta tapak untuk Jalur Atas dan Bawah. 20 hari adalah nilai lalai.
Sumber
Menentukan data apa dari setiap bar yang akan digunakan di dalam pengiraan. Tutup adalah nilai lalai.
StdDev
Nombor Penyimpangan Standard jauh dari SMA yang Jalur Atas dan Bawah sepatutnya jadi. 2 adalah nilai lalai.
Panjang Pemanjangan Tertinggi (Highest Expansion Length)
Plot Pemanjangan Tertinggi memaparkan nilai tertinggi yang diperolehi oleh BBW pada bar N terakhir, di mana N adalah panjang yang ditentukan oleh input ini.
Panjang Penguncupan Terendah (Lowest Contraction Length)
Plot Penguncupan Terendah memaparkan nilai terendah yang diperolehi oleh BBW pada bar N terakhir, di mana N adalah panjang yang ditentukan oleh input ini.