Directional Movement (DMI)

Definisi

Directional Movement (DMI)adalah sebenarnya satu koleksi untuk tiga penunjuk berlainan yang dicantum menjadi satu. Directional Movement mengandungi Average Directional Index (ADX), Plus Directional Indicator (+DI) dan Minus Directional Indicator (-DI). Tujuan ADX adalah untuk mengesahkan bahawa samada ada or tiada satu arah aliran wujud. Ia tidak langsung mengambilkira arah pergerakan. Dua lagi penunjuk (+DI dan -DI) adalah digunakan untuk membantu ADX. Mereka bertugas untuk menentukan arah arah aliran. Dengan mencantumkan ketiga-tiga ini, seorang penganalisi teknikal akan mempunyai cara untuk menentukan dan mengukur kekuatan satu-satu arah aliran termasuk juga arah pergerakannya.

Sejarah

J. Welles Wilder mencipta DMI dan menulis di dalam buku beliau bertajuk New Concepts in Technical Trading Systems. Buku itu diterbitkan pada tahun 1978 dah juga memaparkan beberapa penunjuk-penunjuk klasik beliau seperti Relative Strength Index, Average True Range (ATR) dan Parabolic SAR. Sama seperti penunjuk-penunjuk itu, DMI masih lagi digunakan secara meluaas dan mempunyai kepentingan besar di dalam dunia analisa teknikal.

Pengiraan

Mengira DMI boleh dipecahkan kepada dua bahagian. Pertama, mengira +DI dan -DI, dan kedua, mengira ADX. Untuk mengira +DI dan -DI, anda perlu untuk mencari +DM dan -DM (Directional Movement). +DM dan -DM adalah dikira menggunakan Tinggi, Rendah dan Tutup untuk setiap tempoh. Pengiraan boleh dilakukan seperti berikut:

Current High - Previous High = UpMove Previous Low - Current Low = DownMove 
If UpMove > DownMove and UpMove > 0, then +DM = UpMove, else +DM = 0 If DownMove > Upmove and Downmove > 0, then -DM = DownMove, else -DM = 0

Sebaik sahaja anda mempunyai +DM dan -DM terkini dikira, garisan +DM dan -DM boleh dikira dan diplot berdasarkan nombor tempoh yang ditentukan oleh pengguna.

+DI = 100 times Exponential Moving Average of (+DM / Average True Range) -DI = 100 times Exponential Moving Average of (-DM / Average True Range)

Sekarang apabila -+DX dan -DX telah dikira, langkah terakhir adalah mengira ADX.

ADX = 100 times the Exponential Moving Average of the Absolute Value of (+DI - -DI) / (+DI + -DI)

Asas

DMI mempunyai satu nilai di antara 0 dan 100 dan ianya digunakan untuk mengira kekuatan arah aliran terkini.+DI dan -DI adalah digunakan untuk menyukat arah. Apabila digabungkan, penunjuk boleh memberikan idea yang berharga. Satu penjelasan umum adalah semasa satu arah aliran kuat (ADX di atas 25 tetapi ini bergantung kepada tafsiran penganalisa), apabila +DI adalah di atas -DI, ini bermakna satu Pasaran Bulis telah ditakrifkan. Apabila -DI di atas +DI, ini bermaksud satu Pasaran Bearis telah wujud.
Satu perkara untuk di ambil perhatian adalah apakah nilai yang menentukan kekuatan atau isyarat yang berpotensi, ianya adalah bergantung kepada takrifan pedagang. Nilai yang boleh diterima boleh bertukar bergantung kepada instrumen kewangan yang diperiksa, jadi satu analisis sejarah untuk instrumen yang digunakan adalah penting. Seorang penganalisa teknikal boleh membuat keputusan yang lebih baik berdasarkan apa yang terjadi sebelum ini.

Apa yang perlu dilihat

Kekuatan Arah Aliran

Menganalisa kekuatan arah aliran adalah kegunaan asas untuk DMI. Untuk menganalisa kekuatan arah aliran, fokus hendaklah diberikan kepada garisan ADX dan bukannya garisan +DI atau -DI. Wilder percaya bahawa bacaan DMI di atas 25 menunjukkan satu arah aliran yang kuat manakala bacaan DMI di bawah 20 menunjukkan satu arah aliran yang lemah atau tiada kewujudan arah aliran. Satu bacaan di antara dua nilai-nilai berkenaan boleh dikira tidak boleh ditentukan. Akan tetapi, seperti yang diceritakan sebelum ini, seorang pedagang berpengalaman tidak akan mengambil nilai 25 dan 20 dan menguunakannya di dalam setiap keadaan. Apa yang dikatakan sebagai satu arah aliran kuat atau lemah bergantung pada instrumen kewangan yang digunakan. Analisis sejarah sebelum ini boleh membantu di dalam menentukan nilai-nilai yang sepatutnya.

Juga, anda hendaklah ingat bahawa Wilder mencipta DMI untuk kegunaan matawang dan komoditi yang lebih tidak stabil daripada saham dan mempunyai arah aliran yang lebih kuat. Ini diambilkira dalam menentukan apakah nilai-nilai yang sesuai bukan hanya dalam menganalisa kekuatan arah aliran, tetapi juga untuk apa-apa isyarat yang dikeluarkan.

Silang

Persilangan DI adalah satu isyarat dagangan yang penting yang dikeluarkan oleh DMI. Ada satu set untuk keadaan untuk setiap persilangan.

Silang DI Bulis
  1. ADX mesti lebih dari 25 (arah aliran kuat. Nilai ditentukan oleh pedagang).
  2. +DI bersilang di atas -DI.
  3. Renti Rugi hendaklah ditetapkan pada harga terendah hari terkini. Isyarat tidak boleh ditinggalkan, jika harga terendah tidak terkena, walaupun jika -DI bersilang di atas +DI.
  4. Isyarat menguat jika ADX menaik.
  5. Jika ADX menguat, pedagang hendaklah menggunakan satu renti rugi.

Silang DI Bearis
  1. ADX mesti lebih dari 25 (arah aliran kuat. Nilai ditentukan oleh pedagang) 
  2. -DI bersilang di atas +DI.
  3. Renti Rugi hendaklah ditetapkan pada harga tertinggi hari terkini. Isyarat tidak boleh ditinggalkan, jika harga terendah tidak terkena, walaupun jika +DI bersilang di atas -DI 
  4. Isyarat menguat jika ADX menaik 
  5. Jika ADX menguat, pedagang hendaklah menggunakan satu renti rugi mengekori.

Kesimpulan

Directional Movement (DMI) adalah satu lagi penunjuk teknikal analisis yang agak bernilai yang dikeluarkan oleh Wilder. Ia mengambil subjek kekuatan arah aliran dan arah pergerakan yang sangat kompleks dan mengiranya sehingga menjadi satu visual yang mudah dan lurus. Perkara utama dalam menggunakan DMI  adalah walaupun ia boleh memberikan informasi yang berkualiti dan juga isyarat dagangan, ia bukannya satu penunjuk yang mudah untuk dikuasai. Untuk mendapatkan manfaat terbanyak dari DMI, seorang penganalisa teknikal hendaklah sentiasa berterusan belajar dan mengasah kebolehan merekan dalam menggunakan penunjuk ini. Menggabungkan ilmu bagaimana DMI berkerja dan keupayaannya, bersama dengan analisa sejarah yang banyak dan juga pengalaman, akan membantu pedagang untuk menjadikan DMI sebagai satu tambahan yang bagus kepada strategi dagangan keseluruhan mereka.

Input

ADX

Tempoh masa digunakan untuk mengira ADX yang mempunyai satu komponen pelicinan (14 adalah nilai Lalai).

Panjang DI

Tempoh masa yang boleh digunakan untuk mengira DI (14 adalah nilai Lalai).

ADX

Boleh togol kebolehlihatan ADX termasuklah kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai sebenar terkini untuk ADX. Boleh juga digunakan untuk memilih warna Garisan ADX, ketebalan garisan dan gaya visual. (Garisan adalah nilai Lalai).

+DI

Boleh togol kebolehlihatan garisan +DI termasuklah kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai sebenar terkini untuk +DI. Boleh juga digunakan untuk memilih warna Garisan +DI, ketebalan garisan dan gaya visual. (Garisan adalah nilai Lalai).

-DI

Boleh togol kebolehlihatan garisan -DI termasuklah kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai sebenar terkini untuk -DI. Boleh juga digunakan untuk memilih warna Garisan -DI, ketebalan garisan dan gaya visual. (Garisan adalah nilai Lalai).

Ketepatan

Menetapkan nombor titik perpuluhan yang tinggal pada nilai penunjuk sebelum dibundarkan. Semakin tinggi nombor ini, semakin banyak titik perpuluhan akan berada pada nilai penunjuk.