Donchian Channels (DC)
Definisi
Donchian Channels (DC) adalah digunakan di dalam analisis teknical untuk mengukur ketidakstabilan pasaran. Ia adalah satu penunjuk berjalur, serupa dengan Bollinger Bands %B (%B). Selain daripada mengukur ketidakstabilan pasaran, Donchian Channels adalah lebih digunakan untuk mengenalpasti potensi pecah keluar atau keadaan terlebihbeli/terlebihjual apabila harga mencecah samada Jalur Atas atau Jalur Bawah. Kejadian-kejadian ini menandakan adanya kemungkinan isyarat dagangan.
Sejarah
Penunjuk Donchian Channels (DC) adalah dicipta oleh seorang pedagang komoditi terkenal Richard Donchian. Donchian kemudiannya dikenali sebagai Bapa Ikutan Arah Aliran.
Pengiraan
Untuk contoh ini, tempoh 20 hari digunakan iaitu satu jangka masa yang selalu digunakan.
Upper Channel = 20 Day High
Lower Channel = 20 Day Low
Middle Channel = (20 Day High + 20 Day Low)/2
Asas
Donchian Channels adalah salah satu daripada penunjuk-penunjuk yang lebih lurus untuk mengira dan memahami. Penunjuk ini hanya mengambik satu nombor tempoh yang telah ditakrifkan oleh pengguna (contohnya 20 Hari) dan mengira Jalur Atas dan Bawah. Jalur Atas adalah harga tinggi untuk tempoh itu. Jalur Bawah adalah harga rendah untuk tempoh itu. Garisan Tengah adalah purata dua jalur itu.
Fungsi utama Donchian Channels adalah untuk mengukur ketidakstabilan. Apabila ketidakstabilan tinggi, jalur akan melebar dan apabila ketidakstabilan rendah, jalur akan menyempit. Apabila harga mencapai atau menembusi satu daripada jalur-jalur, ini menandakan satu keadaan terlebihbeli atau terlebihjual. Ini akan mengakibatkan satu daripada 2 perkara. Pertama, arah aliran terkini disahkan dan penembusan akan mengakibatkan satu pergerakan ketara di dalam harga dalam arah yang sama. Keputusan kedua adalah arah aliran telah disahkan dan penembusan menunjukkan ada satu balikan sebelum bermula semula di dalam arah yang sama.
Apa yang perlu dilihat
Pengesahan Arah Aliran
Selalunya, di dalam arah aliran yang jelas ketara, keadaan terlebihbeli atau terlebihjual boleh menjadi satu isyarat sah kekuatan.
Semasa Arah Aliran Bulis, harga bergerak ke kawasan terlebihbeli boleh menunjukkan satu arah aliran yang semakin menguat.
Semasa Arah Aliran Bearis, harga bergerak ke kawasan terlebihjual boleh menunjukkan satu arah aliran yang semakin menguat.
Terlebihbeli/Terlebihjual
Semasa Arah Aliran Bulis, harga boleh bergerak ke keadaan terlebihjual jangka pendek. Keadaan terlebihjual ini boleh juga menandakan satu arah aliran yang semakin menguat.
Semasa Arah Aliran Bearis, harga boleh bergerak ke keadaan terlebihbeli jangka pendek. Keadaan terlebihbeli ini boleh juga menandakan satu arah aliran yang semakin menguat.
Kesimpulan
Penunjuk Donchian Channels (DC) mengira ketidakstabilan untuk mengukur samada satu pasaran itu terlebihbeli atau terlebihjual. Apa yang mustahak untuk diingati ialah Donchian Channels berfungsi dalam keadaan terbaik dalam satu arah aliran yang jelas ketara. Semasa Arah Aliran Bulis, pergerakan ke kawasan terlebihbeli boleh menandakan satu arah aliran yang semakin menguat (terutamanya bila pergerakan selalu terjadi semasa arah aliran). Semasa Arah Aliran Bearis, pergerakan yang kerap ke kawasan terlebihjual boleh menandakan satu arah aliran yang semakin menguat. Juga, semasa satu arah aliran (menurun), pergerakan ke terlebihjual(terlebihbeli) boleh juga adalah sementara dan arah aliran keseluruhan akan berterusan. Dengan itu, menjadi yakin dengan arah aliran keseluruhan memainkan peranan utama untuk mendapatkan kesan sebenar Donchian Channels. Mereka boleh digunakan bersama-sama alat penunjuk teknikal yang lain seperti garisan arah aliran atau penunjuk Directional Movement (DMI).
Input
Panjang
Tempoh masa untuk mengira Donchian Channel (20 adalah nilai Lalai).
Ofset
Menukar nombor ini akan menggerakkan Donchian Channel sama ada Ke Hadapan atau Ke Belakang relatif kepada pasaran semasa. 0 adalah lalai.
Rangka Masa
Menentukan rangka masa apabila penunjuk dikira. Pilihan ini membenarkan pengiraan VWAP berdasarkan kepada satu data dari rangka masa lain, seperti mempunyai VWAP dikira pada carta 1J akan dipaparkan pada satu carta 5m.
Tunggu rangka masa menutup
Menentukan kelakuan apabila rangka masa penunjuk adalah lebih tinggi daripada rangka masa carta. Apabila 'Tunggu rangka masa menutup' dipilih, nilai-nilai rangka masa lebih tinggi hanya masuk dan disaling hubungkan pada carta apabila rangka masa lebih tinggi menutup.
Gaya
Asas
Boleh togol kebolehlihatan Asas termasuklah kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai sebenar terkini untuk Asas. Boleh juga digunakan untuk memilih warna Asas, ketebalan garisan dan gaya visual.
Atas
Boleh togol kebolehlihatan Jalur Atas termasuklah kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai sebenar terkini untuk Jalur Atas. Boleh juga digunakan untuk memilih warna Jalur Atas, ketebalan garisan dan gaya visual.
Bawah
Boleh togol kebolehlihatan Jalur Bawah termasuklah kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai sebenar terkini untuk Jalur Bawah. Boleh juga digunakan untuk memilih warna Jalur Bawah, ketebalan garisan dan gaya visual.
Latar Belakang
Togol kebolehlihatan warna Latar Belakang di dalam Jalur. Boleh juga menukar Warna dan ketelapan.