Envelope (ENV)

Definisi

Moving Average Envelopes (ENV)  adalah sejenis penunjuk berjalur. ENV memperlihatkan kawasan jalur di atas garis asas dan kawasan jalur di bawah garis asas. Garis asas ini boleh jadi purata bergerak biasa ataupun purata bergerak eksponen. Kawasan sampul-sampul boleh ditetapkan pengguna dengan tetapan peratusan dari garis asas. Envelopes adalah penunjuk yang sesuai untuk mengenalpasti arah trend dan juga mengesan keadaan terlampau beli dan terlampau jual.

Pengiraan

Sampul Purata Bergerak agak senang untuk dikira. Dalam contoh berikut kami akan menggunakan 20 tempoh purata bergerak biasa (SMA) dengan sampul-sampul 10%:

Basis = 20 Period SMA 
Upper Envelope = 20 Period SMA + (20 Period SMA x 0.1) 
Lower Envelope = 20 Period SMA - (20 Period SMA x 0.1)

Info asas

Sampul Purata Bergerak adalah sejenis penunjuk yang mengikut trend. Dan disebabkan pergerakan purata bergerak di belakang pergerakan harga, pergerakan sampul juga sama. Walaupun begitu, sebarang pergerakan harga yang menembusi mana-mana sampul tidak patut diendahkan. ENV direka supaya kebanyakan tindakan harga bergerak dalam sampul-sampul. Jadi, apabila harga membuat tembusan, ini dikira suatu tanda kekuatan yang menunjukkan pergerakan harga yang ketara. Sebagai contoh, semasa arah aliran yang kuat (ke atas atau ke bawah), penembusan sampul atas mungkin menunjukkan aliran menaik sedang mencari kekuatan dan akan berterusan. Satu lagi contoh di mana arah aliran bergerak ke sisi, penembusan sampul atas mungkin memberi tanda terlampau beli yang akan membawa harga turun balik ke dalam sampul.

Seperti mana penunjuk-penunjuk lain, kaedah menggunakan ENV secara efisien dan berkesan adalah dengan  memakai parameter yang betul. Bahagian ini tidak mudah. Kebanyakannya datang dari hasil eksperimentasi dan pengalaman. Analisa sejarah boleh membantu penganalisis teknikal menjumpai tahap-tahap yang lepas untuk suatu sekuriti. Suatu lagi teknik adalah dengan menindihkan beberapa ENV di atas satu sama lain dengan tetapan peratusan yang berlainan. Cara ini boleh memberi pertambahan titik-titik tembusan untuk tatapan penganalisis teknikal.

Apakah yang perlu dicari

Trend Confirmation Pengesahan Trend

Selalunya, dalam arah trend yang kuat dan jelas, penembusan harga ke kawasan terlampau beli atau terlampau jual merupakan tanda kekuatan. Ini boleh digunakan untuk pengesahan kemungkinan besar perlanjutan arah trend.

Semasa trend menaik, penembusan harga di sampul atas boleh dilihat sebagai suatu tanda kekuatan dan trend menaik ini berkemungkinan besar akan berterusan.

Semasa trend menurun, penembusan harga di sampul bawah boleh dilihat sebagai suatu tanda kekuatan dan trend menurun ini berkemungkinan besar akan berterusan.

Terlampau Beli dan Terlampau Jual

Semasa pasaran bergerak sidways, Moving Average Envelopes amat berguna untuk mengenalpasti keadaan terlampau beli atau jual. Keadaan ini boleh menyebabkan pembetulan harga di mana harga bergerak balik ke araas purata bergerak.

Ringkasan

Walaupun dasar teorinya agak ringkas, Moving Average Envelopes (ENV) Sampul Purata Bergerak boleh digunakan dengan berkesan. Keupayaan penunjuk ini dalam mengenali arah aliran dan juga keadaan terlampau beli dan terlampau jual adalah berharga dalam menolong penganalisis teknikal. Apabila digabungkan dengan alatan analisa teknikal seperti analisa corak ataupun penunjuk momentum, ENV boleh melengkapkan suatu strategi dagang yang bernas.

Input

Panjang

Tempoh masa untuk menetapkan purata bergerak dan digunakan sebagai asas kepada sampul atas dan sampul bawah (20 adalah tetapan asal).

Peratusan

Peratus yang digunakan untuk jalur-jalur.

Sumber

Menentukan jenis data lilin yang dipakai dalam pengiraan. Tetapan asal adalah harga penutup.

Eksponen

Pilihan sama ada purata bergerak biasa atau purata bergerak eksponen sebagai garis asas.

 Gaya
Asas

Boleh menukar keterlihatan garis Asas dan keterlihatan garis harga yang menunjukkan nilai terkini garis Asas. Boleh juga memilih warna, ketebalan ataupun gaya garisan Asal.

Atas

Boleh menukar keterlihatan Jalur Atas dan keterlihatan garis harga yang menunjukkan nilai terkini Jalur Atas. Boleh juga memilih warna, ketebalan ataupun gaya Jalur Atas.

Bawah

Boleh menukar keterlihatan Jalur Bawah dan keterlihatan garis harga yang menunjukkan nilai terkini Jalur Bawah. Boleh juga memilih warna, ketebalan ataupun gaya Jalur Bawah.

Latar Belakang

Boleh menukar keterlihatan warna latar belakang dalam jalur-jalur. Boleh juga menukar warna dan kelegapan warna.