Keltner Channels (KC)

Definisi

Keltner Channels (KC) indicator adalah satu penunjuk berjalur yang mirip kepada Bollinger Bands dan Moving Average Envelopes. Mereka mempunyai satu Sampul Atas di atas Garisan Tengah dan juga satu Sampul Bawah di bawah Garisan Tengah. Garisan Tengah adalah satu pergerakan purata untuk harga untuk tempoh masa yang ditentukan oleh pengguna. Ia adalam samada menggunakan satu pergerakan purata ringkas atau pergerakan purata eksponen. Sampul Atas dan Bawah adalah ditetapkan (pelbagai yang ditentukan oleh pengguna) untuk satu julat yang jauh dari Garisan Tengah. Ini boleh jadi satu julat beberapa harga tinggi/rendah harian atau yang selalunya digunakan iaitu beberapa Average True Range.

Sejarah

Idea asas untuk penunjuk Keltner Channels adalah diperkenalkan oleh  Chester Keltner di dalam bukunya pada tahun 1960 bertajuk How to Make Money in Commodities. Semenjak itu, idea beliau telah diperkembangkan da dipermudahkan, terutamanya oleh Linda Bradford Raschke. Raschke mempopularkan penggunaan pergerakan purata eksponen untuk garisan tengah dan menggunakan Average True Range untuk sampul-sampul.

Pengiraan

Untuk contoh ini, kami akan menggunakan Tempoh 20 EMA dengan Sampul menggunakan Average True Range dan pengganda 2:

Basis = 20 Period EMA Upper Envelope = 20 Period EMA + (2 X ATR) Lower Envelope = 20 Period EMA - (2 X ATR)

Asas

Seperti mana-mana penunjuk yang dibina menggunakan satu pergerakan purata, penunjuk Keltner Channels (KC) indicator adalah satu penunjuk tertunda. Purata pergerakan adalah bergerak dibelakang harga dan ini termasuk mana-mana jalur atau sampul yang dikira menggunakannya. 

Perkara-perkara yang selalu terjadi yang perlu dilihat apabila menggunakan Keltner Channels adalah penembusan ke atas Sampul Atas atau bawah Sampul Bawah. Satu penembusan di atas Sampul Atas menunjukkan keadaan terlebihbeli. Satu penembusan ke bawah Sampul Bawah menunjukkan keadaan terlebihjual.

Ingat, bahawa apabila menggunakan Keltner Channels, keadaan terlebihbeli/terlebihjual selalunya menunjukkan satu isyarat kekuatan. Dalam satu arah aliran yang jelas, keadaan terlebihbeli dan terlebihjual menunjukkan kekuatan. Dalam kes ini, arah aliran terkini akan menguat dan menyambung semula. Ia bekerja agak lain sedikit jika di dalam pasaran ke sisi. Apabila pasaran bergerak ke sisi, bacaan terlebihbeli dan terlebihjual adalah selalunya akan diikuti dengan harga bergerak balik ke arah pergerakan purata (Garisan Tengah).

Apa yang hendak dilihat

Pengesahan Arah Aliran

Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, pada satu arah aliran yang jelas, penembusan ke atas atau ke bawah sampul-sampul boleh dijadikan sebagai satu isyarat adanya kekuatan di dalam arah aliran.

Semasa satu Arah Aliran Bulis, satu penembusan ke atas sampul atas boleh dilihat sebagai satu isyarat adanya kekuatan dan pergerakan ke atas akan berterusan.

Semasa satu Arah Aliran Bearis, satu penembusan ke bawah sampul bawah boleh dilihat sebagai satu isyarat adanya kekuatan dan pergerakan ke bawah akan berterusan.

Terlebihbeli dan Terlebihjual

Apabila pasaran adalah berombak atau bergerak ke sisi, Keltner Channels boleh berguna untuk mengenalpasti keadaan terlebihbeli dan terlebihjual. Keadaan-keadaan ini boleh selalunya membawa kepada pembetulan harga apabila harga bergerak balik semula ke pergerakan purata (Garisan Tengah).

Kesimpulan

Di dalam pengenalpastian arah aliran dan menentukan aras terlebihbeli dan terlebihjual, penunjuk Keltner Channels boleh melakukan perkara ini dengan effektif. Ia adalah satu daripada penunjuk-penunjuk berjalur yang menyelesaikan tugasanya, dalam cara ia sendiri. Walaupun Keltner Channels boleh digunakan secara berdiri sendiri, ia adalah lebih baik menggunakan mereka dengan alat teknikal analisis tambahan. Analisis sejarah boleh juga berguna untuk menentukan parameter yang betul apabila menetapkan penunjuk. Sekuriti berlainan memerlukan pengganda berbeza untuk melaraskan kelebaran jalur atau sampul.

Input

Rangka Masa Penunjuk

Menentukan rangka masa yang diperlukan untuk penunjuk dikira. Pilihan ini membenarkan KC dikira berdasarkan satu data dari satu rangka masa, contohnya membenarkan KC dikira pada carta 1 jam untuk dipaparkan pada carta 5 minit.

Panjang

Tempoh masa yang digunakan untuk mengira MA yang mencipta tapak untuk Sampul Atas dan Bawah (20 adalah nilai Lalai).

Pengganda

Pengganda hendaklah digunakan untuk jalur-jalur.

Sumber

Menentukan data apa dari setiap bar akan digunakan di dalam pengiraan. Tutup adalah nilai Lalai.

Menggunakan Exponential MA

Menentukan samada satu pergerakan purata ringkas atau eksponen akan digunakan untuk asas.

Jenis Jalur

Menentukan samada julat tinggi/rendah atau average true range akan digunakan untuk jalur-jalur.

Panjang ATR

Tempoh masa yang digunakan untuk mengira Average True Range.

Gaya

Atas

Boleh togol kebolehlihatan Jalur Atas termasuklah kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai sebenar terkini untuk Jalur Atas. Boleh juga digunakan untuk memilih warna Garisan Jalur Atas,, ketebalan garisan dan gaya visual.

Asas

Boleh togol kebolehlihatan Asas termasuklah kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai sebenar terkini untuk Asas. Boleh juga digunakan untuk memilih warna Asas,, ketebalan garisan dan gaya garisan.

Bawah

Boleh togol kebolehlihatan Jalur Bawah termasuklah kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai sebenar terkini untuk Jalur Bawah. Boleh juga digunakan untuk memilih warna Jalur Bawah, ketebalan garisan dan gaya garisan.

Latarbelakang

Boleh togol kebolehlihatan warna satu Latarbelakang di dalam jalur. Boleh juga mengubah Warna dan juga ketelapan.