Belajar menggunakan carta Kagi


KANDUNGAN:

Apakah carta Kagi

Carta Kagi adalah satu jenis carta tertentu yang mengandungi garisan-garisan menegak (hijau untuk atas dan merah untuk bawah) dan garisan-garisan mendatar kecil yang menghubungkan mereka. Sama dengan carta Renko, carta Kagi tidak memfaktorkan masa. Selang masa adalah dibuang sepenuhnya kerana Carta Kagi hanya mengambil kira pergerakan harga.

Perkataan "Kagi" berasal dari seni cetakan blok kayu Jepun. Satu "Kagi" atau "Kunci" ialah alat panduan berbentuk L yang digunakan untuk menyelaraskan kertas dengan baik semasa mencetak. Disebabkan ini, Carta Kagi kadang-kala dirujuk sebagai "Carta kunci."

Dari titik permulaan (selalunya harga tutup pertama), garisan-garisan dilukis sepenuhnya berdasarkan pergerakan harga. Garisan atas (juga dipanggil garisan Yang) dibentuk semasa arah aliran menaik, manakala garisan bawah (garisan Yin) adalah terbentuk semasa arah aliran menurun.

Selagi harga terus bergerak dalam arah semasa, garisan atas dan garisan bawah terkini akan berterusan. Sebaik sahaja harga berbalik secukupnya (bilangan balikan yang diperlukan ditetapkan oleh pedagang), satu garisan mendatar akan dilukis dan satu garisan akan dilukis pada arah berbeza dengan garisan sebelum ini, dengan berhenti pada harga tutup baharu.

Jenis garis

Ada lima jenis garisan berbeza yang boleh dilukis dalam satu Carta Kagi:

  • Garisan atas (garisan Yang): Terbentuk semasa trend menaik
  • Garisan bawah (garisan Yin): Terbentuk semasa trend menurun
  • Garisan atas jangkaan: Semasa satu rangka masa intrahari, satu garisan atas berpotensi yang akan terbentuk berdasarkan kepada harga terkini (sebelum harga penutup sebenar ditetapkan)
  • Garisan bawah jangkaan: Semasa satu selang masa intrahari, satu garisan bawah berpotensi yang akan terbentuk berdasarkan kepada harga terkini (sebelum harga penutup sebenar ditetapkan)
  • Garisan mendatar: Garisan dilukis apabila satu garisan berubah arah. Apabila satu garisan atas bertukar kepada satu garisan bawah, garisan mendatar dikira sebagai satu bahu. Apabila satu garisan bawah bertukar kepada satu garisan atas, garisan mendatar dikira sebagai satu pinggang

Kaedah pengiraan garis

Ada tiga kaedah berbeza untuk mengira garisan:

  • Average true range (ATR):  Menggunakan nilai yang dijana oleh penunjuk Average True Range (ATR). ATR digunakan untuk menyaring hingar biasa atau ketidakstabilan sesebuah instrumen kewangan. Kaedah ATR secara automatiknya menentukan saiz garisan yang bagus. Ia mengira apakah nilai ATR yang sepatutnya dalam carta candlestick biasa dan kemudian menjadikan nilai ini sebagai saiz garisan
  • Tradisional: Menggunakan nilai mutlak ditentukan sebelumnya oleh pengguna (user-pre-defined absolute value) untuk saiz garisan. Garisan baharu hanya dicipta apabila pergerakan harga adalah sekurang-kurangnya sebesar saiz garisan yang ditentukan sebelumnya. Kelebihan kaedah ini adalah ia sangat ringkas dan mudah untuk menentukan bila dan di mana garisan baharu akan terbentuk. Kelemahan kaedah ini pula adalah memilih saiz garisan yang betul untuk instrumen tertentu memerlukan beberapa percubaan
  • Peratusan (LTP): Saiz garisan adalah berdasarkan kepada peratusan yang ditentukan oleh pengguna. Peratusan ini dilaksanakan kepada harga tutup terkini untuk mengira saiz garisan dan dibundarkan kepada saiz tick minimum terdekat dan digunakan secara konsisten merentasi semua bar. Kaedah ini adalah tertakluk kepada penyegaran semula carta (repainting)

Bagaimana menggunakan carta Kagi

Carta Kagi adalah satu pilihan pencartaan yang popular kerana ia mudah untuk difahami. Disebabkan mereka langsung tidak mengambil kira selang masa sama sekali, mereka mempunyai satu cara untuk membuang hingar yang berkaitan. Apabila pergerakan harga merupakan satu-satunya pembolehubah yang dikira, penciptaan garisan baru menjadi satu perkara penting.

Pergerakan harga selalunya perlu menjadi keutamaan untuk membentuk satu perubahan garisan dan perlu sentiasa diambilkira.

Variasi harga kecil dan biasa yang terjadi dari masa ke semasa hendaklah diabaikan. Beberapa aplikasi harian yang biasa untuk Carta Kagi merupakan isyarat dagangan balikan garisan asas, penemuan sokongan dan rintangan dan satu corak balikan berjujukan.

  • Balikan garis atas/garis bawah: Steve Nison, yang mempopularkan Carta Kagi, memberikan penjelasan paling asas: beli dalam yang, jual dalam yin. Secara asasnya, beli dalam satu balikan kepada satu garisan atas dan jual dalam satu balikan kepada satu garisan bawah
  • Sokongan dan rintangan: Selalunya, Carta Kagi menunjukkan kawasan-kawasan sokongan dan rintangan

Nison sendiri mengesyorkan satu isyarat dagangan yang melibatkan menunggu untuk satu jujukan sembilan (selalunya) bahu atau pinggang berturutan. Pedagang boleh mencari satu peluang balikan selepas ke sembilan dilukis.

Tetapan carta Kagi

  • Bar atas: Tukar warna dan garis bar atas
  • Bar bawah: Tukar warna dan garisan bar bawah
  • Bar unjuran atas: Tukar warna dan garis atas bar yang diunjurkan
  • Bar unjuran bawah: Tukar warna dan garis bawah bar yang diunjurkan
  • Kaedah penetapan ukuran kotak: Pilih antara kaedah pengiraan garisan ATR, Tradisional dan Peratusan (LTP)
  • Panjang ATR: Jika ATR dipilih, nilai ini akan menetapkan tempoh pandang belakang ATR (ATR look back period). 14 adalah nilai lalai
  • Jumlah balikan: Jika tradisional, ini menetapkan saiz pergerakan diperlukan untuk melukis satu garisan baru dalam satu arah berbeza
  • Peratusan:   Jika Peratusan (LTP) dipilih, nilai ini akan menetapkan peratusan harga dagangan akhir untuk digunakan sebagai saiz garisan. 1% adalah nilai lalai

Juga baca: