Memahami carta Renko


KANDUNGAN:

Apakah carta Renko

Carta Renko hanya mengukur pergerakan harga. Perkataan "Renko" berasal dari perkataan Jepun iaitu "renga," yang bermaksud "batu bata." Ia bukanlah satu kebetulan kerana carta renko ini dibina atas satu rangkaian batu bata (atau Bar), dimana penciptaannya adalah ditentukan oleh turun naik harga.

Saiz bata Renko akan ditentukan terlebih dahulu oleh pengguna. Setelah harga bergerak lebih besar daripada ukuran bata yang telah ditentukan pengguna, ama ada ke atas atau ke bawah bata terbaru, satu bata baru akan ditambahkan ke carta.

Sebagai contoh, jika saiz bata ditetapkan kepada dua titik dan bata terakhir merangkumi harga dari $52 ke $54, satu bata baharu tidak akan dihasilkan sehinggalah harga menutup pada atau di atas $56, atau pada atau bawah $50. Jika harga menutup antara $56 dan $58, bata baharu ini akan diletakkan pada $56.

Terdapat dua peraturan mengenai penempatan bata:

  • Bucu bata akan sentiasa bersentuhan antara satu sama lain
  • Tidak boleh ada lebih dari satu bata dalam satu lajur menegak

Jenis bata

Terdapat empat jenis bata yang berbeza yang dihasilkan oleh carta Renko:

  1. Bata atas: Bata yang terbentuk di atas bata sebelumnya
  2. Bata bawah: Bata yang terbentuk di bawah bata sebelumnya
  3. Unjuran bata atas: Dalam jangka waktu sehari, potensi bata yang akan terbentuk berdasarkan harga semasa (sebelum harga penutupan sebenar ditetapkan)
  4. Unjuran bata bawah: Dalam jangka waktu sehari, bata bawah yang berpotensi akan terbentuk berdasarkan harga semasa (sebelum harga tutup sebenar ditetapkan)

Kaedah pengiraan bata

Terdapat tiga kaedah yang berbeza untuk mengira bata:

  • Average True Range (ATR):Menggunakan nilai yang dihasilkan oleh penunjuk Average True Range (ATR). ATR digunakan untuk menyaringi hingar dan turun naik instrumen kewangan. Kaedah ATR secara automatik menentukan ukuran bata yang bagus. Ia mengira nilai ATR dalam carta candlestick biasa dan kemudiannya menjadikan nilai ini sebagai ukuran bata.
  • Tradisional:  Menggunakan nilai mutlak yang ditentukan oleh pengguna untuk ukuran bata. Bata baru hanya dibuat apabila pergerakan harga sekurang-kurangnya sebesar ukuran bata yang telah ditentukan. Kelebihan kaedah ini adalah ia sangat mudah untuk dijangkakan bila dan di mana bata baru akan terbentuk. Kelemahannya pula ialah memilih ukuran bata yang betul untuk instrumen tertentu kerana ia memerlukan beberapa kali percubaan. Biasanya, adalah pilih ukuran bata yang kira-kira 1/20 dari nilai semasa instrumen
  • Peratusan (LTP): Saiz kotak adalah berdasarkan kepada peratusan yang ditentukan pengguna. Peratusan tertentu ini digunakan kepada harga penutup terkini untuk mengira saiz kotak, dan kemudian membundarkannya kepada saiz tick minimum terdekat dan digunakan secara konsisten merentasi semua bar. Pendekatan pengiraan ini adalah tertakluk kepada penyegaran semula

Pengiraan bata Renko yang tepat memerlukan data tick. TradingView menggunakan nilai tutup resolusi carta atau nilai OHLC.

Contohnya, carta Renko 10 minit akan menggunakan penutupan 10 minit untuk menghasilkan satu bata. Hanya apabila selang 10 minit tamat, semua bata dihasilkan terkunci dalam sejarah Renko. Oleh itu, selang masa yang lebih kecil akan menghasilkan batu bata Renko berdasarkan tick selari yang lebih tepat.

Bar unjuran adalah diperlukan sementara selang carta semasa masih belum belum tamat.

Sebagai contoh, dalam selang waktu 10 minit, satu atau lebih batu bata unjuran mungkin kelihatan kerana pergerakan tutup semasa bergerak menuju ambang bata seterusnya dan seterusnya. Bata unjuran hanya berlaku untuk data masa nyata, antara nilai selang carta. Data ini hilang semasa carta dimuat semula. Jika carta Renko menunjukkan nilai yang salah, anda boleh menemui jawapan dalam Pusat Pengetahuan kami.

Bagaimana menggunakan carta Renko

Tingkatan sokongan dan rintangan: Seringkali ketika menggunakan Carta Renko, julat perdagangan muncul apabila bar yang dihasilkan di antara tahap sokongan dan rintangan.

Pecah keluar: Pemecahan keluar (breakout) berlaku apabila bar mula dihasilkan dalam arah yang ditentukan setelah tempoh perdagangan dalam julat perdagangan yang disokong oleh sokongan dan rintangan.

Terlebih beli / Terlebih Jual: Contoh yang baik menggunakan petunjuk tambahan dalam carta Renko untuk mengenal pasti isyarat perdagangan akan menggunakan RSI bersama-sama dengan bar Renko untuk menentukan tahap terlebih beli atau terlebih jual.

! Nota:  Harga bata Renko sememangnya sintetik kerana sifatnya dan disebabkan itu, mereka tidak mencerminkan harga pasaran pada mana-mana masa yang tepat, seperti bar yang normal. Walaupun bata Renko dapat memberikan tafsiran yang berguna mengenai aktiviti harga dalam perdagangan, menggunakannya untuk pengujian belakang adalah tidak digalakkan. Ini kerana pengisian pesanan mesti menggambarkan harga pasaran sebenar pada waktu tertentu. Pesanan pengujian belakang (backtesting) yang diisi pada harga carta Renko mempunyai risiko tidak tepat. Jika strategi anda memberikan keputusan tidak realistik pada jenis carta bukan standard, anda boleh membaca lebih lanjut mengenai perkara ini di Pusat Pengetahuan kami.

Tetapan carta Renko

  • Bar Atas: Tukar warna dan garis bar atas
  • Bar Bawah: Tukar warna dan garisan bar bawah
  • Bar Unjuran Atas: Tukar warna dan garis atas bar yang diunjurkan
  • Bar Unjuran Bawah: Tukar warna dan garis bawah bar yang diunjurkan
  • Sumber: Boleh memilih antara tutup dan OHLC
  • Kaedah Penetapan Ukuran Kotak: Boleh memilih antara kaedah pengiraan bata ATR, kaedah pengiraan bata tradisional dan kaedah pengiraan bata (LTP) peratusan
  • Panjang ATR: Sekiranya ATR adalah kaedah pengiraan bata yang dipilih, nilai ini akan menetapkan tempoh masa lihat balik ATR. 14 adalah lalai
  • Saiz Kotak:  Jika radisional adalah kaedah pengiraan bata yang dipilih, nilai ini adalah ukuran bata yang ditentukan pengguna
  • Peratusan: Jika peratusan (LTP) adalah kaedah pengiraan bata yang dipilih, nilai ini akan menentukan peratusan harga dagangan akhir untuk digunakan sebagai saiz kotak. 1% adalah nilai lalai

Juga baca: