TRIX
Definisi
Penunjuk TRIX digunakan di dalam analisa teknikal sebagai satu pengayun momentum. Ia terdiri daripada kadar perubahan untuk satu pergerakan purata yang dilicinkan oleh tiga eksponen. Isyarat utama dikeluarkan oleh TRIX adalah pencapahan dan pelintas-pelintas garisan isyarat.
Sejarah
TRIX telah diperkenalkan pada awal 1980 oleh Jack Hutson yang merupakan editor untuk majalah Technical Analysis of Stocks and Commodities.
Pengiraan
Ada empat komponen di dalam pengiraan TRIX:
1. Single Smoothed EMA = 18 Period EMA of Closing Price.
2. Double Smoothed EMA = 18 Period EMA of the Single Smoothed EMA.
3. Triple Smoothed EMA = 18 Period EMA of the Double Smoothed EMA.
4. TRIX = 1 Period Percent Change of Triple Smoothed EMA.
Ada juga satu garisan isyarat iaitu EMA untuk garisan TRIX.
Asas
TRIX boleh diterjemahkan bahawa apabila nilai adalah positif, momentum adalah menaik dan apabila nilai adalah negatif, momentum adalah menurun. Perlu diketahui juga bahawa, dengan mana-mana penunjuk yang berasaskan pergerakan purata, ada lat di bina secara semulajadi di dalam penunjuk. Ia juga boleh dikatakan bahawa TRIX adalah sangat mirip kepada MACD, akan tetapi TRIX mempunyai satu garisan yang lebih lancar.
Apa untuk dilihat
Pencapahan
Pencapahan terjadi apabila aksi dan pergerakan harga adalah tidak disahkan oleh bacaan penunjuk. Ini boleh menjadi satu isyarat bahawa momentum yang ada tidak menyokong harga dan satu pembalikan ada berpotensi untuk terjadi.
- Pencapahan Bulis TRIX adalah apabila harga jatuh tetapi KST menaik.
- Pencapahan Bearis TRIX adalah apabila harga naik tapi KST makin jatuh.
Pelintas
Ada dua jenis pelintas yang berbeza apabila menganalisa TRIX. Ada pelintas Garisan Kosong termasuk juga pelintas garis isyarat. Pelintas Garisan Kosong selalunya mempunyai lat dan tidak selalunya boleh digunakan. There are Zero Line crossovers as well as signal line crossovers. Zero Line crossovers typically have a lot of lag and are not always reliable. Pelintas garis isyarat pula boleh menandakan satu perubahan di dalam momentum.
- Apabila garisan TRIX adalah negatif tetapi masih bersilang di atas garis isyarat, momentum ke atas semakin menaik.
- Apabila garisan TRIX adalah positif tetapi masih bersilang di bawah garis isyarat, momentum ke bawah semakin menaik.
Kesimpulan
TRIX adalah satu alat teknikal analisis yang serba boleh yang menggabungkan arah aliran dan momentum di dalam satu penunjuk. Rangka masa lebih pendek atau lebih sensitif, dan makin panjang rangka masa mengurangkan kepekaan. Ingat, bahawa semakin panjang tempoh untuk TRIX, semakin lat akan nampak di dalam penunjuk. Ini adalah benar untuk mana-mana penunjuk yang menggunakan purata pergerakan.