Rate of Change (ROC)

Definisi

Penunjuk Rate of Change (ROC) adalah satu pengayun momentum. Ia mengira perubahan peratusan di antara tempoh-tempoh. ROC mengambil harga semasa dan membandingkannya kepada satu tempoh harga "n" (yang ditentukan pengguna) dahulu. Nilai dikira kemudiannya diplotkan dan bergerak ke atas dan bawah satu Garisan Sifar (Zero Line). Seorang penganalisa teknikal boleh menggunakan Rate of Change (ROC) untuk pengecaman arah aliran (trend identification), dan mengenalpasti keadaan terlebih beli dan terlebih jual (overbought/oversold).

Pengiraan

n = A user defined number
ROC = [(CurrentClose - Close n periods ago) / (Close n periods ago)] X 100

Asas

Rate of Change (ROC) adalah jelas berkait rapat dengan harga. Apabila harga menaik, nilai ROC kekal di atas Garisan Sifar (positif) dan apabila ia jatuh, ia kekal di bawah Garisan Sifar (negatif).

Juga perlu diingatkan bahawa walaupun ROC adalah satu pengayun (oscillator), ia tidak dikekang kepada satu julat tetap. Ini kerana tiada had kepada sejauh mana satu sekuriti akan bergerak naik dalam harga tetapi ada had untuk sejauh mana ia akan menurun. Jika harga pergi ke $0, ia dengan jelas tidak akan menurun lagi. Kerana ini, ROC boleh kadangkala kelihatan tidak seimbang.

Apa yang perlu diperhatikan

Mengenalpasti Arah Aliran

Penunjuk Rate of Change (ROC) boleh menjadi satu alat yang bagus untuk mengenalpasti arah aliran jangka panjang keseluruhan untuk satu instrumen kewangan. Ia tidak akan memberikan isyarat secara tunggal, tetapi ia dapat membantu mengesahkan keadaan isyarat yang lain. 

Terlebih beli dan Terlebih jual (Overbought and Oversold)

Seperti disebutkan di atas, ROC bukanlah julat terhad (range bound) seperti pengayun lain. Ini kerana, mengenalpasti keadaan terlebih beli dan terlebih jual boleh menjadi tidak mudah. Mengetahui di mana untuk meletakkan ambang terlebih beli dan terlebih jual boleh menjadi agak sukar. Cara terbaik untuk melakukan ini, adalah dengan menggunakan penyelidikan dan analisa sejarah. Seorang penganalisa teknikal boleh melihat kepada pergerakan harga terdahulu berbanding kepada ROC untuk mendapatkan gambaran lebih baik bila sesuatu instrumen itu betul-betul terlebih beli atau terlebih jual.

Kesimpulan

Dengan penunjuk Rate of Change (ROC) adalah penting untuk diingatkan bahawa adalah lebih baik melihatnya sebagai hanya satu cebis dari teka-teki. ROC boleh menjana beberapa isyarat (seperti dilihat dengan keadaan terlebih beli dan terlebih jual). Akan tetapi, ia akan menjadi sangat efektif apabila mengesahkan isyarat atau keadaan yang dikenalpasti dengan analisis teknikal tambahan. Momentum adalah satu faktor yang sangat penting apabila menganalisa pergerakan harga dan ROC menganalisa momentum dengan sangat baik. Disebabkan itu, ia merupakan satu alat analisa teknikal yang sangat berguna.

Input

Panjang (Length)

Tempoh masa yang digunakan untuk mengira ROC. 9 adalah lalai.

Sumber (Source)

Menentukan data mana dari setiap bar akan digunakan dalam pengiraan. Tutup adalah lalai.

Gaya

ROC

Boleh togol kebolehlihatan ROC termasuk juga kebolehlihatan garisan harga yang menunjukkan nilai terkini sebenar untuk ROC. Juga boleh memilih warna ROC, ketebalan garisan dan jenis visual.

Ketepatan (Precision)

Menetapkan bilangan tempat perpuluhan untuk diletakkan pada nilai penunjuk sebelum dibundarkan. Semakin tinggi nombor ini, semakin banyak titik perpuluhan akan berada pada nilai penunjuk.