Price Volume Trend (PVT)
Definisi
Penunjuk Price Volume Trend (PVT) ialah satu penunjuk berasaskan momentum yang digunakan untuk mengukur aliran wang (money flow). PVT adalah hampir sama dengan alat analisa teknikal lain; On Balance Volume (OBV) dimana ia merupakan satu pengumpulan volum. Untuk OBV, ia menambah atau menolak jumlah volum harian bergantung kepada sama ada ia satu hari naik atau hari turun, PVT hanya menambah atau menolak satu bahagian dari volum harian. JBilangan volum ditambah atau ditolak dari jumlah PVT adalah bergantung kepada bilangan harga naik atau turun pada hari terkini berbanding penutup semalam. Price Volume Trend (PVT) secara utama boleh digunakan untuk mengesahkan arah aliran dan juga mengecam isyarat dagangan berpotensi disebabkan pencapahan (divergence).
Pengiraan
PVT = [((CurrentClose - PreviousClose) / PreviousClose) x Volume] + PreviousPVT
Asas
Price Volume Trend (PVT) digunakan untuk mengukur momentum atau tekanan jualan dan belian. Apabila harga dilaraskan volum pada hari naik melepasi harga dilaraskan volum pada hari turun, PVT akan naik. Apabila harga dilaraskan volum pada hari turun melepasi harga dilaraskan volum pada hari naik, PVT akan turun. Ini bermaksud bahawa apabila PVT naik, tekanan belian akan naik dan apabila PVT turun, tekanan jualan akan naik. Teori asas di belakang penunjuk Price Volume Trend adalah volum mendahului harga. Ini adalah penting kerana ia membenarkann PVT digunakan untuk beberapa tujuan berlainan. Ia boleh digunakan untuk pengecaman arah aliran umum atau pengesahan. Ia juga boleh digunakan untuk menjangkakan pergerakan harga selepas pencapahan (divergence).
Apa yang perlu diperhatikan
Mengenalpasti Arah Aliran
Price Volume Trend (PVT), seperti juga On Balance Volume (OBV), adalah berguna untuk pengecaman atau pengesahan arah aliran keseluruhan. Ini berguna untuk mengesahkan isyarat atau persediaan (setup) yang dibuat dengan isyarat tambahan yang bergantung kepada keupayaan untuk mengenalpasti arah aliran untuk menjadi efektif. Juga berdasarkan kepada teori bahawa ayunan (swing) dalam aliran volum dilaraskan harga positif dan negatif (tekanan belian dan jualan) mendahului perubahan dalam harga, PVT juga boleh mengecam balikan arah aliran (trend reversal) yang mungkin akan terjadi. Ramai penganalisa teknikal percaya PVT adalah lebih tepat untuk mewakili keadaan pasaran kerana volum adalah dilaraskan berdasarkan harga (price adjusted). Selalunya, PVT akan mengikut pergerakan harga pasaran dengan sangat rapat.
Pencapahan (Divergence)
Pencapahan terjadi apabila pergerakan harga tidak disahkan oleh penunjuk. Dalam banyak kes, pencapahan sebegini boleh memberikan petunjuk satu balikan akan terjadi. Ini disebabkan tujuan disebalik penunjuk PVT iaitu ayunan volum positif dan negatif dilaraskan harga didahului oleh perubahan dalam harga.
Pencapahan PVT Bulis terjadi apabila harga menurun tetapi PVT menaik.
Pencapahan PVT Bearis terjadi apabila harga menaik tetapi PVT menurun.
Kesimpulan
Price Volume Trend (PVT) adalah satu alat penunjuk analisa teknikal yang bagus untuk mengukur tekanan jualan dan belian. Ramai orang percaya bahawa tekanan jualan dan belian mendahului perubahan dalam harga, menjadikan penunjuk ini sangat berharga. Pencapahan, hendaklak dilihat sebagai satu balikan yang berpotensi berlaku dalam arah aliran semasa. Perlu diingatkan bahawa penunjuk ini hampir serupa dengan penunjuk On Balance Volume (OBV). Akan tetapi, ia selalunya dilihat sebagai lebih terikat dengan rapat kepada pergerakan harga semasa kerana ia mengumpulkan volum dilaraskan harga (price adjusted volume) dan bukannya jumlah volum. Dan sama dengan penunjuk yang lain, adalah lebih baik untuk menggunakan PVT dengan alat analisa teknikal tambahan.
Gaya
PVT
Boleh togol kebolehlihatan PVT termasuk juga kebolehlihatan garisan harga yang menunjukkan nilai terkini sebenar untuk ADL. Juga boleh memilih warna ADL, ketebalan garisan dan jenis visual (Garisan ialah lalai).