Price Oscillator Indicator (PPO)

Definisi

Penunjuk Price Oscillator (PPO) ialah satu alat analisa teknikal yang digunakan untuk mengukur momentum yang menyerupai MACD. MACD menggunakan dua Moving Average dalam panjang yang berbeza (yang merupakan penunjuk susulan) untuk mengenalpasti arah dan tempoh arah aliran. Kemudian, MACD mengambil perbezaan dalam nilai-nilai di antara dua Moving Averages (MACD Line) dan satu EMA dari Moving Averages (Signal Line) itu dan memplotkan perbezaan di antara dua garisan sebagai satu histogram yang berayun di atas dan ke bawah garisan tengah Kosong.


PPO adalah sama, akan tetapi ia mengambil nilai-nilai yang sama pada MACD dan mengira mereka sebagai peratusan. Tujuannya, menjadikan perbezaan nilai lebih mudah dan terus disepanjang tempoh masa yang lebih lama.

Pengiraan

PPO Line: {(12-day EMA - 26-day EMA)/26-day EMA} x 100

Signal Line: 9-day EMA of PPO

PPO Histogram: PPO - Signal Line

Asas

Ada tiga komponen besar pada penunjuk Price Oscillator (PPO). Untuk memahami sepenuhnya, penunjuk, setiap daripanya perlu difahami.

Tiga Komponen Utama

PPO Line
  • PPO Line adalah hasil daripada mengambil tempoh EMA lebih panjang dan menolaknya dari satu EMA yang mempunyai tempoh lebih pendek. Hasilnya akan dibahagikan dengan tempoh EMA lebih panjang dan didarabkan dengan 100.
  • Nilai-nilai yang paling selalunya digunakan adalah 26 hari untuk tempoh EMA lebih panjang dan 12 hari untuk tempoh EMA lebih pendek, tetapi itu bergantung kepada pilihan pedagang.
Signal Line
  • Signal Line ialah satu EMA untuk garisan PPO yang dijelaskan dalam Komponen 1.
  • Pedagang boleh memilih panjang tempoh masa EMA untuk digunakan untuk Signal Line, akan tetapi nilai 9 adalah selalunya digunakan.
Histogram PPO
  • Dengan pergerakan masa, perbezaan di antara PPO Line dan Signal Line akan terus berbeza. Histogram PPO  mengambil perbezaan dan memplotkannya kepada histogram yang mudah dibaca. Perbezaan di antara dua garisan berayun sepanjang satu Zero Line.
  • Apabila Histogram PPO adalah di atas Zero Line, PPO dikira positif dan apabila ia di bawah Zero Line, PPO dikira negatif.

Satu penjelasan umum untuk PPO ialah apabila PPO ialah positif dan nilai histogram menaik, kemudian momentum ke atas semakin menaik. Bila PPO ialah negatif, nilai histogram menurun, kemudian momentum ke bawah semakin menaik.

Apa perlu dilihat

Penunjuk PPO selalunya bagus untuk mengenalpasti tiga jenis isyarat asas; Signal Line Crossovers, Zero Line Crossovers, dan Divergence.

Signal line crossovers

Signal Line Crossover ialah isyarat yang paling biasa dikeluarkan oleh PPO. Pertamanya, seseorang hendaklah mempertimbangkan bahawa Signal Line ialah satu penunjuk untuk satu penunjuk. Signal Line ialah mengira Moving Average untuk PPO Line. Jadi, Signal Line akan berada di belakang PPO Line. Disebabkan itu, pada keadaan di mana PPO Line melewati ke atas atau ke bawah Signal Line, ia boleh menandakan adanya satu pergerakan yang kuat.

Kekuatan pergerakan yang menentukan jangka masa Signal Line Crossover. Memahami dan mampu menganalisa kekuatan pergerakan, termasuklah mampu mengenalpasti isyarat palsu adalah satu kemahiran yang memerlukan pengalaman.

Jenis pertama Signal Line Crossover untuk diperiksa adalah Bullish Signal Line Crossover. Bullish Signal Line Crossovers terjadi apabila PPO Line melewati Signal Line.

Jenis kedua Signal Line Crossover untuk diperiksa ialah Bearish Signal Line Crossover. Bearish Signal Line Crossovers terjadi apabila PPO Line merentasi bawah Signal Line.

Zero line crossovers

Zero Line Crossovers mempunyai  persamaan yang sangat sama dengan Signal Line Crossovers. Selain daripada merentasi Signal Line, Zero Line Crossovers terjadi bila PPO Line merentasi Zero Line dan sama ada menjadi positif (atas 0) atau negatif (bawah 0).

Jenis pertama Zero Line Crossover untuk diperiksa ialah Bullish Zero Line Crossover. Bullish Zero Line Crossovers terjadi apabila PPO Line melewati atas Zero Line dan pergi dari negatif ke positif.

Jenis kedua of Zero Line Crossover untuk diperiksa ialah Bearish Zero Line Crossover. Bearish Zero Line Crossovers terjadi apabila PPO Line melewati  bawah Zero Line dan pergi dari positif ke to negatif.

Divergence  

Divergence  ialah isyarat lain yang dicipta oleh PPO. Secara mudah, divergence ialah apabila PPO dan harga sebenar tidak sama.

Sebagai contoh, Bullish Divergence terjadi apabila harga merekodkan satu kerendahan lebih rendah, tetapi PPO merekodkan satu satu kerendahan lebih tinggi. Pergerakan harga boleh memberikan bukti untuk arah aliran semasa, akan tetapi perubahan dalam momentum seperti yang terjadi oleh PPO kadang kala boleh mendahului satu balikan yang ketara.

Bearish Divergence ialah, sudah tentunya, terbalik. Bearish Divergence terjadi bila harga merekodkan satu ketinggian lebih tinggi sementara PPO merekodkan ketinggian lebih rendah.

Kesimpulan

Penunjuk Price Oscillator (PPO) ialah satu penunjuk yang sangat bernilai. Seperti MACD, ia mengambil dua penunjuk susulan dan menambahkan aspek momentum di mana ia lebih mudah diramalkan. Adalah penting untuk tidak melupakan persamaan di antara MACD dan PPO. Mereka hampir serupa. Perbezaannya hanyalah pengiraan PPO dipulangkan sebagai satu peratusan.