Penunjuk Multi-Time Period Charts
Penunjuk Multi-Time Period Charts (MTPC) memaparkan data dari bar-bar higher-timeframe (HTF) terus pada carta. Ia melukis kotak-kotak dikodkan warna mewakili julat-julat HTF berdasarkan kepada harga standard atau nilai Heikin Ashi, membolehkan analisis bar berbilang rangka masa tanpa perlu untuk menukar rangka masa atau jenis carta.

Pengiraan
Penunjuk mengira julat bar untuk rangka masa dipilih atau rangka masa ditentukan secara automatik, bergantung kepada input "Rangka masa automatik". Jadual di bawah menunjukkan rangka masa yang mana lebih tinggi yang dipilih penunjuk, berdasarkan kepada rangka masa carta, apabila "Rangka masa automatik" diaktifkan:
| Rangka masa carta | Rangka masa lebih tinggi |
| Saat | 2 jam |
| Rendah daripada 1 hari dan bukanlah rangka masa berdasarkan saat | 1 hari |
| Tinggi daripada atau sama dengan 1 hari dan lebih rendah daripada 1 minggu | 1 minggu |
| Tinggi daripada atau sama dengan 1 minggu dan lebih rendah daripada 1 bulan | 1 bulan |
| Tinggi daripada atau sama dengan 1 bulan dan lebih rendah daripada 3 bulan | 3 bulan |
| Tinggi daripada atau sama dengan 3 bulan | 12 bulan |
Menggunakan data standard atau Heikin Ashi untuk rangka masa dipilih lebih tinggi, penunjuk melukis kotak-kotak untuk bar HTF berturut-turut. Setiap kotak bermila pada bar carta di mana tempoh masa HTF dibuka dan berakhir pada bar di mana tempoh masa ditutup. Julat yang ditunjukkan oleh kotak untuk setiap bar HTF adalah bergantung kepada tetapan "Pengiraan" yang dipilih:
| Pengiraan | Penjelasan |
| Julat Tinggi/Rendah | Kotak atas = Harga tinggi Kotak bawah = Harga rendah |
| Julat Buka/Tutup | Kotak atas = Harga buka dan tutup maksimum Kotak bawah = Harga buka dan tutup minimum |
| OHLC | Dua kotak setiap bar HTF: satu untuk julat tinggi-rendah dan satu untuk julat buka-tutup |
| True Range | Kotak atas: Maksimum tinggi semasa dan tutup HTF sebelum Kotak bawah: Minimum rendah semasa dan tutup HTF sebelum |
Sempadan dan warna isian untuk setiap kotak bergantung kepada harga buka standard atau Heikin Ashi dan harga tutup bar HTF. Secara lalai, kotak-kotak menunjukkan:
- Warna merah jika harga tutup bar HTF adalah kurang daripada harga bukanya
- Warna teal jika harga tutup bar HTF adalah lebih besar daripada atau sama dengan harga bukanya
!Nota: Penunjuk ini memaparkan sehingga ~500 kotak merangkumi bar HTF paling terkini. Anda boleh melihat kotak untuk bar-bar terawal dengan menggunakan mod Ulangan Bar.Input

Rangka masa automatik
Jika dipilih, penunjuk memilih rangka masa pengiraan secara automatik berdasarkan kepada rangka masa carta semasa, menggunakan logik yang dijelaskan dalam jadual pertama dari bahagian sebelumnya. Jika tidak dipilih, penunjuk menggunakan rangka masa yang dijelaskan oleh input "Rangka masa".
Rangka masa
Rangka masa lebih tinggi yang digunakan penunjuk apabila "Rangka masa automatik" tidak dipilih. Input ini memberikan kawalan terus pada pengiraan rangka masa untuk kes di mana pemilihan automatik tidak memenuhi keperluan anda.
Pengiraan
Menentukan julat di mana kotak dilukis diwakili. Jadual kedua dalam bahagian "Pengiraan" utama di atas menjelaskan setiap pilihan yang mungkin dan bagaimana ia berfungsi.
Paparkan nilai Heikin Ashi
Jika dipilih, penunjuk menggunakan nilai Heikin Ashi dari rangka masa lebih tinggi untuk pengiraan kotak. Sebaliknya, ia menggunakan nilai harga standard.
Guna nilai berasaskan harian
Jika dipilih, penunjuk secara terus memohon data untuk rangka masa harian dan lebih tinggi. Sebaliknya, penunjuk mengira data HTF menggunakan bar-bar pada rangka masa carta. Dua gelagat boleh menghasilkan keputusan berbeza untuk beberapa simbol, seperti ekuiti, di mana maklumat tambahan daripada bar intrahari, seperti data dari extended trading hours (ETH), mungkin tidak dimasukkan di dalam permintaan rangka masa lebih tinggi.
Sempadan dan warna isian
Input-input ini menjelaskan sempadan dan warna isian untuk kotak dilukis untuk bar "atas" (bar di mana tutup ≥ buka) dan bar "bawah" (bar di mana tutup < buka) secara berasingan.