On Balance Volume (OBV)
Definisi
Penunjuk On Balance Volume (OBV) digunakan dalam analisa teknikal untuk mengukur tekanan belian dan jualan. Ia merupakan penunjuk kumulatif yang bermaksud pada hari-hari di mana harga naik, volum pada hari itu ditambahkan kepada jumlah OBV kumulatif. Jika harga turun, volum hari itu ditolak dari jumlah OBV. Nilai OBV kemudiannya diplotkan sebagai satu garisan untuk memudahkan pemahaman. On Balance volume selalunya digunakan untuk mengesahkan atau mengenalpasti arah aliran harga (price trend) keseluruhan atau meramalkan pergerakan harga selepas pencapahan (divergence).
Sejarah
On Balance Volume (OBV) dicipta oleh Joe Granville dan diperkenalkan dalam buku nya New Key To Stock Market Profits pada tahun 1963. Penunjuk ini terkenal dalam sejarah kerana ia merupakan salah satu daripada penunjuk yang mula-mula mengambilkira aliran volum positif dan negatif.
Pengiraan
On Balance Volume mempunyai satu daripada pengiraan paling mudah dalam analisa teknikal. Ia hanya menggunakan fungsi penambahan dan penolakan berdasarkan kepada beberapa keadaan.
1. Jika Harga Tutup Terkini (Current Closing Price) lebih besar dari Harga Tutup Sebelum (Prior Closing Price):
Previous OBV + Current Volume = Current OBV
2. Jika Harga Tutup Terkini kurang dari Harga Tutup Sebelum:
Previous OBV - Current Volume = Current OBV
3. Jika Harga Tutup Terkini sama dengan Harga Tutup Sebelum:
Previous OBV = Current OBV
Asas
Bila volum pada hari naik melebihi volum pada hari turun, OBV akan menaik. Bila volum pada hari turun melebihi volum pada hari naik, OBV akan menurun. Ini bermakna, bila OBV naik, tekanan belian menaik dan apabila OBV turun, tekanan jualan menaik. Teori asas untuk penunjuk On Balance Volume adalah volum mendahului harga. Ini penting kerana ia membenarkan OBV digunakan untuk beberapa tujuan berbeza. Ia boleh digunakan untuk mengenalpasti dan pengesahan arah aliran umum (general trend). Ia juga boleh digunakan untuk menjangkakan pergerakan harga selepas pencapahan (divergence).
Apa yang perlu diperhatikan
Mengenalpasti Arah Aliran
On Balance Volume (OBV) adalah berguna untuk mengenalpasti dan mengesahkan arah aliran keseluruhan. Ini berguna untuk mengesahkan isyarat dan persediaan (setup) yang dijana oleh isyarat tambahan yang bergantung kepada kemampuan untuk mengenalpasti arah aliran untuk menjadi efektif. Selain daripada itu, berdasarkan kepada teori bahawa ayunan (swing) dalam volum positif dan negatif (tekanan belian dan jualan) mendahului perubahan dalam harga, OBV juga boleh mengecam balikan arah aliran (trend reversal) yang mungkin akan terjadi.
Pencapahan (Divergence)
Pencapahan terjadi apabila pergerakan harga tidak disahkan oleh penunjuk. Dalam banyak kes, pencapahan sebegini boleh memberikan petunjuk satu balikan akan terjadi. Ini adalah lebih penting kerana tujuan disebalik penunjuk OBV iaitu ayunan volum positif dan negatif mendahului perubahan dalam harga.
Pencapahan OBV Bulis terjadi apabila harga menurun tetapi OBV menaik.
Pencapahan OBV Bearis terjadi apabila harga menaik tetapi OBV menurun.
Kesimpulan
Penunjuk On Balance Volume indicator (OBV) adalah satu metrik yang bagus untuk mengukur tekanan jualan dan belian. Ramai orang percaya bahawa tekanan jualan dan belian mendahului perubahan dalam harga, menjadikan penunjuk ini sangat berharga. Pencapahan, hendaklak dilihat sebagai satu balikan yang berpotensi berlaku dalam arah aliran semasa. Dan sama dengan penunjuk yang lain, adalah lebih baik untuk menggunakan OBV dengan alat analisa teknikal tambahan.
Gaya
OnBalanceVolume
Boleh togol kebolehlihatan OBV termasuk juga kebolehlihatan garisan harga yang menunjukkan nilai terkini sebenar untuk ADL. Juga boleh memilih warna ADL, ketebalan garisan dan jenis visual (Garisan ialah lalai).