Petak bual
Aplikasi
Alat ini hampir sama dengan satu belon. Perbezaannya ialah petak bual membenarkan pengguna memanjangkan titiknya dari satu lokasi tertentu kepada satu penempatan yang lebih tersuai.
Gaya
Semua pilihan yang ada untuk satu teks di dalam petak bual, boleh ditetapkan di dalam dialog sifat Gaya:
Pilihan Umum
Membenarkan anda menukar warna teks, saiz fon, tetapkan fon tebal atau condong.
KOTAK TEKS
Di mana teks ditaip.
LATARBELAKANG
Togol kebolehlihatan, warna dan had kelegapan untuk satu latarbelakang kotak teks.
SEMPADAN
Togol kebolehlihatan satu sempadan untuk kotak teks. Juga menukar warna sempadan.
BALUTAN TEKS
Aktifkan/Nyahaktif balutan teks dalam kotak teks.
Koordinat
Dalam dialog sifat Koordinat, anda boleh menetapkan dengan tepat posisi titik dan bentuk untuk petak bual secara menegak (dengan menetapkan harga) dan secara mendatar (dengan menetapkan bilangan bar):
Harga 1
Membenarkan penempatan tepat untuk titik petak bual (Harga 1) menggunakan satu bilangan bar dan harga.
Harga 2
Membenarkan penempatan tepat untuk bentuk petak bual (Harga 2) menggunakan satu bilangan bar dan harga.
Kebolehlihatan
Dalam dialog sifat kebolehlihatan, anda boleh menukar alat Petak Bual yang dipaparkan pada carta pada rangka masa berbeza: