Segiempat

Penggunaan

Ini adalah satu alat mudah untuk melukis segiempat pada carta. Ia selalunya digunakan untuk menyerlahkan satu kawasan yang diminati.

Jika anda mahu melukis satu segiempat, tekan kekunci Shift semasa melukis.

Gaya

Dalam tetingkap tetapan, pada tab Gaya, anda boleh menukar rekabentuk segiempat yang telah dilukis.

Sempadan

Tetapkan warna dan ketebalan sempadan.

Garisan tengah

Aktifkan garisan tengah dan tetapkan warna, ketebalan dan jenis garisan.

Latarbelakang

Togol kebolehlihatan, warna dan tingkatan ketelusan untuk latar belakang segiempat.

Panjangkan ke kanan

Panjangkan segiempat ke kanan tanpa had.

Panjangkan ke kiri

Panjangkan segiempat ke kiri tanpa had.

Teks

Dalam tetingkap tetapan pada tab Teks, anda boleh menambahkan satu nota teks.

Menggunakan tetapan yang sesuai, anda boleh menetapkan warna, saiz, gaya fon dan lokasi yang dikehendaki.

You can also edit the text of a rectangle directly on the chart – you just need to click on the text field in the center of the drawing, and you can type. 

Anda boleh mengedit teks segi empat terus pada carta – anda hanya perlu klik pada ruangan teks di tengah-tengah lukisan dan taip.

Koordinat

Dalam tetingkap tetapan pada tab Koordinat, anda boleh menetapkan posisi titik-titik segiempat pada skala harga (dengan menetapkan harga) dan paksi masa (dengan menetapkan bilangan bar).

Kebolehlihatan

Dalam tetingkap tetapan, pada tab Kebolehlihatan, anda boleh menkonfigurasikan rangka masa mana segiempat dipaparkan pada carta.