Ramalan
Aplikasi
Ramalan ialah satu alat lukisan yang sangat berguna, terutamanya apabila digunakan dalam konteks untuk berkongsi idea-idea dagangan dengan semua komuniti TradingView. Ramalan membenarkan pengguna meletakkan satu harga masuk dan keluar untuk satu dagangan. Akan tetapi, ia juga membenarkan pengguna menyatakan tempoh perdagangan dengan memanjangkan garisan ramalan. Semakin masa bergerak (dan harga berubah), ramalan akan secara automatiknya dianggap sebagai satu "kejayaan" atau satu "kegagalan".
Gaya
Dalam dialog sifat Gaya, adalah dibolehkan untuk menukar bentuk satu ramalan yang dilukis:
garisan
Tetapkan warna, tingkatan kelegapan dan ketebalan untuk garisan unjuran.
warna teks
Tetapkan warna teks untuk sumber dan label sasaran.
warna belakang
Tetapkan warna latarbelakang untuk sumber dan label sasaran.
warna sempadan
Tetapkan warna sempadan untuk sumber dan juga sasaran.
WARNA teks BERJAYA/GAGAL
Boleh menukar warna teks untuk kotak keputusan kejayaan dan kegagalan.
warna LATARBELAKANG berjaya/gagal
Tetapkan warna latarbelakang untuk kotak keputusan kejayaan dan kegagalan.
ketelusan
Apabila menetapkan warna, anda juga boleh menetapkan tingkatan kelegapan untuk warna teks, sempadan dan latarbelakang untuk label sumber/sasaran dan kotak-kotak keputusan , you can also set the opacity level for text, border and background color of source/target labels and result boxes.
Koordinat
Dalam dialog sifat Koordinat, anda boleh tetapkan dengan tepat posisi titik garisan unjuran pada skala harga (dengan menetapkan harga) dan skala masa (dengan menetapkan bilangan bar):
harga 1
Membenarkan penempatan tepat untuk sumber menggunakan harga dan bilangan bar.
harga 2
Membenarkan penempatan tepat untuk sasaran menggunakan harga dan bilangan bar.
Kebolehlihatan
Dalam dialog sifat kebolehlihatan, anda boleh menukar paparan Ramalan pada carta untuk rangka masa berbeza: