Saluran Selari
Aplikasi
Alat lukisan Saluran Selari selalunya digunakan untuk membezakan arah aliran untuk satu pergerakan harga. Alat Saluran Selari mempunyai satu pilihan untuk dipanjangkan sama ada ke kanan atau ke kiri atau kedua-dua arah, jika pengguna mahu saluran ini bersambung selama-lamanya.
Gaya
Dalam dialog sifat Gaya, adalah dibolehkan untuk menukar bentuk Saluran Selari:
tingkatan saluran
Tetapkan warna, kelegapan, ketebalan dan gaya untuk garisan saluran selari. Kotak semak pada sebelah kanan togol kebolehlihatan tingkatan tambahan. Juga, adalah dibolehkan untuk memasukkan nisbah lalai untuk penempatan tingkatan.
panjangkan garisan kiri
Pilih kotak ini untuk memanjangkan penamat kiri saluran selari tanpa had.
PANJANGKAN garisan kanan
Pilih kotak ini untuk memanjangkan penamat kanan saluran selari tanpa had.
latarbelakang
Kotak semak ini membenarkan pengisian latarbelakang saluran selari. Isikan warna dan kelegapan dengan memilih di dalam menu lungsur turun di sebelah.
Teks
Dalam dialog sifat teks, adalah dibolehkan menambahkan teks dan menukar formatnya.
Koordinat
Dalam dialog sifat Koordinat, anda boleh menetapkan dengan tepat posisi titik akhir Saluran Selari pada skala harga (dengan menetapkan harga) dan skala masa (dengan menetapkan bar nombor):
#1
Membenarkan penempatan tepat pada titik pertama tingkatan 0 Saluran Selari menggunakan bar nombor dan harga.
#2
Membenarkan penempatan tepat pada titik kedua tingkatan 0 Saluran Selari menggunakan bar nombor dan harga.
Price offset
Membenarkan penempatan tepat pada titik pertama tingkatan 1 Saluran Selari menggunakan harga.
Kebolehlihatan
Dalam dialog sifat kebolehlihatan, anda boleh menukar paparan Saluran Selari pada carta untuk rangka masa berbeza:
Pemberitahuan
Ia dibenarkan untuk menetapkan satu pemberitahuan untuk mendapatkan notifikasi mengenai satu siri yang merentasi Saluran Selari pada satu carta. Gunakan ikon jam pada bar alat lukisan terapung atau dalam menu klik kanan pada Saluran Selari itu sendiri:
Kemudian memilih satu pilihan, berkala dan kaedah notifikasi yang dibenarkan, mengedit mesej notifikasi jika anda mahukan dan tekan Cipta: